Part 3

408 25 8
                                    

@ PUTRI AISYA

~~~~~~~~~~

Aku duduk di atas katil memegang lutut ke dada. Muka diletak pada lutut menutup wajah yang sudah basah dek air mata yang tidak henti mengalir ke pipi. Bahu juga terhenjut-henjut mengikut rentak sendu tangisan.

"Sya sayang... Mama ni. Sya buat apa dalam bilik ni?"

Aku mengangkat wajah dari lutut. Habis pipi basah dengan air mata. Cepat-cepat tangannya mengelap air mata. Suaranya juga diperbetulkan.

"Sya tengah sibuk mama."

Suara perlahan tapi masih dapat didengar oleh Puan Anis.

Puan Anis menoleh memandang si suami yang berada di sebelahnya.

"Macam mana ni? Saya tak nak anak kita tu sakit pula."

Dia mengeluh lemah. Sejak dari pagi tadi tak turun untuk makan. Takkan dia nak biarkan anak dia ni sakit.

"Biarlah dia tenang sekejap. Bila dah reda, baru kita cakap dengan dia. Awak jangan risau lah. Jom, kita turun."

Puan Anis hanya mengangguk dan berjalan turun ke bawah mengikut si suami.

Aku bangun dari katil dan pergi ke balkoni. Aku memandang pemandangan luar. Indah, nyaman.

Tangan mengusap perut yang kempis itu. Sepatutnya sekarang ni dah makan tapi terasa tak ada selera nak makan. Fikirannya hanya dari tadi memikirkan hal tadi.

Siapa yang nak meminang aku?

Bibir melepaskan keluhan lemah. Soalan itu masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

Tanganku ke dada. Terasa jantung berdegup laju.

Wahai duhai hati, kenapa terlalu aktif ni... ,desis hatiku.

Kaki berjalan masuk ke dalam bilik semula.

~~~

"Sya... Are you in there?"

Puan Anis mengetuk pintu bilik Aisya memanggil Aisya. Aisya belum makan dari tadi lagi. Dia tak nak terjadi apa-apa pada anak dara seorangnya ni.

Pintu diketuk buat kali kedua. Namun, masih tiada sahutan dari dalam bilik. Kunci pendua bilik anaknya itu diguna pada tombol pintu bilik. Nasib ada kunci pendua. Dapat dia buka bilik ni bila dikunci.

Tombol pintu itu dipulas.

Buka sahaja pintu bilik...

"Ya Allah! Aisya! Abang!!"

-----

Wowowo could down. Kita masih dalam flashback Sya ni. So how? enjoy it? comment and vote yaa. 

Perginya Kasih Rindu✔Where stories live. Discover now