Kring!!!
"Semua duduk tempat kamu sekarang. Cikgu nak mulakan kelas ni." cikgu Khai masuk lalu mengarahkan murid kelas itu untuk duduk di tempat masing-masing.
Semua murid dengan laju pergi duduk di tempat mereka.
"Okay, sebelum cikgu mulakan kelas, cikgu nak memperkenalkan murid baru. Kamu boleh masuk sekarang."
Semua murid di kelas terkejut kerana pada musim pembelajaran itu mempunyai murid baharu datang. Semua mereka cuba memanjangkan leher untuk melihat gerangan murid baru itu.
Bunyi tapak kaki melangkah masuk di dengari oleh murid kelas itu. Seorang lelaki yang berkulit cerah seperti mat saleh masuk ke dalam kelas. Tingginya lebih kurang daripada 1.77m dengan badan tegap seperti seorang askar.
Kalau dilihat dari mata kasar, lelaki itu kelihatan seperti seorang model yang sangat tampan.
Semua mata kelas itu terbuka besar apabila melihat lelaki itu masuk ke dalam kelas. Pelajar perempuan kelas itu seperti mahu menjerit melihat ketampanan dia.
Lelaki itu berjalan lalu berhenti di sebelah cikgu Khai. Dia memandang ke hadapan kelas lalu tersenyum. Ramai pelajar perempuan mula cair dengan senyuman semanis gula itu.
"Kamu boleh mula memperkenalkan diri sekarang." kata cikgu Khai.
Lelaki itu tersenyum lalu mula membuka mulut.
"Selamat pagi."
"Aaa!! Kau yang hari tu," Lisa tiba-tiba menyergah.
"Kenapa ni Lisa. Kamu kenal dia ke?" cikgu Khai bertanya kepada Lisa.
"Eh ya! Eh tak!"
"Mana satu jawapan kamu. Sudahlah, okay kenalkan diri kamu."
Lisa duduk semula dari berdirinya tadi dengan muka yang merah menahan malu. Dia terpaksa menanggung malu kerana tiba-tiba menjerit tadi.
"Selamat pagi, nama saya Eric Ayzel. Saya datang dari France dan mula hari ini saya akan bersekolah di sini. Harap kamu semua dapat bekerjasama dengan saya." Pengenalan tamat.
"Okay, kamu semua sudah tahu nama diakan. Sekarang sapa-sapa ada soalan untuk dipersilakan tanya."
Semua murid mula berbisik antara satu sama lain. Tiba-tiba seorang murid lelaki iaitu Amir mengangkat tangannya untuk bertanya.
"Maafkan saya, awak ada kacukan ke?" soalan ditanya.
"Ya, saya mempunyai kacukan France. Ibu saya dari France."
"Kamu ada bakat dalam sukan tak?" seorang lagi murid bertanya.
"Saya sendiri pun tahu, tapi saya ada bakat dalam bermain piano."
"Awak ada girlfriend tak?" soalan yang dituju kan oleh seorang pelajar perempuan mengejutkan kelas itu.
"Buat masa sekarang mungkin tak ada kot." senyuman dilontarkan ketika menjawab soalan itu.
"Sudahlah soalan kamu semua. Makin lama makin jadi pula soalan!" kata cikgu Khai.
"Okay, sekarang tempat duduk kamu..." cikgu Khai memanjangkan leher untuk mencari tempat duduk kosong di kelas itu.
Hampir semua pelajar perempuan berharap bahawa mereka dapat duduk di sebelah pelajar baru itu. Tapi apakah malangnya mereka semua sudah mempunyai teman seduduk masing-masing.
"Hah! Kamu duduk di sebelah Alya." cikgu Khai mengarahkan Eric untuk di sebelah Alya kerana hanya situ lah terdapat tempat duduk kosong hasil pindahan seorang pelajar dahulu.
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Teen FictionMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...