Alya POV
Aku kini berada di bilik piano tadi berseorangan. Eric meninggalkan atas permintaan aku yang mahu bersendiri dahulu.
Aku menatap surat peninggalan arwah mak saudara kesayangan ku. Aku masih mahu menyalahkan diri sendiri atas berlakunya semua ini.
Mengingati semua memori indah bersama dia bukanlah senang apabila insan tersebut sudah tiada. Walaupun memori terindah tapi ianya tetap dapat mengeluarkan air mata aku.
Semuanya hanya tinggal kenangan.
Semua ini terjadi seperti angin.
Datang secara tiba dan pergi begitu sahaja.
Dalam aku menatap surat itu, aku tiba-tiba melihat aku tulisan di belakang kertas tersebut. Aku memusingkan kertas itu lalu membaca tulisan itu.
P.S kamu tak salah. Aunty yang salah, jadi tolong jangan salahkan diri kamu. Aunty tak suka kamu menyalahkan diri kamu dan kejarkan impian sebenar yang kamu nak.
Ayat itu membuka hati aku. Aku mula tersedar tidak ada guna lagi untuk menyalahkan diri sendiri. Semua ini sudah terjadi. Apa yang aku boleh buat sekarang hanyalah teruskan masa depan aku dengan impian yang seberna aku mahu.
"Terima kasih, aunty." ujarku.
Senyuman terukir di bibirku. Mata ku masih lagi berkaca tapi aku gembira dengan semua ini.
Kejadian ini terjadi membuat aku berjalan erti hidup yabg sebenar. Jikalau aku lemah seperti dulu mungkin aku sudah tidak bernyawa menghadap semua dugaan hidup ini.
Sebab ujian ini juga aku mula mengenal perasaan aku yang sebenarnya. Bukannya aku benci piano tapi aku hanya takutkan piano.
Rasa sayang aku terhadap piano masih segar di diriku hanya ketakutan itu membuat aku tidak dapat memainkannya dengan bebas dan tenang.
Aku juga harus berterima kasih pada Eric yang selama ini selalu menjadi peneman aku dalam menghadapi semua ujian ini.
Aku melipat balik kertas tadi di masukkan di dalam sampul suratnya. Aku mengelap air mata aku lalu berjalan menuju ke arah pintu keluar.
Aku membuka pintu itu dan melihat eric masih lagi berdiri di hadapan pintu itu. Aku memberinya senyuman tanda aku sudah bertenang dan boleh menerima semua itu.
Dan secara tiba satu pelukan hadir sekali kepada ku. Kali aku hanya menerima pelukan itu. Dihatiku tersenyum lebar mengingatkan kejadian tadi.
Aku kini boleh menerima semua kejadian ini.
.
.
.
.
.Aku merenung ke luar tingkap melihat permandangan disana. Udara yang segar menarik perhatian aku untuk menghirupnya. Sambil aku duduk di atas kerusi ini, tangan aku memegang satu gambar.
Gambar pemberian aunty aku pada hari itu. Gambar dimana aku menyertai pertandingan piano di sini. Aku ingat akan pertandingan itu tapi aku tak ingat lelaki yang memberikan gambar ini.
Aku ingin berjumpa dengan budak lelaki itu. Tapi dimana dia? Dan macam aku nak jumpa dia. Nama saja aku sudah tidak tahu. Apatah lagi mukanya.
Tak dapat lah aku nak jumpa dia. Harap ucapan terima kasih yang tidak terdengar ini dapat disampaikan ke hati dia saja.
Tok! Tok!
Aku melihat ke arah pintu bilik ini apabila aku mendengar bunyi ketukan itu. Aku terus berjalan ke arah pintu itu lalu membukanya.
Aku melihat Eric berdiri di hadapan pintu itu. Aku menjemput dia masuk ke dalam bilik.
"Ada apa awak datang sini?" soalku.
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Teen FictionMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...