>>>note<<<
So korang mula hari ni, saya pembuat cerita ni akan ubah cara penulisan. Tak banyak berubah pun. Just nak tukar guna sistem POV. Biasa sy guna dia, wani dll. Jadi sekarang sy nak guna sistem POV. Sy nak tukar cerita yang sebelum ni tapi malas sangat so harap korang faham lah.
Sistem POV active!!!
••••••••••
"What!" semua mereka menjerit kecuali Eric.
"Persembahan. Maksud kau persembahkan sabtu ni!" kata Lisa.
"Ya."
"Bukan persembahan tu kau sorang je ke. Kenapa dia ada sekali? "
"Kata manager aku, jadual persembahan itu diubah. Aku dan dia akan buat persembahan pada hari yang sama." terang Eric.
"Serius lah. Baru tadi dia viral dan sekarang dia boleh buat persembahan sama kau." ujar Hafiz.
Aku yang ada disitu terdiam. Aku cuba memikirkan perkara itu. Kini penipu itu sudah berani menunjukkan dirinya di persembahan sebesar itu. Kalau dia ditangkap bukan sahaja dia mendapat malu tapi dia akan ditindas oleh masyarakat.
"So korang macam ni. Aku ada dapat 3 tiket lebih persembahan tu. Jadi korang nak pergi tak. Boleh korang dengar persembahan angel of piano tu!" kata Eric.
"Betul ke! Kalau macam tu aku pergi. Kau pun mesti pergi, Hafiz." kata Lisa.
"Of coz aku pergi. Aku pun curious dengan angel of piano ni."
"Alya awak pula?" Eric tepat memandang ke arah ku.
"Saya rasa saya tak dapat pergilah. Hari itu saya sudah ada plan lain nak buat." alasan Alya berikan membuatkan Eric merasa hampa kerana Alya tidak menerima ajakan itu.
Tapi memang betul pun, aku sudah mempunyai plan lain pada hari itu iaitu balik ke rumahku yang sebenarnya. Seperti yang dijanjikan oleh aku pada mamaku telefon tempoh hari yang aku akan balik pada minggu ini. Kalau tidak balik memang habislah aku.
"Kalau macam tu tak pa lah. Kita berdua ke pergi, Lisa." ujar Hafiz.
"Esok aku beri tiket tu."
Hafiz dan Lisa menunjukkan isyarat tangan 'okay' pada Eric. Manakala aku hanya tersenyum melihat 3 orang itu. Kalau nak diikutkan memang aku nak pergi bersama mereka tapi aku jenis yang lebih mementingkan keluarga daripada kawan. Aku mesti balik kerana sudah 2 minggu tidak melihat ibu bapanya dan dia risau kalau ada apa-apa terjadi pada mereka. Aku ni anak tunggal jadi memang tugas aku untuk menjaga ibu bapanya bermula pada masa kini.
" Jam sudah menunjukan pukul 5 petang, diharap semua pelajar untuk pulang sekarang. Pagar sekolah akan ditutup dalam 10 minit lagi."
Suara keluar daripada speaker sekolah itu. Semua mereka mengemas kan barang mereka dan terus keluar dari bilik itu. Memang kelihatan sunyi sekolah itu pada masa itu kerana semua pelajar sudah balik. Kalau bagi seorang yang penakut memang dia tidak akan berani untuk berjalan seorang diri. Tapi lain bagi group 4 orang itu. Tidak ada seorang pun yang takut mengenai kisah mistik seperti yang selalu diceritakan. Malah Hafiz itu pernah mengikut kawan lelakinya untuk mencari hantu tetapi gagal. Dia langsung tidak ada perasaan takut terhadap perkara seperti itu.
•••••••••
Jumaat - 5 p.m
"Ni jer ke barang cik?" kata seorang lelaki berumur ketika memasukkan beg bagasi aku ke dalam kereta.
"Ya, pak Mat!"
"Kalau macam tu kita gerak sekarang."
Aku masuk ke dalam kereta itu. Pak mat atau lebih dikenal sebagai driver peribadi keluarga aku memanaskan enjin kereta dan terus memandu ke destinasi mereka.
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Fiksi RemajaMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...