Eric POV
"Aunty, uncle. Boleh tak saya nak tahu kenapa Alya lari dari dunia piano?" aku bertanya.
Wanita itu melihat aku dengan senyuman terikat di bibir. Beberapa saat dia melihat muka ku lalu dia melihat muka suaminya. Dia seperti memberi isyarat kepada suaminya mengenai soalan yang aku tanyakan tadi.
"Cerita saja lah. Sampai bila kita nak simpan benda ni. Lagi pun mereka ni kawan Alya," ujar suaminya.
Wanita itu menghembus nafas lalu mengeluarkan muka yang sayu. Aku tertanya apakah kisah Alya yang dia alami ini terlalu sakit sehingga membuat wanita itu membuat muka sebegitu.
Cikgu Khai yang tadi mendiam entah kenapa turut membuat muka yang sedih juga. Nampaknya luka Alya dalam dunia piano memang parah. Aku tidak tahu kenapa, tapi aku mahu saja melihat angel of piano yang dulu. Bersinar dan sempurna yang dikata aku.
Aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Alya yang seksaan dunia piano itu. Kalau lah untuk sangat tersiksa, biarlah aku cuba melindungi dirinya daripada tersiksa lagi. Aku sanggup menjadi perisai untuk melindungi gadis itu. Biarlah aku terluka dan biarlah gadis itu terus bersinar di atas pentas.
"Sebernanya dulu, Alya tak lah suka sangat main piano. Nak pegang benda tu pun dia malas dulu. Sampai berhabuk piano rumah ni pun Alya masih tak nak main." terang wanita itu.
Aku kini berfikir rupanya Alya terlahir dengan niat yang tidak mahu besin piano. Tapi kenapa dia boleh bermain dengan sangat bagus walaupun dulu dia tidak berapa suka akan piano.
"Tapi semua tu berubah bila dia jumpa adik kepada suami aunty."
"Adik uncle?" soal ku.
"lya, adik uncle. Farida nama dia. Dia seorang pianis terkenal masa tu." sambung lelaki itu.
"Waktu tu uncle dan aunty bawa Alya pergi ke rumah datuk dia. Tepat juga waktu dia datang, adik uncle datang sekali sebab nak sebut hari jadi datuk Alya." lelaki itu menceritakan kisah kakaknya.
"Datuk Alya ni, sanggat sukakan seni muzik jadi kakak uncle hadiahkan datuk Alya sebuah cd piano yang terkenal dan dia juga turut bermain piano waktu tu." lelaki itu berhenti.
"Jadi sejak Alya dengar farida main piano, dia mula sukakan piano dan minta Farida untuk ajarkan dia. Farida setuju untuk ajar Alya dan sejak dari itu mereka mula Jadi rapat." wanita itu sambung.
Entah kenapa aku merasa kisah Alya itu terasa indah. Dia mula menyukai piano kerana mendengar melody. Tapi soalan aku masih belum terjawab.
Kenapa Alya tinggalkan dunia piano?
Kenapa Alya mengatakan bahawa dia terseksa di dunia piano?
Soalan itu masih lagi bermain di otakku walaupun sudah mendengar kisah itu. Hafiz dan Lisa yang duduk di sebelah ku pula hanya tekun mendengar kisah silam Alya dari mulut ibu bapa Alya tersebut.
"Tapi semua keceriaan Alya dalam dunia piano berakhir 6 tahun lepas. Alya mula cuba berhenti main piano dan pernah cuba untuk cederakan tangan dia." wanita itu menyambung lagi.
Terkejut aku apabila mendengar Alya yang cuba mencederakan tangan dia. Dia adalah seorang pianist dan tangan adalah anggota paling penting pianis. Nampaknya Alya memang sudah membenci piano sampai sanggup berbuat begitu.
Jadi kesan luka yang aku lihat di tangan Alya waktu tempoh hari adalah kesan daripada perbuat itu. Memang patut dia sanggup menggunakan sarung tangan hitam itu walaupun hari panas. Demi sorokkan kisah silam dia sanggup berbuat sebegitu.
"Cederakan tangan. Kenapa Alya sanggup buat macam tu sekali?" Lisa menyoal.
"Mungkin sebab Alya dah tak dapat tahan dengan cara Farida mengajar dia." Lisa masih tidak faham.
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Teen FictionMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...