cp 20

1.1K 154 0
                                    

Eric POV

Mendengar cerita kisah silam Alya membuatku sedikit kesian kepada dia. Cerita itu membuka hati untuk lebih memahami Alya.

Kini aku tahu benar apa yang dimaksudkan Alya 'tersiksa' itu. Dia tersiksa apabila bermain piano dalam keadaan seperti itu. Dia juga tersiksa dengan persekitarannya yang memaksa dia bermain piano.

Dari kisah itu juga aku tahu bahawa dia pernah cuba membunuh diri sebanyak 2 kali. Apa yang Alya lalui memang perit. Aku juga tidak menyangka bidadari yang selalu bersinar rupanya mempunyai kegelapan di sisi lain.

"Jadi lepas setahun tu, Alya terus berhenti lah uncle, aunty." Lisa bertanya.

"Ya." jawab sayu wanita itu. Aku melihatnya seperti memang merisaui Alya.

Aku melihat cangkir di hadapan ku yang masih belum disentuh lagi. Terbayang wajah Alya yang aku ingat selama ini. Wajah yang sentiasa menunjukkan senyuman dan tiada wajah tersiksa diukirnya. Tapi kini aku tahu semua wajah itu hanya topeng semata. Wajah yang sebenar adalah wajah yang sangat sakit dan penuh dengan luka masa lalu.

Lisa dan Hafiz mula mendiamkan diri selepas mendengar kisah Alya tadi. Cikgu Khai pula berada di ruang tamu apabila mendapat panggilan telefon sebentar tadi.

Aku melihat wajah orang tua Alya yang sedikit sedih menceritakan kisah tadi. Mungkin mengingatkan kisah silam itu amat menyakitkan hati mereka.

Dalam aku termenung kisah tadi, tiba-tiba aku teringat satu lagi tujuan aku ke sini iaitu ingin meminta maaf dan berjumpa dengan Alya.

"Aunty, uncle boleh tak kalau saya nak jumpa dengan Alya?" aku meminta izin.

Semua di situ mengangkat kepala apabila mendengar kata ku. Lisa dan Hafiz seperti baru mengingati hal itu tapi lain dengan pasangan di hadapan ku. Muka mereka kelihatan terkejut dan pelik apabila mendengar soalan ku. Pasangan itu melihat muka masing-masing dengan wajah yang keliru.

"Kamu boleh jumpa dengan Alya tapi sekarang dia tak ada." jawab wanita itu.

"Tak ada? Dia dekat mana?" soal ku balik.

"Dia.... Sekarang ada dekat France." terkejut besar aku mendengar ayat itu.

Lisa dan Hafiz pula sudah terlopong besar mendengar hal itu. Bagaimana tidak, mereka datang sini untuk jumpa wani tapi dengar-dengar Alya sudah terbang pergi ke France.

" Fra... France! Bila Alya pergi?" soal Lisa terkejut.

"2 hari lepas." bertambah lagi kejutan kami.

"Seriously!" Hafiz mendesus dengan perlahan.

Hampa sedikit hati kami mendengar perkara itu. Pasangan yang melihat muka hampa kami mula menceritakan bagaimana Alya boleh ke france.

Mereka mengatakan bahawa selepas Alya menceritakan semua yang terjadi pada dirinya, dia mula membuat keputusan untuk pergi ke france. Dia berfikir untuk menenangkan hatinya dulu sebelum membuat keputusan seterusnya.

Pasangan itu pula hanya bersetuju kerana Alya memang memerlukan hati yang tenang untuk membuat keputusan. Mereka takut sekiranya Alya bertindak seperti dulu lagi.

Mereka juga mengatakan bahawa Alya tinggal bersama kakak kepada wanita itu yang menetap di Rouen, France.

Rasa hampa di hati ku kini memang sungguh sakit. Niatku mahu meminta maaf sudah tergadai apabila mengetahui Alya tiada di sini.
.
.
.
.
.

No one POV

Seorang gadis duduk di sofa lembut rumah itu. Matanya memerhati sekitar rumah itu. Dari lantai hinggalah ke dinding rumah itu. Walaupun sedikit kecil dari rumah asalnya tapi rumah itu kelihtan sungguh indah dengan rekaan rumah antik.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now