cp 15

1.1K 178 7
                                    

Elena POV

Aku duduk di dalam kelas dengan penuh gelisah. Semua mata kelas itu memandang aku dengan penuh pertanyaan di kepala mereka. Aku ingin bercakap dengan kawan-kawan ku iaitu Syakira, Ami dan Nazrah tapi mereka juga ekot cuba untuk menjauhi diri mereka dari aku.

Aku memang gelisah dengan keadaan sekarang. Kalau aku tahu begini situasi yang akan aku tempuhi lebih baik aku tak sekolah saja hari ni.

Kini aku memang seperti kucing yang dipinggirkan. Semua orang melihat ku dengan tatapan yang jijik dan mereka berbisik buruk mengenai diri ku.

Semua ini terjadi mesti ada sebabnya. Dan sebab itu aku sudah ketahui sejak malam tadi dimana semuanya terbongkar secara langsung tampa ku duga.

Ya.

Alasannya ialah identiti aku sudah diketahui ramai.

Flashback

Aku duduk di meja ruang tamu sambil memegang telefon di tangan. Televisyen dihadapan ku dibiarkan terbuka tampa aku layaninya. Pinggan makan malam ku juga dibiarkan di atas meja kerana aku terlalu melayan akan telefon pintarku.

Dalam sibuk aku melayan telefon itu, aku terdengar satu berita yang keluar dari televisyen di hadapan ku. Mata aku tertumpu di kaca telefon tadi terus melihat kaca televisyen.

Terbeliak besar mata aku mendengar berita itu. Kenapa berita itu tiba-tiba keluar? Macam mana boleh keluar? Apa yang dah jadi dengan semua rancangan penyamaran identiti aku?

Banyak soalan keluar dari otak aku. Telefon tadi terus dilepaskan dan mata ku menatap kaca televisyen itu dengan penuh tekun mendengar penyataan pembaca berita katakan.

Sungguh tidak percaya bahawa semua yang aku simpan selama in ni terbongkar begitu sahaja.

Ya. Tajuk berita yang aku terkejut itu memang perkara yang aku tidak sangka akan keluar setelah kata Alya petang tadi.

Tajuknya ialah 'Bidadari Palsu'.

Dan pekara itu ada kena mengena dengan diriku.

Berita itu berkata bahawa ada seseorang menghantar satu surat ke salah seorang pianist dan juga juri piano terkenal mengenai identiti ku. Semua bukti pasal aku juga ada disertakan dengan surat itu.

Aku mendengar berita itu dengan penuh terkejut dihati. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Siapa yang bongkarkan identiti aku?

"Kau akan dapat balik semua yang kau dah buat dekat aku dengan lebih teruk."

"Elena, game kita belum habis lagi. Jangan nak lari."

Aku tiba-tiba teringat kata-kata Alya pagi tadi. Aku terfikir adakah semua ini olah Alya? Ada juga mungkin Alya yang buat sebab dulu dia pernah kata bahawa aku bukan angel of piano yang seberna.

Tapi macam mana Alya dapat semua bukti itu. Tak ada orang boleh tahu semua itu dan perkara itu sudah disimpan rapi kecuali ada orang yang mengkhianati aku.

Dalam aku berfikir, telefon aku tiba berdering. Aku melihat nama yang terpapar di kaca telefon lalu mengangkat panggilan itu.

"Hello."

"Hello Elena, kamu dah dengar berita tu ke?" ujar orang di telefon ku.

"Dah, macam mana boleh terbongkar?"

"Aku tak tahu, sekarang pun kami cuba nak baikkan keadaan. Aku nasihatkan kau, turun saja sekolah esok."

"Kenapa aku kena turun esok kalau keadaan macam ni? Kan jadi lebih teruk nanti."

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now