Ayah! Abang Gatal!

5.9K 164 3
                                    

"Assalamualaikum!"

Fendi beri salam setelah pintu rumah diketuk beberapa kali. Sunyi betul rumah ni. Agak-agaknya diaorang semua jalan kot. Angin pantai bertiup sempoi-sempoi. Aku perhati sekeliling kawasan rumah Tua Kassim.

Janji Fendi sebelum dia mula kerja esok dia nak bawa aku jumpa ahli keluarga dia.

Kelmarin jumpa Mak Aisyah ngan Ayah Akob. Seronok sangat berbual-bual sehingga tak ingat jam nak balik. Tup tup dah jam 7 malam baru kami balik dari rumah diaorang.

"Sayang termenung apa tu?"

Bergegar badanku mendengar suara Fendi begitu dekat. Tanpa insuran Fendi terus peluk aku dari belakang. Besar mataku dengan perbuatannya.

"Apa awak buat ni? Lepaslah! Orang tengok tak manis tahu." Semakin erat pelukkannya.

"Takpelah. Kitakan suami isteri."

"Tahulah! Tapi takyah lah nak tunjuk depan semua orang yang kita ni suami isteri."

"Kenapa? Biar lelaki lain boleh mengorat awak. Macam tu?"

Aku mengeluh kecil. Sampai kesitu pulak dia fikir.

"Kenapa diam?"

Tanya Fendi.

"Bukan pasal tulah! Tak pernah dengar ceramah ke?"

Geram pulak aku ngan dia ni. Fendi tersengih dan kemaskan lagi pelukkan. Sebuah kucupan singgah di pipiku. Tersentakku dengan perbuatannya. Pantas saja aku menoleh.

"Dah berani pulak cium-cium orang." Fendi tertawa.

"Kalau dah peluk saya berani, lebih dari tu pun saya berani tau. Jangan cabar saya."

Dia siap kenyitkan mata lalu tersengih. Aku jeling geram melihat perangai manjanya yang tak pernah habis-habis.

"Ayah! Abang gatal!"

Seorang budak remaja menjerit memanggil ayah. Aku dan Fendi menoleh pada suara itu dan pantas saja aku meleraikan pelukkan Fendi. Dia pulak ketawa melihat aku mula kalut.

"Hai dik!" Fendi melambai.

Perempuan tadi mula tersenyum. Tidak lama kemudian kelihatan wajah Tua Kassim dan Tua Salmah. Kami mendekati mereka dan bersalaman.

"Maaflah lama tunggu ke?" Tua Salmah mula bersuara.

"Ha'ah lama mak diaorang tunggu. Siap peluk bagai lagi. Kalau mak lewat sikit lagi, adik rasa abang sempat buat kapal titanic kot."

Riuh kedengaran dengan tawa kami. Pandai betul dia perli. Aku pulak malu bila orang lain nampak perbuatan gatal Fendi. Takde insuran betul laki aku ni. Sempat Fendi luku kepala adiknya.

"Asyik perli orang je kerja kau ni dik. Tulah! Abang suruh kawin taknak."

"Ish! Orang masih mudalah. Adik nak dapatkan degree dulu pastu kerja pastu baru fikir pasal kawin."

Jawab Ayu adik Fendi. Betullah dia baru 17 tahun. Fendi ni pun satu, nak suruh dia kawin awal apehal. Belajar pun belum habis.

"Wow! Dah plan awal adik abang ni."

"Of course!" Dengan bangga Ayu menjawab.

"Dah! Jom kita masuk. Nak dengar korang dua berdebat sampai ke subuh tak selesai."

Perli Tua Salmah. Tertawa kecil ku mendengar. Kami jalan beriringan masuk dalam rumah Tua Kassim. Kami melabuhkan punggung atas sofa. Aku duduk diantara Tua salmah dan Ayu. Manakala Tua Kassim pulak duduk berdepanan kami. Aku mendongakkan kepala melihat Fendi masih tercegat sebelah Ayu.

"Dah kenapa tercegat lagi kat situ Fendi. Duduk jelah tempat kosong tu." Tua Salmah Bersuara.

Ayu tersengih lalu menjelirkan lidah pada Fendi. Aku turut tersengih.

"Tepilah dik! Abang nak duduk sebelah isteri abang."

"Eleh! 24 jam selalu je duduk sebelah Kak Laila. Hari ni biarlah adik pulak duduk ngan Akak."

Fendi pincingkan mata melihat Ayu. Geram betul dia. Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah dua adik beradik ni. Bila dengan adik beradik dia yang sebenar takdenya aku tengok Fendi ni buat perangai. Rapat betul dia dengan Ayu.

"Duduk jelah ngan ayah. Sini!" Ajak Tua Kassim bila Ayu tidak mahu berganjak dari tempatnya.

"Awas kau dik! Jangan sentuh isteri abang!"

Semua mereka ketawa melihat perangai kebudak-budakkan Fendi.

"Mengada-ngada!" Balas Ayu.

Asyik betul kami bercerita. Macam-macam Ayu cerita tentang Fendi pada aku. Semua dia tahu apa yang Fendi suka dan tak suka. Memang rapat betul mereka berdua. Cemburu pulak aku tengok. Tapi takdelah cemburu tahap tak boleh jumpa dengan adik sendiri. Cemburu suka sebenarnya tengok diaraong berdua.

Adik lelaki Fendi pulak kebetulan berada di Vietnam. Ada urusan kerja. Dia bawa sekali isteri dan anak2nya. Baru nak jumpa si kembar Danish ngan Daniel. Comel betul.

Tua Salmah masak sayur sawi chinese style. Ayu pulak masak ayam sweet n sour. Sedap betul masakan mak ngan anak. Aku cuma tolong potong sayur, bawang je untuk diaorang

Mula tu Fendi tak bagi, tapi aku berkeras nak tolong jugak. Dahlah aku tak sempat tolong apa-apa waktu dirumah Ayah Akob. Nak basuh pinggan tak dibagi, nak bancuh kopi pun disuruh Mak Zaitun je.

Jadi nilah peluang aku untuk tolong Tua Salmah dan Ayu.

Hari ni awal sikit kami balik dari rumah Tua Kassim sebab esok Fendi mula bekerja setelah sebulan lebih dia ambil cuti. Tak pernah dibuat orang ambil cuti sampai sebulan untuk honeymoon. Laki aku je melebih.

Cerpen: Suamiku BelangkasWhere stories live. Discover now