Alya pov
"Ouch!" tangan aku terluka akibat pisau ditangan aku.
Aku tadi yang ingin memakan buah ini terbatal apabila pisau ini terkena tanganku. Luka ini tidak lah besar tapi dalam yang menyebabkan banyak darah keluar.
Aku dengan cepat mengambil tisu dan menutup tangan ku untuk memberhentikan darah yang mengalir.
Kalaulah aku tahu pisau itu tajam, aku takkan guna pisau itu. Tapi salahku juga kerana tidak menggunakan sarung tangan.
Apalah nasib ku ini.
Darah yang mengalir tidak berhenti malah menembusi tisu yang aku gunakan. Kejadian ini mengingatkan aku tentang aku ketika geng elena cuba membuli ku dulu.
Dimana mereka meletakkan jarum di loker ku. Dan juga mengingatkan ku tentang Eric yang cepat menolong ku pada waktu itu.
Kenapa sekarang aku malah memikirkan dia?
Bukankah aku yang ingin lari daripada dia. Kenapa malah berfikir pula?
Tidak faham dengan diri ku ini. Adakah aku rindu akan dia?
Memang pelik.
Darah tadi masih tidak berhenti. Aku mula berfikir untuk memenggunakan plaster. Tapi masalahnya aku tidak ada benda itu sekarang.
Nampaknya terpaksalah aku beli di kedai 24 jam yang berdekatan dengan hotel ku. Aku mengambil baju sejuk ku dan sarung tangan. Aku hanya menggunakan sebelah saja sarung tangan. Manakala sarung tangan satu lagi aku tidak gunakan kerana tangan kananku terpaksa ditahan menggunakan tisu akibat luka tadi.
Beg tangan diambil dan kad bilik itu dicabut lalu aku keluar. Aku berjalan menuju ke pintu keluar melalui lobi hotel itu.
Suasana malam itu sungguh sejuk membuatkan salji turun mengena rambut panjang ku. Aku melibat tidak ramai orang yang berada di pejalan kaki ini. Mungkin sebab sudah larut malam. Hari pula sejuk, siapa yang mahu keluar.
Selang beberapa minit aku sudah sampai ke destinasi ku. Pintu kedai 24 jam itu terbuka dan aku masuk ke dalam kedai itu. Aku memberi senyuman kepada penjaga kaunter di sebelah ku sebelum aku jalan ke arah yang aku mahu.
Aku berjalan ke tempat yang menjual barangan seperti plaster ataupun ubat luka. Aku berjalan di sana mencari barang yang aku ingin beli.
Satu persatu barangan yang tersusun di situ aku lihat. Mencari plaster itu bukan lah senang.
Beberapa minit aku berjalan akhirnya aku menjumpainya. Tapi malangnya benda itu terletak di tingkat atas sekali almari dihadapan ku.
Bagaimana aku mahu mengambil benda itu? Tinggi aku ni dah lah tak berapa sangat. Macam mana ini?
Aku memerhati sekeliling aku. Mencari sesuatu yang mungkin boleh menolong ku. Tapi semua itu hampa. Tidak ada apa pun yang boleh tolong aku.
Nampaknya terpaksalah aku cuba ambil sendiri. Aku mengangkat tangan ku dan cuba meninggikan badan ku sendiri untuk mengambil benda itu. Aku cuba beberapa kali tapi tidak dapat. Aku terfikir sekiranya aku tidak dapat sekali lagi, aku akan panggil perkerja depan tadi untuk tolong aku.
Aku mencuba sekali lagi dan tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan bercakap dengan seorang lelaki dalam bahasa France berdekatan dengan ku.
"Pourquoi as-tu arrêté de jouer du piano? (kenapa awak berhenti main piano?)" tanya lelaki itu.
"Je n'ai plus le temps de jouer du piano. Après tout je suis fatigué du piano. (saya tak ada masa untuk main piano. Lagi pula, saya sudah bosan main piano.)"
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Teen FictionMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...