cp 18

1K 156 0
                                    

No one POV

"Cikgu Khai!" jerit 2 orang itu.

Cikgu Khai atau lebih dikenali cikgu ais itu hanya terdiam dihadapan mereka. Eric yang ada di samping mereka juga diam dan langsung tidak terkejut kerana dia sudah tahu orang itu adalah cikgu dia.

"Macam mana kau tahu yang ini cikgu Khai, Eric?" tanya Lisa.

"Dekat sekolah kita, hanya cikgu Khai yang pakai kereta honda civic. Lagi pun tengok dari jauh dah tahu tu cikgu Khai." jawab Eric.

Lisa hanya mengelipkan mata apabila mendengar jawapan itu. Dia langsung tidak faham apa yang diterangkan oleh Eric. Macam mana boleh tahu orang itu dengan lihat bentuk badan je. Memang ajaib kawab dia itu.

"Yang tu letak tepi dulu, sekarang kenapa cikgu ada dekat sini?" Tanya Hafiz.

"Kenapa saya ada sini? Soalan tu sepatutnya saya yang tanya. Ini rumah uncle saya." ujarnya.

Mereka bertiga terdiam mendengar jawapan itu. Terkejut dengan jawapan itu. Rumah keluarga Alya ialah rumah bapa saudara cikgu mereka. Jadi ini bermaksud Alya dan cikgu ais ini ada hubungan keluarga.

"Jadi Alya tu..."

"Cousin saya." jawab cikgu Khai sebelum Lisa menghabiskan ayatnya.

Lisa terlaku apabila mendengar perkara itu. Seperti tidak mahu percaya tapi kenyataannya sudah terpapar. Memang patutlah mereka berdua rapat semacam sampai beri nombor telefon rupanya ada hubungan keluarga.

"Jadi sekarang jawab soalan saya. Kenapa kamu bertiga ada di sini?" cikgu Khai bertanya.

"Kami nak jumpa Alya." jawab ringkas Eric.

Cikgu Khai memandang sekejap mereka. Muka mereka seperti sungguh serius dalam hal ini. Lagipun dia datang dia pun ada hal yang sama seperti mereka.

"Kalau macam tu, ikut cikgu." cikgu ais itu terus berjalan ke arah keretanya.

Setiba sahaja cikgu itu memandukan keretanya tepat kehadapan pagar rumah itu, pagar tersebut terus terbuka. Mereka bertiga pula masih berdiri di luar keretanya.

Khai yang melihat mereka masih berdiri disitu, terus membuka tingkap keretanya.

"Tak nak masuk ke?" soalnya kepada mereka.

Soalan itu menyedarkan mereka. Mereka bertiga terus masuk ke kereta Eric dan mengikuti kereta cikgu ais itu.

Selang beberapa minit akhirnya mereka tiba di depan rumah banglo itu. Mereka semua keluar dari kereta dan mengikuti cikgu mereka.

Baru saja kaki mereka kelangkah ke arah pintu, tiba-tiba pintu itu terbuka. Kelihatan seorang wanita keluar dari rumah itu sambil memberikan senyuman kepada mereka.

"Kamu datang Khai." ujar wanita itu.

"Ya, aunty." ujar cikgu itu lalu berjalan mendekati wanita tadi.

Wanita itu memandang ke arah Khai lalu menolehkan pandangannya ke arah Eric dan kawan-kawannya.

"Yang ni, siapa ya?" soalnya dengan lembut.

"Aunty, saya dan mereka ni datang sini sebab hal Alya." Eric yang baru mahu menjawab dipintas oleh Khai.

Wanita itu menoleh kembali ke arah Khai. Senyuman tadi entah kenapa hilang sekejap. Mukanya kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu, masuklah dulu." senyuman tadi hadir kembali mempelawa mereka semua masuk.

Semua mereka masuk ke dalam rumah itu dan duduk di ruang tamu. Lisa dan Hafiz meneliti rumah itu dengan sungguh kagum. Bagaimana tidak, rumah itu sungguh indah malah dari dalam rumah itu sudah dapat kedengaran bunyi seperti air dari kolam ikan.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now