****
Lepas je habis subjek seni saya terus pergi studio jamming. Geng-geng tahi kucing tu pun ikut kelas tu juga. Tapi saya tak tahu Billy juga masuk di kelas tu. Disebabkan saya teringin nak belajar main gitar, sebab tu lah saya join kelas tu. Nasib baik cikgu Tom yang mengajar sebab dia kan tegas. Hebat tau dia petik gitar.. macam pemain gitar Blink-182! Huh.. hehe.. oh ya, Sha-ly pun masuk kelas tu juga. Tapi entah di mana dia sekarang. Tak nampak pun..Masa saya sampai di bilik jamming tu, macam sunyi je. Mana semua orang? Takkan masih di kelas? Jadi saya tak pedulikan dorang, saya terus masuk studio tu.
Trenngg! Ada muzik lagi. 😂
Terkejut saya tengok Billy sedang pegang gitar bass duduk di penjuru. Dia pandang saya yang baru nak masuk. Err.. saya tak jadi lah nak masuk. Baik tunggu dorang Sha-ly di luar. So, saya tak cakap apa-apa dan terus tutup pintu.
"Neco!"
Billy menjerit panggil nama saya. Adui.. apa lagi dia nak ni?
Saya pun buka pintu balik and tengok arah dia sambil tangan saya pegang pintu.
"Apa?" Saya menjawab.
"Cikgu Tom kata, kau nak belajar main gitar? Kenapa tak masuk?" Katanya lalu simpan gitar bass dan ambil gitar biasa lepas tu duduk balik.
Masa tu saya masih rasa janggal dengan dia sebab hal tadi.
"Err.. ya.. tapi.." saya tak tahu lah nak kata apa! Bikin aku gelisah saja bila dia pandang saya. Emmmmm...
"Duduklah sini," dia jemput saya duduk di sebelah dia pula.
Dup! Dup! Dup! Jantungku berdegup. Takut ada.. suka pun ada.. tapi, heii.. susahlah mahu cakap. 😂
Saya pun beranikan diri masuk dan duduk di sebelah dia. Malu lah..
Then dia rapatkan punggungnya dekat saya sambil petik tali gitar. Wah.. hebatnya dia. Macam cikgu Tom juga!"All you need is focus." Katanya. Saya rasa macam jatuh cinta sekali lagi hahah! Gila. 😂😂
"Em.. ok." Itu je yang mampu saya cakap.
"Neco, em.. Mikey tu, boyfriend kau ke?" Tiba-tiba pula dia tanya pasal saya dengan Mikey.
Saya yang terkejut terus menjawab.
"Tiadalah! Kami kawan je.."Aduh.. saya betul-betul malu lah masa tu.
Sambil tersenyum, dia jawab.
"Oh.. ok." Itu saja.Lembutnya cara dia bercakap. Tambah aku jatuh cinta padanya. Sial! 😂
Lepas tu dia tarik tangan kiri saya perlahan dan letakkan jari jemari saya di hujung gitar. Dia ajarkan saya buat kod C..
"This is chord C." Katanya perlahan. Lalu dia buat lagi kod D minor dengan jari saya.
"And this is D minor.." tunjuknya lagi.
Ah.. macam saya tak percaya. Dia taklah ganas sangat macam dorang Gerard tu. He is romantic! 😆
Lepas tu dia pandang muka saya sebab saya tak berkata apa-apa.
Lagi sekali dia cuba majukan kepalanya dekat mukaku ni!Kali ni saya akan bertahan! Ahhah! Sambil jari jemari saya dia masih pegang, i close my eyes slowly. Hembusan nafasnya hampiiiirrr sudah di bibirku! Cepatlah.. cepatlah.. ah! Lambat! Bisik hati saya masa tu.
Sikit lagi kami bersentuhan bibir, tiba-tiba kedengaran suara riuh di luar pintu. Kami terus berjauhan. Saya berdiri dan berpura-pura duduk di tempat lain. Dia pandang saya macam kecewa je..
Dorang Frank masuk tanpa ketuk. Ah.. what a moment. 😑
"Yo! Biri-biri pun di sini juga! Haha!" Gerard mengejek saya yang berambut kambing tu.
Saya menjeling arah Gerard yang ketawakan saya masa tu. Billy diam saja sambil main gitar. Dia ni macam pendiam.. tapi kadang-kadang dia ketawa juga bila bersama-sama geng tahi kucing tu. Saya rasa, saya betul-betul sukakan dia lah!
Then few minutes later cikgu Tom masuk sambil tarik telinga Sha-ly. Adeh.. entah di mana dia jumpa kawan saya ni.
"Aduudduhh cikgu.. sakitlah!" Sha-ly kesakitan di tarik telinga.
"Kau ni suka sangat escape kan Sha-ly. Duduk sana!" Jerkah cikgu Tom pada Sha-ly.
Ha.. tu lah. Suka sangat merayau. Kan dah kedapatan hahah!
"Cikgu ni.. saya pergi tandas lah tadi." Balas Sha-ly sambil tangannya usap-usap telinga lalu duduk dekat saya.
"Tandas kepala otak kau! Lepas ni kau bersihkan tandas!" Cikgu Tom bagi hukuman pada Sha-ly.
Saya tergelak dengar. Mahu juga saya ketawa kuat masa tu. Tapi saya kena kontrol keayuan saya ni depan Billy. 😂
"Siapa suruh kau kuat merayau.. kan dah kena tangkap?" Saya mengejek Sha-ly yang merenung tajam pada cikgu Tom yang garang.
"Cuci tandass! Hahaha!" Gerard mengejek Sha-ly lagi. Dia ni memang, suka sangat mengejek orang.
Frank masa tu tersengih-sengih sambil pandang Sha-ly. Dorang semua ni pro main gitar tau. Gerard vokalis jer.. tu lah mulut macam itik hahaha!
"Shit!" Sha-ly memaki Gerard yang ketawakan dia.
Lepas tu Mikey dan Mark pun masuk di bilik tu. Eii.. Mikey pun join kelas tu juga? And dia duduk terus sebelah saya.
Billy yang kehairanan, balik-balik pandang tempat kami. Mukanya serius macam jealous je. Saya buat bodoh saja lah. Gerard pun tengok dekat adik dia sambil tersenyum. Tak tahulah apa dalam fikiran dorang sekarang ni. Hm.. i kennot brain lah.
YOU ARE READING
School LOVE Story (Completed Season 1)
Novela JuvenilI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sy guna bahasa cincai saja yerr.. kalau ada yg typo tu, biasalah. 😆😆 Gila2 remaja. Throwback to 2004 memory. Just my imagination story. Kalau kmu kanal sepa ni watak2 semua.. kita mimang 1 kapala. Ahhahah...