Malapetaka jumpa lelaki itu!

5.1K 205 7
                                    


Hujung minggu macam ni aku ingatkan nak pergi jalan-jalan ajak dua ekor lelaki ni. Awal pagi lagi aku dah dikejutkan mummy. Diajak pergi kenduri orang kawin. Mahu tak mahu aku turuti jua.

Petang pukul 2 pulak ada sambutan hari jadi anak sepupu aku dekat mini dewan hotel Rizqun. Meriah jugak bila sepupu aku semua mula berkumpul. Ada-ada saja cerita yang hendak diceritakan bila dah lama tak berjumpa.

Malam pulak ada majlis tahlil ditutong. Syukur alhamdulillah seharian aku berjalan ke majlis-majlis orang.

Dalam tiga-tiga majlis ni, aku tak tahu malapetaka apa yang datang menimpa aku. Malam tu pulak ada cerita yang buat aku sakit hati. Entah dari mana datangnya manusia gila ni. Tak pasal-pasal orang yang aku tak berapa kenal sangat a.k.a sepupu jauuuhhhh sangat tu yang aku tak berapa nak layan cari gaduh dengan aku.

Nak tahu macam mana aku boleh gaduh dengan mamat tu? Ha! Meh aku citer.

*Flashback!

"Ha! Zali, kau bila lagi nak timang cucu?"

Soalan cepu emas dilemparkan pada daddy. Bila daddy ditanya, yang menanggung risiko adalah anak. Anak yang dimaksudkan tak lain tak bukan mesti aku orangnya. Alasan! Sebab aku seorang wanita! Ceh!

"Hmm... Macam mana nak timang cucu kalau seorang anak aku pun belum kawin?"

Tertawa Tua Kasim mendengar. Tua Kasim mempunyai 2 orang cucu yang masih kecil. Daddy pulak seorang pun belum ada. Kesian daddy ngan mummy. Sabar jelah.

"Itulah kau Zali. Kenapa tak carikan saja jodoh untuk diaorang? Kan senang."

Aku rasa senyuman aku ni dah makin pahit rasanya. Kalau ye pun Tua Kasim ni suruh daddy carikan jodoh untuk anak-anak dia. Apesal dia asyik tengok aku je? Abang Zainal dan Zain mengukirkan senyuman lebar dan menoleh aku. Seronoklah tu!

"Ha'ah. Hasnah kau carikanlah pasangan untuk anak kau ni. Dia pun aku tengok cantik je."

Sampuk Tua Salmah. Mummy hanya mendengar saja lalu melirikkan mata ke arahku. Ish! Diaorang ni saja nak kenakan aku.

"Kalau saya tak payah Tua Kasim. Yang penting tu ha! Siti Zulaika. Wanita didahulukan untuk bernikah. Betul tak daddy?"

Besar mataku mendengar kata-kata Abang Zainal. Dia ni dah kenapa? Sengaja tempah maut. Omelku dalam hati.

"Wanita tak wanita. Bukan ke adam tu berpasangan dengan kaum hawa? Wanita ke lelaki ke harus kawin okay. Takde alasan sebab wanita didahulukan."

Kedengaran riuh ketawa mereka bila aku balas semula kata-kata Abang Zainal. Takdelah! Bosan jugak aku dengar asyik pasal aku ni wanita harus didahulukan kawin. Kenapa? Lelaki tak nak kawin ke?

"Tapi orang lelaki walaupun umur dah lanjut lebih 30 ke 40 tak menjadi masalah. Wanita didahulukan bersebab dan salah satu adalah untuk mendapatkan zuriat tanpa bermasalah atas sebab umur dah semakin meningkat."

Mataku melilau mencari empunya suara. Siapa tu? Dia tu ke?

"Wanita bila dah meningkat usia ni susah hendak melahirkan anak apalagi nak mendapatkan zuriat. Awak faham tak?"

Sampuk seseorang yang sedari tadi duduk membelakangi kami. Tak sangka pulak telinga dia sibuk dengar perbualan kami. Semua terdiam mendengarkan jawapannya. Berkerut keningku.

"Hello cik abang! Rezeki anak tak ikut usia tau. Wanita yang kawin muda 18 tahun belum tentu dapat anak dan wanita yang lewat kawin juga belum tentu tak boleh mendapatkan zuriat. Semua ini dipanggil rezeki. Kita tak boleh nak tentukan rezeki siapa-siapa kecuali Yang Esa."

Perbualan ini menjadi semakin serius. Terdiam mereka bila aku tidak mahu mengalah. Abang Zainal tersengih. Entah apa yang lawak. Aku pulak dah mula panas dengan jawapan mamat ni.

Perlahan mamat tu berdiri dan menoleh kami. Dia melihat aku tepat kedalam mataku. Dan aku yang memang tak suka dipandang sebegitu terus menundukkan kepala. Kedengaran bunyi kasut mamat tu semakin dekat.

"Saya setuju dengan awak. Tapi usaha itu yang penting. Tanpa usaha semua takkan jadi. Begitu juga dengan jodoh. Kalau tak dicari, sampai bila pun awak takkan kawin. Nak sangat ke jadi anak dara tak laku?"

Meruap-ruap darah aku kala ini. Rasa nak tampar-tampar saja muka mamat ni. Tua kasim dan daddy mula bercerita sendirian. Tinggal aku, Abang Zainal, Zain, Mummy, Tua Salmah dan mamat gila ni.

"Aku lebih rela tak kawin kalau ada ramai lelaki perangai macam kau!"

Tanganku ditarik lembut Abang Zainal. Dia tahu aku dah tahap nak meletup saja lagi.

"Laila! Apa cakap macam tu dekat dia? Jangan tunjuk sangat perangai kasar tu."

Bisik Abang Zainal dekat telingaku. Mataku tak lepas melihat mamat yang tengah seronok tersengih-sengih. Dengan perasaan yang masih membara aku terus hulurkan salam pada Tua Salmah. Baik aku tunggu dalam kereta.

Baru beberapa langkah aku jalan, sekali lagi mamat tu bersuara membuatkan aku terhenti.

"Oi perempuan! Satu benda kau kena tahu. We're getting married as soon as possible."

Besar mataku. Pantas saja aku menoleh mereka. Yang lain turut melihat mamat itu tanpa berkelip.

"Are you proposing me?"

"No! Aku cuma beritahu kau pasal rancangan orang tua kita yang nak satukan kita berdua tak lama lagi. So, please get ready."

Aku rasa bola ping pong dah kalah besar dengan mataku sekarang. Aku melihat mereka seorang demi seorang. Abang Zainal dan Zain jugak kelihatan terkejut. Mummy pulak mula gelisah. Mungkin sebab rahsia mereka bocor oleh mamat yang digelar Fendi ini.

Cerpen: Suamiku BelangkasWhere stories live. Discover now