Sebulan berlalu...
Hari ini Zain ajak kami sekeluarga makan disebuah Restaurant dengan gaji pertama. Excited giler dia nak belanja kami. Dia kata ada surprise. Aku pulak pantang dengar orang kata ada surprise. Yang surprise boleh jadi tak surprise oleh aku.
Tapi hari ni Zain memang tak nak bagitahu aku mahupun keluargaku yang lain.
Sehingga kami sampai direstaurant yang ditempah Zain untuk kami sekeluarga. Zain awal lagi dah sampai. Hanya tunggu kami tiba saja.
Bila kaki melangkah masuk dalam restaurant yang kelihatan mewah ni, mataku tertacap pada susuk tubuh sesorang yang sedang berdiri sebelah Zain.
Tangan Fendi aku gamit perlahan.
"Awak! Zain nak kenalkan girlfriend dialah!"
Aku orang pertama yang excited bila tahu surprise yang Zain buat.
"Shh! Jangan bising! Karang mummy ngan daddy dengar."
Berkerut keningku melihat Fendi seolah-olah dah tahu. Fendi pulak buat macam takde perasaan.
"Awak dah tahu pasal inikan?"
Hanya sebuah senyuam dia ukir lalu Fendi menarik tanganku mengikuti langkah mereka. Setelah masing-masing ambil tempat duduk, aku terus lihat Zain yang mengambil tempat duduk depan suamiku. Lalu aku toleh Fendi yang duduk sebelah kiriku.
Zain mula menggaru kepala bila mummy dan daddy bertanyakan tentang wanita disebelahnya.
Apa susah nak bagitahu? Cakap jelah dia ni girlfriend aku. Itupun malu!
"Mummy, daddy. Emm..."
Zain diam. Wanita sebelah Zain aku lihat hanya menundukkan kepala.
"Cak..."
Mulutku ditekup Fendi. Abang Zainal duduk sebelah kanan ku terus ketawa melihat Fendi buat begitu.
"Good Job!"
Bahu Fendi ditepuk Abang Zainal. Zain pulak tersengih. Aku tepis tangan Fendi kasar. Fendi siap bagi isyarat supaya aku diam.
"Ini Umairah girlfriend Zain."
"Girlfriend je? Bila nak kawin?"
Sekali lagi mulutku ditekup selepas aku ikut mencelah. Kali ini Fendi dan Abang Zainal pulak menekup mulutku serentak.
"Aku sumbat jugak cili dalam mulut kau!"
Marah Zain. Aku jeling geram.
Sebenarnya aku tak puas hati pasal Zain tak pernah bagitahu aku apa-apa. Sejak dia ada girlfriend sampai dia nak kenalkan girlfriend dia pada kami sekeluarga. Sekali pun dia tak pernah cerita kat aku. Dekat Fendi boleh pulak dia bagitahu semua.
"Sebab tu aku bawa korang semua makan sini sebab nak bincang pasal wedding kami. Kau ni suka buat spoillah!" Sambung Zain.
Besar mataku. Jadi betullah dia nak kawin?
Mummy dan daddy tersenyum mendengarkan hasrat Zain ingin berumah tangga.
"Alhamdulillah. Lepas ni mummy nak tengok anak mummy yang sulung ni lagi kawin."
"Daddy setuju!" Pantas daddy jawap.
Riuh kedengaran tawa mereka dimeja ini.
Sambil makan, kami berbincang tentang planning Zain untuk merisik Umairah hujung minggu ini. Dan mereka sudah pilih tarikh nikah mereka pada awal tahun depan. Lagi berapa bulan je kot!
"Zain! Kau serious ke nak kawin?"
Tanyaku sebaik saja aku melihat Zain pergi ke kaunter pembayaran. Aku mengekori Zain dari belakang.
"Serious lah! Kenapa pulak nak main-main? Kau sendiri tahu aku cari kerja sebab nak kawin dengan dia."
"Yang tu aku tahulah. Tapi lagi beberapa bulan je kot! Takde bulan lain ke korang nak pilih?"
Aku sebenarnya bukan nak sibuk sangat. Yelah! Zain baru je mula kerja. Nak kawin awal tahun depan. Belum ada persiapan apa-apa. Ingat kawin ni tak guna duit ke?
"Biarlah diaorang nak kawin awal tahun ke hujung tahun ke. Sayang ni suka betul kacau Zain."
Tiba-tiba saja Fendi bersuara dibelakang kami. Aku jeling geram. Sibuk je dia ni! Mana aku ada, disitu jugak dia ada.
"Entah! Suka sangat sibuk hal orang. Sepatutnya kau tu sokong keputusan aku. Bukan jadi tanduk. Orang nak kawin pun jadi issue dia." Marah Zain dan terus berlalu meninggalkan kami.
"Hei! Aku bukan..."
"Shh! Dah! Jangan kusutkan lagi fikiran dia. Awak tak kesian ke dengan Zain? Dia bersusah payah nak dapat restu orang tua Umairah. Sekarang bila dah green light, awak pulak tak mau tengok dia kawin."
Kali ini Fendi pulak yang marah. Apa pulak dia kata aku tak mahu tengok Zain kawin? Dia dah salah faham pasal aku ni. Aku mengeluh kecil.
"Takdelah! Betul apa..."
"Saya kata dah tu sudahlah awak. Tak baik awak buat dia berfikir dua tiga kali. Itu sama saja awak tak nak tengok dia membina masjid. Berdosa tau awak nak runtuhkan masjid yang baru nak dibina."
Pulak?
Diaorang betul-betul ingat aku nak halang Zain untuk kawin ke? Buat apa aku nak buat macam tu? Aku cuma nak dia buat persiapan itu saja. Aku nak tanya Zain pun takde peluang langsung.
Aku berpeluk tubuh dan merenung kedalam mata Fendi. Sakit hati betul bila dia fikir bukan-bukan pasal aku.
"Kalau tempat dia bina tu salah, tak salah untuk saya hentikan."
Tengok! Aku sendiri tak tahu apa yang aku merapu. Saja nak buat Fendi sakit hati. Biarlah diaorang nak fikir aku jahat ke apa. Aku teruskan je apa yang diaorang nak fikir.
Fendi menggelengkan kepala.
Disebabkan Zain nak kawin, boleh jadi pertengkaran antara aku dengan Fendi sekarang.
"Awak tengok Umairah tu tak baik ke? Saya tengok dia lebih dari itu. Dia cantik, lembut, sopan. Tak kasar macam awak. Suka sangat jadi makcik bawang."
Bulat mataku melihat Fendi. Sakit hatiku semakin terasa setelah dengar dia puji perempuan lain depan aku. Tambahan lagi dia siap beza-bezakan aku dengan Umairah.
Fendi buang pandang dan menoleh mereka yang masih duduk dimeja makan. Mungkin melihat Umairah. Yelah! Umairahkan ciri-ciri idaman dia!
Lama aku mendiamkan diri dan kepala ku tundukkan. Kata-kata Fendi masih jelas dalam otakku.
Aku melirikkan mata melihat Fendi.
"Kalau macam tu, awak pergilah cari perempuan macam Umairah. Baru awak puas hati ada isteri macam tukan? Dah tentu jadi pilihan awak. Bukan pilihan orang tua awak!"
Perlahan Fendi melihat aku. Berkerut keningnya melihat aku. Fendi hairan melihat aku tiba-tiba naik darah.
"Awak..."
"Dahlah! Saya pergi tandas dulu."
Pantas saja aku menepis tangannya yang baru nak sentuh aku. Kaki ku langkah menuju tandas wanita.
Entah mengapa aku rasa sensitif pulak. Dia tak suka aku ke? Aku ni kasar sangat ke? Tapi aku memang macam ni. Dia mesti terima aku apa ada. Bukan nak bandingkan aku dengan perempuan lain.
Sebelum ni dia tak macam ni pun.
Tanpa sedar air mataku mula jatuh.
YOU ARE READING
Cerpen: Suamiku Belangkas
Nouvelles"Oi perempuan! Satu benda kau kena tahu. We're getting married as soon as possible." Fendi Hashim. Pantas Zulaika atau lebih dikenali sebagai Laila menoleh Fendi. "Are you proposing me?" Zulaika. "No! Aku cuma beritahu kau pasal rancangan orang tua...