Part 12

273 17 0
                                    

NAUFAL RIZAL @ PUTRI AISYA

~~~~~~~~~~

2 bulan kemudian...

AKU memerhati diriku di depan cermin yang tidak berapa besar itu. Merenung diri yang sudah siap di dalam gaun putih, dikelilingi butiran permata di pinggang. Tak lupa juga tudung shawl putih bercorak kilauan.

Wajahnya sudah di make-up kan oleh mak andam tadi dilitik sekilas.

Serta merta anak mata tertumpu pada jari manisnya yang masih tersarung cincin tunangnya.

Ya, lamaran lelaki itu dia terima.

Tapi kenapa hatinya rasa semua tak kena?

Dahi aku picit sedikit. Pening. Kepalanya kusut dengan keputusan yang dia buat.

Pintu diketuk seseorang dari luar menyentakkan lamunannya.

Terus anak mata terarah ke pintu. Bibirnya tersenyum tatkala wajah Nash yang muncul.

"Assalamualaikum." salam diberi.

Bibir tersenyum manis.

"Waalaikumssalam. Masuklah."

Nash masuk dan pintu ditutup. Langkah mengorak menuju ke arah aku.

"Sorry aku lambat."

Aku memandang wajah Nash. Terus aku menggeleng tak apa.

"Janji kau datang."

"Ehh! Sorry sikit. Aku tak akan pernah terlepas untuk datang majlis kau. Lantaklah ada appointment dengan client ke apa. Aku akan batalkan satu hari ni untuk kau saja tau."

Meletus tawa aku. Bangganya cakap.

"Kau nak usha kan senanya? Bukan nak tengok aku aje pun."

Nash sudah tersengih-sengih. Well, dia nak juga tengok macam mana rasa nervous nak kahwin. Mana tahu akan datang dia pula.

"Sya, kau dah tahu ke siapa gerangan lelaki yang akan jadi suami kau tu?" soal Nash tiba-tiba.

Aku terdiam.

Manalah dia tahu. Sedangkan banyak kali sudah dia tanya pada mama dan papa pasal ni. Tapi sebutir nama pun dia tak dapat tahu siapa gerangannya.

Kad kahwin pun mama tak bagi tengok. Ukur baju kahwin pun mamanya yang teman. Semua urusan telah diuruskan sendiri tanpa dia.

"Aku tak tahu lagi siapa. Kau dah tengok ke dekat bawah tadi?" soal aku pada Nash. Manalah tahu dia ada nampak siapa.

"Mama kau suruh aku cepat-cepat naik ke atas pergi dekat kau. Tapi tadi aku nampak belah lelaki dah sampai. Tak nampak pula muka lelaki kau tu." jawab Nash.

Aku diam membatu. Apa yang tak kena ni sebenarnya?

"Sya, aku nak tanya kau something ni."

Aku kembali memandang wajah Nash. Kening terangkat. Macam serius aje dengar.

"Apa dia?"

"Kau... ada jumpa Naufal tak?" soal Nash.

Aku terdiam.

Dalam masa 2 bulan ni selepas berjumpa dekat taman, langsung dia tak nampak wajah lelaki itu muncul lagi. Inikan tiba-tiba Nash sebut nama dia.

Langsung dia teringat dengan wajah kecewa dari lelaki itu. Dia tinggalkan lelaki itu begitu saja. Patah hati ke dia?

Perginya Kasih Rindu✔Where stories live. Discover now