Hari ini Fendi bawa aku pergi jumpa ahli keluarga dia yang sebenar. Besar jugak rumah ni. Walaupun anak diaorang 3 orang jugak. Tapi yang ni semua lelaki. Fendi pulak anak bungsu.
Lepas saja Fendi letak kereta, aku melihat beberapa orang kanak-kanak mula berlari mendapatkan Fendi.
"Pak usu! Pak usu!" Mereka mula menjerit memanggil Fendi. Tersenyum ku melihat gelagat comel mereka. Aku mendekati Fendi. Semua mata tertacap kearah aku. Fendi turut menoleh.
"Ha! Salam mak usu tu."
Seorang demi seorang mula salam aku. Dayana, Maria, Aina, Danish dan Malik. Comelnya. Geram pulak aku tengok diaorang ni! Anak kecil yang digendong Fendi aku dekati. Melihatkan pipinya yang gebu itu aku terus cium pipi itu. Tertawa anak kecil itu.
"Siapa nama sayang?"
Pipinya aku usap lembut. Kulitnya putih gebu dengan pipi kemerahan. Macam anak patung. Rambut pulak lebat dan panjang hingga paras bahu.
"Nana."
"Comelnya. Berapa tahun ni?" Aku toleh Fendi yang sedari tadi tak lepas pandang aku. Fendi turut tersenyum.
"Awak tanyalah dia."
Berkerut keningku.
"Manalah dia tahu. Kecil lagi kot."
"Siapa kata?" Aku menaikkan kirai.
"Nana umur berapa sayang?" Fendi mula bertanya. Aku terdiam dan menunggu anak kecil itu menjawap.
"Dua tahun!"
Besar mata ku mendengar. Petah betul dia bercakap. Ish! Geram!!
"Ha' Fendi! Buat apa lagi tercegat kat situ. Bawalah isteri kau masuk."
Aku menoleh. Ayah Akob tersenyum dan senyuman itu aku balas. Segak jugak ayah ni. Sama macam laki aku.
"Jom masuk." Fendi mula melangkah pantas lengannya aku pegang. Fendi menoleh dan tersenyum.
"Apa?"
"Kalau macam ni tiap hari, saya bawa terus awak tinggal kat sini."
Berkerut keningku. Tidak faham maksudnya. Fendi menjuihkan bibir kearah tanganku. Aku melihat. Aku menoleh Fendi semula setelah faham maksudnya. Pantas aku cubit lengannya. Gatal sangatkan! Semakin galak Fendi ketawa.
Setelah kami masuk dalam rumah besar itu, Mak Aisyah terus keluar dari dapur dan menghampiri kami.
"Assalamualaikum." Fendi menyalami tangan tua itu lalu dicium kedua belah pipi Mak Aisyah. Aku mengekori Fendi dari belakang dan mula bersalam.
"Eh! Tak payah cium. Mak bau dari dapur. Lepas masak." Aku tersengih.
"Takpelah mak. Sedap apa bau dari dapur." Aku tetap cium kedua belah pipi mak. Tertawa mak mendengar.
"Kalau masakkan memang sedap bau dia, tapi mak ni bau bawang je." Mereka ketawa.
"Mak masak apa mak?"
Tanya Fendi selepas melabuhkan punggung atas sofa. Aku duduk sebelah Fendi dan mak jugak turut melabuhkan punggung berdepanan dengan kami.
"Ikan patin masak asam pedas."
Besar mata Fendi.
"Sedap betul tu mak. Rindu pulak nak makan masakkan mak ni."
"Sebab tu mak masak. Mak tahu kau nak datang."
"You're the best mom!"
"Well!" Seloroh mak. Riuh kedengaran dengan tawa kami. Sporting betul mak Fendi ni.
"Siapa nama isteri kau ni?" Mak Aisyah mula menggaru kepala.
"Panggil je Laila mak."
"Maaflah mak ni bab nama memang susah nak ingat. Emm... Laila?"
Aku hanya tersenyum. Faham dengan situasi Mak Aisyah. Kurang lebih je ngan mummy. Kadang ingat nama, kadang nama orang lain dia panggil.
"Laila kerja ke?"
"Tak! Laila tunggu panggilan kerja je."
"Oh. Baguslah macam tu. Tapi lebih bagus kalau takyah kerja. Biar suami je yang cari duit untuk kita. Kita pulak boleh jaga pakai, makan suami. Keluarga ni kena kerjasama. Macam 'WorkShop'."
Berkerut keningku. Aku dan Fendi saling berpandangan. Fendi angkat bahu tanda tidak tahu maksud Mak Aisyah tentang 'WorkShop'.
"Maksud mak?" Fendi mula bersuara. Mak Aisyah tersenyum.
"Yelah. Suami 'Work' isteri pulak 'Shop'. kerjasama terbaik tu."
Meletus tawa Mak Aisyah. Aku turut ketawa. Bagus jugak cadangan mak ni. Bisiku dalam hati. Fendi menoleh aku seakan tidak puas hati.
"Amboi mak! Sejak bila pulak pandai 'WorkShop' ni? Kumpulan makcik bawang mana pulak yang ajar mak?"
"Alaa... Bawang bombay." Seloroh Mak Aisyah. Geli pulak hati aku dengar. Ada-ada saja mak ni.
"Dahlah. Jangan nak merepek lagi. Fendi! Kau bawa isteri kau pergi masuk bilik. Rehatkan badan tu. Habis masak karang mak panggil korang makan." Arah mak. Fendi tersengih. Dia yang mula. Bisik Fendi.
"Hm.. Yelah!" Baru Fendi nak ajak aku rehat, terus aku tolak.
"Eh! Takpelah mak. Laila boleh teman mak masak sekali."
Takkan aku biarkan mak mertua aku buat semua tu. Aku pulak seronok dok rehat. Baik aku tolong. Kalau mummy tahu aku rehat tak tolong mak mertua, boleh bernanah telinga setahun.
"Alaa takpe. Lagipun mak dah habis masak dah. Tinggal nak hidang lagi."
"Kalau macam tu Laila tolong mak hidangkan makanan."
Mereka ketawa mendengar aku tidak mahu mengalah. Pantas tangan Fendi cuit hidungku lembut.
"Kak Sheera ada lah sayang. Mak Zaitun pun ada sekali tu kat dapur. Bukan mak seorang je kat dapur tu. Dia ni risau mak seorang kat dapur sebenarnya mak."
Sekali lagi mak tertawa.
"Comel betul isteri kau ni. Tak mahu kalah. Sepadan betullah dengan kau. Sama-sama tak mahu mengalah."
Aku tertunduk dan tersenyum malu dikata begitu.
"Pergilah rehat kejap. Mak nak mandi dulu."
Aku melihat mak sehingga hilang bayang. Setelah mak sudah tidak kelihatan aku terus menoleh Fendi yang masih lagi tersenyum melihat aku.
"Apa?"
"Comel!" Aku jeling geram.
"Siapa Kak Sheera ngan Mak Zaitun?"
"Mak Zaitun tu pembantu dirumah ni. Sejak saya lahir lagi memang Mak Zaitun dah bekerja dengan mak. Kak Sheera pulak emak pada Nana."
"Masa kita kawin dia ada datang ke?"
Fendi menggelengkan kepala.
"Tak! Kebetulaan dia ada urusan di JB."
Aku menganggukkan kepala beberapa kali. Sekali lagi Fendi tersengih.
"Jom! Naik bilik rehat."
"Takyah lah! Saya nak jumpa ngan diaorang."
Baru aku berdiri nak pergi dapur, lengan ku ditarik lembut oleh Fendi. Dia turut berdiri.
"Makan karang kan boleh jumpa diaorang. Jom kita naik bilik."
"Tak..."
"Jom!"
Tanganku ditarik menuju ke tangga dan masuk kebilik. Hmm... Susah jugak nak masuk dapur diaorang ni. Sebenarnya aku nak tengok dapur diaorang besar mana. Tapi bila tengok bilik suami aku besar ruang tamu kat rumah daddy ni aku rasa tak payah tengok kot dapur besar mana.
YOU ARE READING
Cerpen: Suamiku Belangkas
Nouvelles"Oi perempuan! Satu benda kau kena tahu. We're getting married as soon as possible." Fendi Hashim. Pantas Zulaika atau lebih dikenali sebagai Laila menoleh Fendi. "Are you proposing me?" Zulaika. "No! Aku cuma beritahu kau pasal rancangan orang tua...