Special Part: Pernikahan Penguin!

6.5K 198 18
                                    


Dari tadi aku menahan geram ngan Zain ni. Boleh pulak dia tak ingat nama Umairah waktu akad nikah. Ini kali ke tiga dia tak ingat. Abang Zain dan Fendi teman Zain untuk mengambil wudhuk sekali lagi. Kali ni kalau dia gagal sekali lagi, akan dianggap gagal nikahnya hari ini dan akan diteruskan pada hari lain. Itu apa yang ustaz tadi cakap.

Aku menunggu Zain keluar dari tandas.

Nampak je susuk tubuh diaorang tiga aku terus mendekati mereka. Pantas Zain sembunyi belakang Fendi.

"Kau dah kenapa penguin! Nama senang tu pun kau susah nak sebut." Marahku.

"Dahlah tu sayang." Fendi cuba tenangkan aku.

"Saya tak puas hati dengan dia ni. Sebelum ni bukan main sombong lagi. Cakap senanglah, itulah inilah! Dah depan tok kadi, nama Umairah pun dah jadi omar."

Mereka tertawa. Geli hati sebenarnya bila Zain salah sebut nama. Tak pasal-pasal nama ustaz tu pulak disebutnya. Bongok betul adik aku ni. Ustaz tu apa lagi. Melayanlah. Ustaz kata dia dah ada isteri taknak tambah suamai pulak lepas ni. Riuh satu dewan masjid dengan gelak tawa.

"Kau perempuan memanglah cakap senang. Lelaki yang tanggung risiko bila berdepan dengan tok kadi ni. Nama senang Zuhri Humaira Binti Haji Abbas pun aku rasa macam nama jepun aku nak sebut."

Abang Zainal tertawa sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

"Itulah! Lain kali jangan sombong! Ni peluang terakhir kau. Kau tahu tak?"

Zain tayang gigi.

"Dah. Kau Laila jangan asyik marah je. Tak pasal-pasal muka baby nanti macam muka kau."

Abang Zainal mula bersuara setelah lama berdiam. Aku melirikkan mata melihat Abang Zainal.

"Biarlah comel macam Laila!"

"Kalau comel takpe, ni dah muka macam singa betina abang tengok."

Aku menjuihkan bibir dan sebuah jelingan aku beri pada Abang Zainal. Fendi tersengih melihat aku mula merajuk. Pantas saja dia menarik lenganku dengan lembut dan memeluk bahuku lalu diusapnya lembut. Nasib baik ada suami boleh tenangkan aku.

"Jom! Kita masuk, diaorang dah lama tunggu tu." Ajak Fendi.

Setelah beberapa minit kemudian, akhirnya Zain sah bergelar suami pada Zuhri Humaira. Semua menadahkan tangan tanda syukur.

Sebelum masuk masjid tadi aku sempat jugak ugut Zain. Aku kata yang aku dengar bapa Umairah ada cakap kalau gagal pernikahan anak mereka, dia akan batalkan rancangan nak satukan mereka.

Cuak terus Zain bila aku kata macam tu. Hmm... Kalau aku tahu, awal lagi aku dah ugut Zain. Biar sekali lafaz saja.

Aku dan Fendi menghampiri Zain dan isterinya.

"Alhamdulillah akhirnya nama wanita melayu jugak kau sebut tadi."

Mereka ketawa mendengar aku perli Zain.

"Ngek lah kau ni. Jangan malukan aku depan isteri aku."

Aku ketawa melihat Zain malu. Aku melirikkan mata pada Umairah dan tersengih. Perlahan aku pegang tangan Umairah. Abang Zainal dan Kak mira turut menghampiri kami.

"Kalau bukan sebab Umairah yang suruh aku ugut kau, memang kau sebut nama orang lain lagi kan."

Besar mata Zain melihat aku dan Umairah silih berganti. Sekali lagi kedengaran riuh ketawa mereka.

"Honey! You suruh Laila ugut B ke?"

Zain merenung Umairah. Alaa marah-marah sayang gitu. Aku menjuihkan bibir dengar Zain mengelar dirinya B. Umairah tertawa kecil dan memeluk lenganku.

"Honey ngan B laa sayang."

Fendi tersengih melihat aku berpura-pura bisik padanya. Saja je nak dengarkan dua merpati ni. Comel je aku tengok Umairah pemalu ni. Pemalu pun tetap jugak nak kenakan suami dia.

Pantas Zain tarik lengan Umairah dan merangkul pinggang isterinya.

"Mestilah. Kalau takde 'Bee' takde 'Honey'. Betul tak honey?"

Umairah menundukkan wajahnya yang kemerahan menahan malu.

Akhirnya ketiga-tiga adik beradik kawin jugak. Tak sangka kan? Tak sampai setahun jarak perkahwinan kami adik beradik. Aku kawin awal bulan julai, Abang Zainal pulak bulan december dan kini Zain kawin sebulan lepas Abang Zainal.

Cantik betul rancangan Allah pertemukan kami dengan jodoh kami adik beradik. Semoga perjodohan ini hingga ke jannah. Amin!

Cerpen: Suamiku BelangkasWhere stories live. Discover now