Sebenarnya aku sendiri tak sangka aku terasa hati dengan pujian Fendi pada perempuan lain selama lima hari. Pertama kali dalam hidupku, aku terasa hati dengan seseorang. Fendi pun mula berubah. Tidak lagi mahu memaksa aku untuk memberitahunya tentang apa salahnya.
Bukan nak pujuk! Dia pulak yang merajuk. Tak sweet betul!
Petang jam 4.30 aku ambil udara segara dibalkoni. Aku duduk dalam buai sendirian pada petang itu.
"Boleh abang tolong?"
Bergegar badanku. Aku melihat Abang Zainal sudah melabuhkan punggung didepanku dan menghadap kearahku. Dia menaikkan kirai beberapa kali.
"Tolong apa?"
Tanyaku tidak faham maksud Abang Zainal.
"Apa masalah kau dengan Fendi ni?"
Aku mengerutkan kening. Nampak sangat ke?
"Takde apalah."
Aku mengalihkan posisi tempat ku duduk.
"Kalau takde, kenapa Abang tengok kau layan Fendi acuh tak acuh je?"
Aku tarik nafas dalam dan hembus kasar. Sensitif ku datang semula. Mataku mula kabur dek kerna air mata yang bertakung ditubir mata.
"See! Macam ni takde masalah ke?"
Kepala ku tundukkan dan aku sapu kasar air mata yang mula jatuh. Mata Abang Zainal tak lepas melihat aku. Badanku dipusingnya untuk menghadap Abang Zainal.
"Ada apa sebenarnya ni?"
"Entahlah bang. Laila sendiri tak tahu kenapa Laila jadi macam ni."
"Cuba cerita kat Abang. Apa sebenarnya yang buat kau marah sangat kat Fendi?"
Aku mengeluh. Bukan apa. Malu jugak nak cerita. Yelah sebabkan hal ni, aku jadi macam ni. Mesti Abang Zainal akan ketawakan aku.
Berkerut kening Abang Zainal melihat aku diam tanpa kata apa-apa.
"Cepatlah! Cerita!"
Marah Abang Zainal. Aku tersengih. Mataku lirik ke arah Abang Zainal.
"Sebenarnya tak penting sangat pun."
Aku menggarukan kepala yang tidak gatal.
"Kalau macam tu kenapa sampai berhari-hari kena masam muka dengan dia? Kau ingat bagus sangatlah masam muka dekat suami sendiri? Berdosa tahu tak!"
Kepala ku tundukkan. Sedar akan kesalahanku.
"Laila jauh hati dengan Fendi."
"Jauh hati? Kenapa pulak?"
Sekali lagi aku tarik nafas dan hembus perlahan.
"Hari tu. Masa Zain bawak kita semua makan kat luar. Yang dia bawa Umairah sekali. Fendi ada cakap, siapa tak suka perempuan cantik, lembut, sopan macam Umairah tu. Dia puji Umairah depan Laila."
Seperti sangkaanku, Abang Zainal ketawakan aku. Tajam mataku melihat Abang Zainal. Ini yang benci nak bagitahu dia. Bukannya nak tenangkan aku, dia tambah garam lagi kat luka dihati. Ceh!
"Tengok! Sebab tu Laila tak nak cerita. Ish!"
Baru nak beredar, Abang Zainal pantas menarik tanganku.
"Okay! Okay! I'm sorry!"
Aku melabuhkan punggung semula dibuai. Dia berdehem beberapa kali cuba membetulkan suara walau masih kedengaran sisa tawanya.
"Ini kes cemburulah ni?"
Aku diam seketika dan merenung Abang Zainal. Cemburu ke aku?
"Bukanlah!"
Aku cuba menafikan. Abang Zainal mula buat muka dengar jawapan ku.
"Habis tu kalau bukan cemburu apa?"
"Tulah! Dengar dulu orang nak cakap. Jangan nak serkap jarang!"
Marahku. Geram betul ada Abang macam ni. Cubalah dengar dulu. Suruh orang cerita, baru separuh jalan, dia dah gelakkan orang.
"Okay sorry. My fault! Teruskan."
"Sampai mana dah?"
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Abang Zainal punya pasallah ni. Kacau betul! Omelku dalam hati. Aku cuba mengingati semula.
"Okay! Dia puji Umairah cantik, lembut. Yang buat Laila jauh hati dengan Fendi sebab..."
Sekali lagi aku terdiam.
Aku mula rasa sebak bila kenang balik yang dia memang tak pernah cintakan aku sebelum kami menikah. Dia hanya ikuti permintaan orang tuanya saja yang ingin menjodohkan kami berdua.
"Sebab?"
"Laila tahulah yang dia kawin dengan orang sebab dijodohkan. Laila sedarlah yang orang selalu kasar, tak matang, sikap kanak-kanak, tak cantik! Tapi tak payahlah kata dia pun nak perempuan macam Umairah!"
Aku diam dan tundukkan muka.
"Kalau sebelum kawin dia bagitahu macam tu, dah tentu Laila sendiri akan tolak pinangan keluarga dia. Suruh je dia pilih perempuan pilihan hati dia. Taste dia sendiri."
Aku menoleh Abang Zainal. Mataku mula berkaca. Abang Zainal tersenyum lalu menggenggam erat kedua tanganku. Jatuh lagi air mataku. Alaa... Tak sukalah perasaan macam ni!
"Kau tak boleh cakap macam tu. Orang lelaki ni suka puji apa yang sepatutnya dipuji. Tapi tak beerti apa yang diaorang puji atau suka diaorang nak miliki kau faham tak?"
Jelas Abang Zainal.
"Tak! Laila tak faham! Habis tu buat apa dia puji?"
Bekerut kening Abang Zainal bila aku tidak mahu mengalah. Abang Zainal bercekak pingang melihat aku.
"Dia puji sebab kenyataan. Macamlah kau tak pernah puji Zul Ariffin."
Beria-ia betul Abang Zainal cuba menangkan Fendi.
"Laila puji sebab Laila suka dia. Kalau boleh jadikan dia suami Laila!"
"Itu gatal!"
Tak semana-mana kepalaku diluku Abang Zainal. Tertawa kecilku. Gara-gara geram dengan Fendilah ni. Abang Zainal menggelengkan kepala.
"Kau tak boleh buat dia macam ni. Kesian kat suami kau. Jangan disebabkan hal remeh temeh macam ni, kau nak besar-besarkan. Tak baik kau tahu tak."
Aku menundukkan kepala. Aku tahu aku salah. Tapi dia pun salah jugak. Kenapa mulut tu gatal sangat nak puji perempuan lagi depan isteri sendiri. Kan dah jadi issue. Sekarang siapa yang susah?
"Kau dengar tak Fendi?"
Pantas saja aku mendonggakkan kepala. Aku toleh kiri kanan. Takde. Abang Zainal tersengih melihat aku kalut. Tangannya memegang sesuatu dibalik telinga.
"Sekarang kau selesaikanlah sendiri masalah ni dengan suami kau!"
Bluetooth Earphone Abang Zainal lepaskan. Besar mataku melihat. Fendi dah dengar semua ke? Abang Zainal serahkan telefon bimbitnya pada aku. Perlahan aku ambil dan letakkan ditelinga.
Aku diam. Takde bunyi apa-apa pun.
"I Love You Sayang."
Bisiknya lembut. Aku tak tahu kali keberapa harus aku mengalirkan air mata hari ini. Ish! Dah kenapa asyik nak menangis je ni?
"I Hate You!"
Pantas aku serahkan semula telefon pada Abang Zainal dan berlari naik anak tangga lalu masuk dalam bilik.
![](https://img.wattpad.com/cover/179044380-288-k431422.jpg)
YOU ARE READING
Cerpen: Suamiku Belangkas
Historia Corta"Oi perempuan! Satu benda kau kena tahu. We're getting married as soon as possible." Fendi Hashim. Pantas Zulaika atau lebih dikenali sebagai Laila menoleh Fendi. "Are you proposing me?" Zulaika. "No! Aku cuma beritahu kau pasal rancangan orang tua...