Part 15

283 19 0
                                    

NAUFAL RIZAL @ PUTRI AISYA

~~~~~~~~~~

MATA merenung dirinya di dalam cermin. Melihat pemakaiannya sekarang, mahu pengsan dibuatnya.

Eish! Ni semua Nash punya pasal. Tak memasal mama pun join sekali kenakan aku. Hem!

Nash menghulurkan satu kotak yang cantik coraknya. Aku memandang wajah Nash.

"Ini dari aku. Untuk hadiah perkahwinan kau."

Aku menyambut huluran kotak itu yang siap di reben. Wajah Nash aku pandang semula.

"Tak payahlah susah-susah nak bagi aku hadiah bagai. Kau datang majlis aku pun dah cukup untuk aku."

Nash senyum.

"Tak susah manalah."

Aku merenung kotak itu semula. Apa isi dalamnya ya?

"Buka lah. Dari kau tenung kotak tu macam nak tembus kotak tu." tegur Nash.

Aku tersengih-sengih. Nampak ketara eh?

"Aku bukak lah eh?"

Reben yang terikat aku tarik perlahan. Seterusnya kotak tersebut aku buka penutupnya.

Melihat isi di dalamnya, terus mata aku membulat. Terkejut.

"NASH!"

Nash sudah ketawa berdekah-dekah.

Aku merenung tajam Nash. Suka mengenakan orang.

"Aku nak kau pakai eh? Kalau tak, aku bagitahu dia yang kau tak nak pakai. Lepas tu suruh paksa kau pakai."

Terus dahi Nash aku tepuk. Ei! Otak kuning betul kawan aku seorang ni.

"Apa dijeritnya ni?"

Aku dan Nash terus menoleh ke arah pintu. Oh, mama rupanya.

"Nash ni mama. Ada ke patut dia suruh Sya pakai ni? Memang tak lah Sya nak pakai."

Aku tunjuk pada mama.

Mama pun sama gelakkan aku.

"Elok sangatlah Nash yang bagi hadiah macam tu dekat Sya. Cepat sikit aunty ni nak dapat cucu."

Aku terkejut.

"Mama!"

Aku mengusik baju tidur yang sudah tersarung di badan.

Baju berbutang berwarna hitam, seakan dress tapi singkat hanya bawah lutut saja. Besar pada bahu mendedahkan bahu aku yang kecil ni. Dada juga boleh nampak. Lengan tak usah katalah. Labuh sampai boleh hilang tangan dalam kain.

Aku mengetap bibir.

Ibu kata kalau aku tak pakai baju ni, ibu akan merajuk. Nanti siapa yang nak masak? Aku? Yang biasa-biasa bolehlah buat.

Ketukan di pintu menyentakkan lamunan dari merenung diri di cermin. Serentak ditoleh ke arah pintu yang di kunci.

"Sayang? Buat apa lama sangat dalam bilik air ni?"

Oh tidak! Itu suara Naufal. Ops! Silap. Suami.

"Sayang?" Sekali lagi suara Naufal menerjah gegendang telinga.

Bibir aku ketap rapat. Aduh! Nak buat apa sekarang ni?

Kepala aku ketuk perlahan berkali-kali. Fikir fikir.

"Sayang."

Aku tertepuk dahi dengan kuat kerana terkejut.

"Aduh..."

Tangan ke dahi mengusap dahi yang semestinya sudah merah. Pedih betul.

"Sayang, kenapa tu?!"

Aish! Mesti dia ingat aku jatuh ke apa sampai terjerit macam tu.

"Nothing!"

Tangan masih mengusap dahi. Suara Naufal hilang buat seketika. Mungkin dah keluar?

Mata terarah pada baju yang tersarung di badan. Kepala aku angguk yakin.

Keluar aje terus ke katil. Lepas tu selimutkan diri. Okay bernas idea kau Sya. Fuh!

Dengan yakin, aku menekap telinga pada pintu. Cuba untuk dengar sama ada dia masih di dalam bilik atau sudah keluar.

Satu bunyi pun tiada. Line clear!

Terus tombol pintu aku pulas dan membuka pintu dengan luas.

"Sayang?"

Aku terkejut!

Mata aku dan dia bertembung lama. Sebelum mata dia seakan meneliti setiap tubuh aku.

Secara drastik, tangan aku naik menutup dada, bahu dan kaki yang terdedah.

Oh mai...

Dia dah nampak.

Melihat dia yang elok baring di atas katil menghadap ke sini, dengan telefon di tangannya, dia merenung aku.

Muka aku mula panas. Oh tidak...

Dia seakan terkedip-kedip terkejut melihat aku.

Tiba-tiba bibirnya tersenyum senget. Telefon di letak saja di depannya. Kedua-dua tangannya ke dagu dan tersenyum ke arah aku.

"A... apa... yang awak tengok ni?"

Tangan cuba menutup bahu dan dada. Kaki memang dah terdedah habis. Muka mesti dah merah sekarang ni.

Dia mula berdiri dan turun dari katil. Dia menuju ke arah aku. Mula menghampiri aku.

Satu persatu langkah dia ke depan, langkah aku secara automatik melangkah setapak ke belakang. Hinggalah melanggar dinding tubuh belakang aku.

Aku mengetap bibir.

Masa ni juga lah kau dinding nak kacau. Tak membantu langsung!

Aku cuba mengelak lalu sebelah. Tapi tangan dia terus ke dinding menghalang aku dari keluar.

Aku menunduk ke lantai. Bibir aku ketap rapat.

Aduh! Apa yang dia nak ni...

Tangan dia naik ke pipi aku lembut diusap perlahan. Terus dia merapatkan wajah dia ke wajah aku.

Aku tersentak!

Serentak mata aku dan dia bertemu lama. Seakan masing-masing hanyut dalam perasaan sendiri.

"I will make you mine... Tonight." dia membisik pada aku.

Aku terpaku.

Perlahan-lahan tubuh aku diangkat. Tanpa sedar, aku tak membantah atau memberontak langsung.

>>>
Omg! Hahahaha muka i panas!
So how? I know dah lambat sangt update sebb tengh handle macm2 keje skrg. But try to update sampai habis. Xlama jer lagi nk first exam. So nk habis sebelum tu.
Hope keep waiting for next chap. Babai 🙋

Perginya Kasih Rindu✔Where stories live. Discover now