Aku Isteri Dia

5.3K 202 2
                                    


"Aku terima nikahnya Siti Zulaika Binti Haji Razali dengan maskahwinnya tiga ratus ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Affendi Hashim Bin Dato Haji Yaakub dengan tiga orang saksi. Sebulan sebelum hari pernikahanku, aku melihat kad jemputan yang dibuat oleh daddy sendiri.

Aku bertanya pada daddy tentang ayah kandung Fendi. Ternyata Fendi adalah anak angkat kepada Tua Kassim. Dia diangkat oleh Tua Salmah setelah kandungannya keguguran kali ketiga. Selepas mereka ambil Fendi sebagai anak angkat, beberapa tahun selepas itu barulah mereka dikurniakan zuriat. Seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan.

Tak sangka pulak ada cerita menarik tentang Fendi ni.

"Ehem!" Bergegar badanku dengar deheman seseorang.

Aku mendongakkan kepala melihat wajah Fendi yang begitu hampir. Sebuah senyuman dilemparkan kearahku. Huluran tangannya ku sambut dan ku kucup. Kerlipan dari kamera tidak henti-henti selepas tangan Fendi aku cium.

Setelah selesai upacara pembatalan air sembahyang, kami diiring oleh ahli keluarga hingga atas pelamin.

Gelagat Abang Zainal dan Zain jadi tumpuanku. Hmm.. Lepas ni rindulah aku dengan dua ekor ni. Tiba-tiba tanganku digenggam Fendi. Aku menoleh. Dia tersenyum lalu tanganku dibawa kebibirnya dengan lembut.

Terkejut sebenarnya aku dengan tindakan spontan Fendi. Genggaman tangan kami semakin erat digenggamnya. Aku cuma biarkan saja dipegang sebegitu. Mataku alih semula pada Abang Zainal dan Zain yang sudah tersengih-sengih. Diaorang nampak ke?

Zain yang nakal tak ingat dunia itu, dipegangnya tangan Abang Zainal yang berdiri sebelahnya lalu dikucup tangan Abang Zainal. Sama seperti Fendi lakukan pada aku sebentar tadi. Besar mata Abang Zainal. Pantas Abang Zainal lepaskan tangannya yang dikucup Zain tadi lalu lap ke baju Zain.

Tertawa kecilku melihat telatah mereka berdua. Senyumanku tak lekang melihatkan perangai kebudak-budakan Zain.

"Abang suka bila sayang senyum macam ni."

Perlahan senyumanku hilang. Aku menoleh Fendi. Abang? Sayang? Boleh ke aku panggil dia Abang? Ish! Tak retilah nak panggil husband sendiri dengan panggil Abang ni.

"Kenapa?"

Tanya Fendi setelah dia perasaan aku melihat dia terlalu lama. Aku menggelengkan kepala dan mengalihkan pandangan ketempat lain.

"Abang harap sayang terima abang dan cintakan abang dengan ikhlas."

Sekali lagi aku menoleh Fendi. Matanya tak lepas melihat aku.

"Seperti mana abang mula jatuh cinta dengan sayang."

Berdesup darah aku naik kemuka. Merona merah mukaku dengar pengakuannya.

Gila apa dia ni? Dia luahkan rasa cinta kat aku ke tu? Belum sampai 24 jam nikah, dia dah mula jatuh cinta dengan aku? Biar betul? Boleh ke macam tu? Omelku sendiri dalam hati.

Cerpen: Suamiku BelangkasWhere stories live. Discover now