Eric POV
Selepas kejadian malam tadi, aku dan Alya terus berbaik seperti semula. Memang betul kata orang maaf itu boleh memperbaikikan keadaan. Tidak kisahkan siapa yang salah tapi minta maaflah kalau ingin keadaan kembali baik.
Alya memaafkan ku dan aku memaafkan dia. Kami kembali berbaik seperti dulu. Walaupun ada perasaan sedikit awkward selepas kejadian malam tadi tapi kami langsung tidak kisah akan hal itu.
Alya juga berkata bahawa dia tidak akan menyambung belajarnya di US. Dia berasa amat kesal akan perbuatan yang mementingkan diri sendiri itu. Dia ingin balik ke Malaysia dan minta maaf kepada semua yang terlibat dalam masalah dia. Dia kini bukan lagi gadis yang pengecut seperti dahulu.
Aku berjalan membawa beg bagasi ku ke lobi hotel tempat aku tinggal. Sementara menunggu Alya aku duduk di kerusi yang telah disediakan oleh hotel itu.
Ya, aku dan Alya tinggal di hotel yang sama. Hanya tingkat yang membezakan bilik kami. Aku juga tidak sangka apabila membawa Alya balik pada malam tadi dan mendapati dia tinggal hotel yang sama dengan ku.
Hampir 5 minit aku menunggunya dan akhirnya dia datang. Dia keluar dari lif hotel ini dan berjalan bersama bagasinya menuju ke arah aku. Aku berdiri dan mengambil bagasi ku.
"Sorry, lama ke tunggu tadi?" soal Wani dengan lembut.
"Tak lah. Saya pun baru je sampai tadi." Alya tersenyum mendengar jawapan itu.
Sudah lama aku tidak melihat senyuman itu. Kalau saja aku tidak ke sini mungkin aku tidak dapat melihat lagi senyuman itu.
"Awak kata nak bawa ke satu tempat. So kenapa mesti check out hotel pula. Jauh ke tempat tu?" Alya bertanya lagi.
"Jauh tu tak lah sangat. Tapi saya rasa lebih baik awak tinggal sana daripada awak pulang balik sini." Alya keliru dengan jawapan aku. Aku pula hanya boleh memberikan senyuman kepadanya.
"Awak dah check out. Kalau belum mari saya tolong awak check out." Aku menukar topik.
Alya yang baru mengeluarkan kad biliknya itu terus diambil oleh dan aku berjalan menuju ke kaunter di hadapan ku. Hanya beberapa minit aku mengambil masa untuk menyelesaikan urusan itu.
Setelah selesai aku terus pergi arah Alya dan membawanya keluar dari hotel itu. Di hadapan pintu hotel itu, aku mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang. Alya pula masih kelihatan tertanya dengan sikap ku.
Beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta alphard hitam berhenti tepat dihadapan ku. Pemandu itu keluar dan mengambil beg bagasi kami berdua untuk diletakkan di dalam kereta.
Alya masih hairan dan keliru akan situasi itu. Manakala aku pula hanya dapat tersenyum melihat semua itu berlaku. Tidak sabar hati aku untuk melihat muka terkejut Alya apabila dia tahu dimana dia akan pergi nanti.
.
.
.
.
.Alya pov
Sudah setengah jam aku duduk di dalam kereta ini bersama Eric. Aku masih tidak tahu kemana Eric membawa diri aku. Kalau ditanya dia kata rahsia. Tapi aku rasa Eric tidak akan membawa aku ke tempat yang tidak elok kerana aku kenal akan jejaka ini. Dia bukanlah lelaki yang akan mengambil kesempatan dalam kesusahan.
Setelah setengah jam aku duduk berdiam diri di dalam kereta itu, akhirnya kereta itu berhenti. Mungkin kami sudah sampai ke destinasi kami.
Eric membuka pintu kereta itu lalu keluar dan dikuti oleh ku. Sinaran matahari menyilaukan mataku membuatkan mata aku tertutup sekejap. Setelah beberapa saat, mata aku dibuka kembali. Aku melihat semua rumah yang sangat besar yang boleh dikatakan sebesar rumah keluarga ku.
YOU ARE READING
Lost Soul Melody [✔️]
Teen FictionMelody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dar...