School LOVE Story. 10

242 24 14
                                    

15 hb April sudah pun tiba..

Saya dengan Sha-ly awal-awal lagi dah ada di rumah Brandon sebab dia jemput kami guna limousin, lol. Kami kan special guest? Hehe..
Party tu dia buat dekat swimming pool yang ada dalam rumah dia. Hebat kan? Makanan apa semua pun sudah siap sedia. Well, bapa dia okey je, yang penting Brandon happy. Lagipun bapa dia tak ada di sana dan dia cuma kirim duit untuk perbelanjaan Brandon. Termasuk perbelanjaan party tu. Kayanya...

Hampir jam 7.. mula-mula sikit je pelajar datang. Lepas tu tambah ramai pula. Takkan dia jemput satu sekolah? Dia sudah kasih sedia maklum bawa baju mandi serta spare baju sebab ada pool.
Kami pun begitu juga.

Uishh! Baju mandi Sha-ly bukan main seksi lagi. Ada lurah dendam terbuka di situ. 😂
Saya pakai biasa je. Seluar fit pendek, dengan singlet nampak perut. Tak biasalah seksi-seksi ni. Hahah.. tapi, rambut kambing itu harus.

"Party onnn!!" Sha-ly menjerit dan terus lompat di kolam.

Dushhh!! Tempias air terkena pada saya. Adeh..

Saya ni malu-malu kucing, duduk di tepi kolam je sambil masukkan kaki ke dalam air. Lupa pula, saya ni tak pandai berenang. Lagipun kolam tu dalam, lagi lah saya takut.

Brandon pun duduk di sebelah saya sambil bawa minuman keras. Err..

"Neco, take this," katanya sambil menghulurkan gelas berisi arak.

"Nah.. thank you." Saya menolak dengan cara baik.

"Hm.. this is my birthday.." katanya lagi. Mentang-mentang lah hari jadi dia, mahu saya ambil hati lah tu? Cis..

"Ah.. okay okay.." saya ambil juga gelas tu dan minum. Eh? Tapi macam sedap pula. Kenapa tak pahit?

"Good? Or bad?" Soalnya. Ish! Mata dia tu macam saya nak cucuk je. Lain betul pandanganmu!

"Good! Kenapa macam sedap ni?" Saya tanya dia balik.

"Hahaha.. itu, ladies drink. Kau takkan cepat mabuk. Kalau nak lagi, ada di bar. Tapi jangan minum banyak tau.. sebab minuman tu attack perlahan-lahan." Ujar Brandon.

Mata saya terus pandang ke arah bar. Kejahatan diri mula menyelubungi benakku yang teringin minum arak yang sedap tu hahaha! Hauss...😂

"Saya nak pergi sana lah." Kata saya dan terus berdiri.

"Eh Neco! Bawakan untuk saya!" Jerit Sha-ly yang sedang berenang-renang di dalam kolam bersama beberapa pelajar.

Saya pusing tengok dia and tunjukkan jari tengah tanda saya tak mahu 😂. Brandon ketawa je tengok saya. Sha-ly menepuk-nepuk air kolam tanda marah.

Bar tu kena buat khas untuk party Brandon. Boleh tahan.. jadi saya minta minuman yang sama macam Brandon bawa tadi. Dengan cepat bartender tu buatkan untuk saya.

"Nyumm.." bisik saya perlahan dan terus minum.

Brandon masa tu di tepi saya. Dia hanya ketawa tengok perangai saya yang keseronokan.

"Dengar nasihat tau.. jangan minum banyak. Kau tak tahu kesan dia nanti." Katanya.

"Apa kesan dia?" Saya menyoal sambil minum minuman tu perlahan.

"Mabuklah." Pendek saja dia jawab.

"Cis! Memanglah mabuk hahah.." saya bermain pula dengan dia.

"Jangan salahkan saya kalau ada apa-apa terjadi ye.." katanya lagi.

Macam serius saja apa yang dia cakap. Betul-betul teruk ke kalau minum minuman tu? Ah.. yang penting gumbiraa. 😂

*****

School LOVE Story (Completed Season 1)Where stories live. Discover now