School LOVE Story. 2

386 24 2
                                    

Keesokan harinya.. saya dengan Sha-ly sudah standby di dalam dewan bola keranjang. Hari ni ada aktiviti sukan. Dari jauh lagi saya tengok dorang Frank berkumpul di satu tempat. Macam berbincang mahu belasah orang saja. Eii bencilah tengok.. kecuali si Billy. 😝

Kami pun duduk di atas bangku dewan sambil tunggu cikgu sukan datang.

"Eh Neco, kau tengoklah si Frank tahi tu, ish.. macam saya mahu tumbuk-tumbuk muka dia tau." Sha-ly memulakan cerita. Asyik-asyik Frank. Heii.. saya layan sajalah cerita dia.

"Bukan kau suka kat dia ke? Kalau dia cium kau, macam mana? Hahaha.." saya bergurau pula dengan dia.

"Hakk tuiii !!!" Dengan kuat Sha-ly jerit sampai semua pelajar tengok arah kami. Bergema terus dewan tu dibuatnya.

Saya ketawa terbahak-bahak sebab rasa lucu sangat. Tapi ketawa saya terhenti bila mereka semua pandang arah kami. Saya pura-pura garu kepala dan pandang ke atas. Sha-ly pula bersiul-siul. 😂

"Apa projek kita nanti ni Neco?" Kata Sha-ly sambil membetulkan tali kasutnya.

"Projek? Projek apa?" Saya yang bingung tanya dia balik. Entah apa lagi yang mahu dilakukannya.

"Ala.. lepas sekolah temankan saya pergi bandar. Nak beli cd MCR. Album tu baru keluar," jawab Sha-ly.

"Ok, saya pun nak beli satu juga hehe.." saya pun minat MCR sebab lagu dorang ada maksud tersirat. Walaupun saya ni nerd, tapi tak bermaksud saya tak suka lagu-lagu rock.

"Students!! Berkumpul di sini sekarang!" Jerit cikgu Tom DeLonge memanggil kami ke tengah-tengah dewan sambil memegang bola keranjang.

Cikgu Tom ni tegas. Kebanyakan students tak suka dia sebab dia garang sangat.

"Hari ni cikgu mahu buat senaman berpasangan. Lelaki dan perempuan." Jelas cikgu Tom.

Apaa?? Aduh.. saya tak mahu, saya tak mahuu cikguu! Dalam fikiran saya sekarang mahu mengelak dari aktiviti ni saja.

Sha-ly steady je. Sebab dia kan ganas, jadi lelaki noob mesti takut dengan dia.
Saya pun berpura-pura pening konon.

"Aduh cikgu.. saya rasa macam tak sihatlah.." saya kata sambil picit-picit kepala.

Cikgu Tom berpeluk tubuh tengok saya lalu berkata,
"Jangan mengada-ngada. Mari kau sini!"

Lakonan saya terhenti. Hei.. Dia terus tarik tangan saya dan memandang semua pelajar lelaki untuk dipilih menjadi pasangan saya. Heii bencinya saya cikgu ni!

"Billy Martin come here," cikgu Tom memanggil Billy ke arah kami.

Jengg!! Macam ada muzik berbunyi saat mendengar namanya di sebut.

Perasaan saya waktu itu susah nak di gambarkan. Macam ada cahaya lampu ketika Billy menuju arah saya. Cupid the stupid memanah hati saya bertubi-tubi. Ah damn damn damn! Macam lagu Avril pula dah..

Saya terkaku bila Billy berdiri di sebelah saya. Tingginya dia.. kepala saya sampai ketiak dia saja. Lalu dia tunduk tengok saya sebab saya tak berhenti perhatikan dia. Shit! Kedapatan pula! Saya terus menoleh ke arah Sha-ly. Pipi saya bertukar merah jambu.

"Neco.." Sha-ly memanggil saya perlahan. Dia ketawa-ketawa tengok muka saya yang merah padam. Heii.. malunya.

Pasangan Sha-ly pula adik si Gerard, Mikey. Bagi Sha-ly, lelaki ni senang dibuli. Nasib baik bukan Frank, kalau tak.. confirm dorang akan bergusti di dewan.

Mikey ni hormat pada perempuan. Ganas-ganas macam mana pun, dia lebih rela di buli daripada membuli perempuan. Tidak macam abangnya yang kuat mengacau saja.

School LOVE Story (Completed Season 1)Where stories live. Discover now