Eric POV
Aku duduk di dalam pesawat yang sudah berlepas ini. Aku melontar pandangan ku ke luar tingkap yang ada di sisi ku.
Aku memikirkan apakah harus aku lakukan setelah sampai di sana. Aku juga berfikir bilakah aku akan mula mencari Alya
Memang banyak perkara yang aku fikirkan. Bagaimana tidak? Sekiranya aku pulang ke rumahku yang berada di Paris nanti akan melambatkan mataku untuk mencari Alya yang berada di Rouen. Nampaknya aku terpaksa memesan hotel di sana dulu untuk menginap.
Nasib saja kad kredit ku yang dulu masih aktif kalau tidak mesti susah urusan ku di sana nanti.
Aku mengalih pandangan ku ke keeusu di hadapan ku. Aku mengeluh di dalam hati. Kalaulah aku tidak berbuat sebegitu pada Alya itu hari mesti aku tidak berada di pesawat ini sekarang.
Apalah bodoh aku ni tak faham perasaan Alya!
Sekarang aku hanya dapat berharap agar semua urusan ku di sana nanti tidak akan ada halangan yang terjadi.
.
.
.
.
.Aku merebahkan tubuh beratku ke atas sebuah katil. Beg bagasi ku diletakkan di tepi katil itu kerana aku terlalu malas untuk membuka barangan ku. Aku terlalu penat selepas aku tiba di sini.
Bilik hotel sudah ku tempah tadi memang cukup memuaskan. Walaupun dulu aku tinggal di France tetapi tempat ini masih kelihatan asing bagiku kerana aku tinggal di Paris bukannya Rouen.
Poket seluar ku diraba oleh ku untuk mengambil telefon yang sudah tidak disentuh dari tadi. Aku membuka aplikasi whatsapp dan tidak melihat satu pun pesanan yang datang.
Aplikasi itu ditutup kembali. Aplikasi instagram pula yang aku buka. Aku membukanya lalu melihat update terbaharu dari rakan-rakan ku. Tidak banyak yang berubah setelah aku pergi. Mungkin sebab aku baru saja pergi sehari.
Aku bermain lagi dengan aplikasi itu. Bosan melanda aku pada waktu itu dan entah kenapa otakku berfikir mahu membuka satu account instagram yang selalu aku buka dulu.
Ya, account instagram itu adalah milik Alya.
Sejak aku berkawan dengannya aku selalu membuka account instagram untuk mencari tahu tentang dirinya. Dia tidaklah suka sangat berkongsi gambar tapi bagi ku semua gambar yang dia kongsi itu adalah memori dia. Seingat aku kali terakhir aku melihat account instagram adalah 1 minggu lepas dan selepas itu dia langsung tidak aktifkan sosial media dia.
Nama account Alya ditulis di ruang carian lalu aku menekan setelah menemuinya. Aku melihat semua gambar yang ada situ. Kadang kala terlintas memori ku terhadap gambar yang dia kongsikan.
Aku amat berharap dapat menjumpai dia sekarang. Otak dan fikiran ku memang tidak memikirkan orang kecuali dia sekarang. Amat berharap agar dapat melihat dan mendengar suara langsung mukanya kini.
.
.
.
.
.Lisa POV
"Wey Lisa, kau rasa Eric dah sampai ke belum ya?" soal Hafiz yang duduk dihadapan aku sekarang.
Aku mengangkat muka ku melihat mukanya. Kini kami berdua berada di rumah ku. Jam sebegini memang biasa untuk kami berdua berada di sini kerana aku ditugaskan untuk memasak makanan untuk Hafiz apabila ibu bapanya tiada. Rumah bersebelahan memang lah ibu bapa dia tugaskan. Apatah lagi ibu bapa ku hanya membiarkan saja hal itu.
"Kalau ikut jam sekarang mungkin dah sampai." jawab ku.
Spegeti di atas pinggan itu dimakan oleh ku apabila menjawab soalan Hafiz. Hafiz pula hanya diam setelah mendengar jawapan ku. Televisyen di hadapan kami kini menjadi tontonan kami kerana tidak tahu mahu bercakap apa lagi.
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Fiksi RemajaMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...