Sejak balik dari restaurant semalam aku tak banyak cakap dengan Fendi. Pagi tadi aku pura-pura masih tidur waktu Fendi hendak keluar kerja. Sakit hatiku masih tersisa. Isteri mana tak cemburu bila suami sendiri puji perempuan lain?
Apalagi bila ada kes macam aku dengan Fendi yang dijodohkan. Bila aku dah mula sayang dia, dia pulak ada hati nak ada perempuan macam itulah! Inilah!
Ish! Stresslah kalau macam ni!
Kalau dulu dia kata nak perempuan yang cantik! Lemah lembut! Dah tentu-tentu aku tak terima dia! Aku tahulah aku tak cantik. Aku mula merungut dalam hati.
Beberapa minit ketiadaan Fendi dalam bilik, aku terus turun pergi dapur. Aku nampak mummy tengah masak nasi goreng pusu. Mummy toleh aku. Aku melabuhkan punggung dan lentokkan kepala atas meja makan. Berat pulak rasa kepala ni. Banyak fikir macam nilah jadinya.
"Dah mandi ke belum ni?"
Aku menggelengkan kepala. Mata mummy tak lepas melihat aku. Mummy menghampiri aku dan letak nasi goreng tadi.
"Tadi kenapa tak layan Fendi?"
Berkerut keningku. Mana mummy tahu ni? Hmm.. Ini mesti dia complain kat mummy. Biarlah! Siapa suruh sakitkan hati aku.
"Malas!" Jawab ku sepatah.
Aku alihkan kepalaku sebelah kiri dan lentokkan semula atas meja.
"Buat orang sakit hati je." Bisikku.
Asal aku ingatkan kata-kata Fendi semalam, aku rasa geram, sakit hati, sedih, macam macam aku rasa. Kalau dia ada depan aku sekarang ni rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia tu. Gatal sangat! Omelku sendiri.
"Sakit hati kenapa?"
Terkejutku pabila terdengar suara yang aku kenal bertanya. Pantas aku menoleh.
"Hai sayang."
Aku melihat mummy dah tayang gigi lalu meninggalkan kami berdua. Mataku beralih pada Fendi yang sudah melabuhkan punggung sebelahku.
"Kenapa tak kerja?"
Segelas air suam dia serahkan padaku lalu menongkat dagu atas meja. Matanya tak lepas melihat aku. Rasa nak cucuk-cucuk je mata dia tu.
Ni tengok aku macam ni minta izin kawin lagi ke apa? Dah lah semalam puji perempuan lain. Ish! Kenapa dengan aku ni?
"Macam mana nak kerja kalau isteri sendiri monyok dekat suami? Tak boleh focus tau."
Aku menjuihkan bibir. Yelah tu tak boleh focus. Depan mummy bolehlah kau konon-konon sweet. Dalam hati siapa tahu? Ada orang lain. Gatal!
Aku jeling geram.
"Dahlah! Awak pergi kerja sana."
Pantas mummy menoleh aku.
"Ish! Apa kata macam tu dekat suami sendiri. Mummy tak pernah ajar Zulaika cakap kasar dengan suami macam tu. Kalau ada yang tak puas hati, bagitahu depan-depan. Jangan simpan dalam hati tu lama-lama. Bila dah nak meletup baru nak ungkit cerita 2, 3 tahun yang lepas. Apa-apa bawa berbincang. Bukan buat muka depan suami. Berdosa! Faham tak?"
Aku menundukkan kepala bila mummy mula membebel sebab aku suruh Fendi kerja. Bukan aku kasar pun. Aku cuma suruh dia pergi kerja je. Takde pun sampai menengking. Mummy ni saja nak nampakkan aku salah.
"Ye! Faham. Sorry!"
"Sorry naik lori."
Seloroh mummy dan terus beredar. Tak habis-habis dengan 'laila isabella' dia.
Aku mendongakkan kepala melihat mummy berlalu hingga hilang bayang. Mataku beralih pada Fendi yang sedari tadi tak lepas pandang aku. Aku tak bolehlah tengok dia lama. Sebuah jelingan aku hadiahkan buat Fendi.
Fendi tersengih.
"Sayang boleh bagitahu apa salah saya tak? Dari semalam sayang tak mahu cakap sepatah pun dengan saya."
Aku tarik nafas dan hembus perlahan. Kasi reda sikit dalam hati ni. Perlahan aku toleh Fendi dan tersenyum sinis.
"Betul awak nak tahu?"
Dia mula mengukirkan senyuman lalu menganggukkan kepala.
Boleh pulak dia senyum nak tahu apa salah dia?
"Tunggu sampai saya rasa tak sakit hati dengan awak lagi, baru saya bagitahu. Takut saya terkasar pulak dengan awak. Dapat dosa free pulak nanti. Bolehkan?"
Tiba-tiba senyumannya hilang mendengar jawapan ku.
"Okay." Lemah suaranya menjawap.
![](https://img.wattpad.com/cover/179044380-288-k431422.jpg)
YOU ARE READING
Cerpen: Suamiku Belangkas
Short Story"Oi perempuan! Satu benda kau kena tahu. We're getting married as soon as possible." Fendi Hashim. Pantas Zulaika atau lebih dikenali sebagai Laila menoleh Fendi. "Are you proposing me?" Zulaika. "No! Aku cuma beritahu kau pasal rancangan orang tua...