School LOVE Story. 7

268 24 0
                                    

Kami bertiga bertambah rapat antara satu sama lain. Walaupun berlainan kelas, tapi setiap kali rehat kami akan berjumpa di bawah pokok dekat padang. Sanalah station kami setiap hari. Sha-ly masih belum bagi jawapan tentang soalan Frank hari tu. Macam biasalah, Brandon selalu je belanja kami makan. Kadang-kadang dia beli makanan di luar. Semuanya sedap-sedap. Gemuklah kami kalau macam ni hari-hari hahah.

Masa dalam perjalanan pergi ke padang, saya ternampak Billy dengan sekumpulan pasukan sorak. Gadis-gadis tu semua cantik. Hm..
Lain pula perasaan saya masa tu. Bukan main lagi satu orang awek tu pegang-pegang tangan dia. Saya rasa dia tu girlfriend Billy lah.. Ah! Biarlah dia.

Tapi mata saya tak boleh lari dari tengok arah dia. Why? Why? Why? Lol. 😂 Lepas tu dia nampak saya sedang perhatikan dia. Dia tengok saya dari jauh. Ish! Saya pun pandang lain tempat dan terus jalan pergi ke padang dengan Sha-ly. Entahlah, tapi saya tiba-tiba jadi muram. Sakit hati pun macam ada juga. Tapi saya kan dah tak minat dekat dia? Hmm...😩

"Hoi Neco!" Sha-ly tegur saya yang sedang mengelamun dari tadi. Brandon pun tengok saya lain macam.

"Ya? Sampai mana sudah cerita tu?" Saya terkejut dengan teguran Sha-ly sampai tak tahu apa yang mereka bualkan.

"Cerita apa? Tu pizza di tangan kau dah berlalat. Dari tadi tak makan. Apahal kau ni? Ada masalah cakap.. bagitahu saya siapa buli kau." Ujar Sha-ly. Dia risaukan saya juga, thank you lah. 😅

"Mana ada orang buli.. tiadalah. Saya fikir pasal exam. Takut gagal.. hehe," saya berpura-pura konon.

Tapi Sha-ly tahu bukan itu dalam fikiran saya. Sebab saya tak pernah pun risau pasal exam selama ni. Well, saya kan budak pandai. Hahahah perasan pula aku . 😂😂

"Kau nampak tak ceria hari ni. Tak sihat ke?" Soal Brandon lagi.

"Eh.. sihatlah. Cuma tak lapar.. sorry sebab tak dapat habiskan makanan ni." Saya betul-betul tak rasa lapar masa tu. Hei.. benci pula terfikir pasal si kurus tu.

"Hi guys!" Mikey datang ke arah kami dengan tiba-tiba sambil bawa buku nota.

"Hai.." kami bertiga serentak membalas sapaan dia.

Eh tiba-tiba pula dia datang hari ni ke tempat kami. Nak jumpa saya lah tu. 😝

"Em.. sorry sebab ganggu. Saya nak minta tunjuk ajar dengan Neco. Boleh?" Katanya yang masih berdiri di tepi saya.

"Boleh. Apa tu? Duduklah." Saya okey je kalau pasal pelajaran. Tapi kalau hal lain, sorry naik lori lah.

Dia duduk bersila di sebelah saya dengan rapat sambil buka buku notanya. Lepas tu dia minta ajar pula jalan kerja matematik.

Saya layan je kalau bab-bab ni. Mana boleh sombong, kan? Hehe.. Memang kami duduk rapat masa tu. Sha-ly dan Brandon berbual-bual. Masa tu saya tak perasan Billy dari jauh tengok kami di sana.

Padamulanya dia mahu ke tempat kami, tapi Mikey datang lebih awal dari dia. So, he didn't come. Dia pun berdiri di tepi dinding sekolah sambil tengok arah kami. Well, masa tu saya tak tahu pun dia di sana.

Tiba-tiba pula saya rasa nak terkencing. Adeh..

"Sorry Mikey, saya nak pergi tandas kejap."

"Oh. Okay.." Mikey tu okay saja. Saya pun berlari pergi ke tandas belakang sekolah. Dekat sikit daripada masuk ke dalam.

Di kawasan belakang tu kurang orang pergi. Saya pun tak tahu kenapa. Selesai saja saya tunaikan hajat, saya pun keluar.

Tiba-tiba..

"Ahh!" Saya yang terkejut, menjerit sebab Billy sedang menunggu di luar tandas tu!

Dia bersandar di dinding sambil tangan masuk poket. Eh.. mungkin dia tunggu girlfriend-nya. Itu dalam fikiran saya sekarang. Tapi di dalam tadi saya seorang saja. Tiada sesiapa pun. 😅 Tanpa bertanya apa-apa, saya lalu je depan dia.

School LOVE Story (Completed Season 1)Where stories live. Discover now