Penghujung 2005.. akhir tahun persekolahan kami. Entah mana arah tuju kami lepas saja habis high school ni. Adakah Billy akan bersama saya lagi? Adakah Frank masih dengan Sha-ly? Apa akan terjadi selepas ni? Itu semua bermain di dalam fikiran saya.
Masa berlalu sangat cepat meninggalkan kenangan remaja kami yang tidak boleh dilupakan. Atas arahan dari kedua ibubapa Billy, dia terpaksa menyambung pelajaran ke luar negara. Kecewa saya bila dia beritahu hal tu kepada saya lima hari sebelum penghabisan tahun 2005.
"I promise i will find you after 3 years Neco." Katanya.
Kami duduk di bawah pokok dekat padang tu. Dating, hahah. Sebenarnya dia ada bawa sesuatu tadi. Macam kotak kecil di bungkus plastik. Saya tak tahu langsung apa benda di dalam tu. Then he suddenly grab something from his pocket.
Seutas rantai silver berserta loket berbentuk kendadu. Dia pakaikan saya rantai leher tu dan mengucup pipi saya. Hehe..
"Saya akan buka kendadu ni bila saya kembali nanti. Apa-apa pun yang terjadi saya tetap akan cari kau!" Ulasnya lagi.
Panas tengkuk saya bila dia berkata seperti itu. Tapi memang lah saya sedih sebab dia akan pergi jauh. Hm..
"I will wait for you Billy.." ucapku perlahan.
Lepas tu dia korek tanah sedalam-dalamnya di bawah pokok tu. Kemudian dia masukkan kotak tadi ke dalam dan menimbunnya semula.
"Dalam kotak tu.. kunci untuk membuka 'hati' awak." Katanya sambil memegang rantai kendadu yang saya pakai.
Saya terus peluk dia erat-erat. Tidak sanggup nak lepaskan dia! Ahh.. menangis konon saya di situ. Adeh.. jiwang 😂😂.
Dia membalas pelukan saya tu. Saya rasa dia pun menangis lah. Hahaha! Gila punya cerita 😂😂.
"I love you Billy! Promise me that you will return!" Saya kata semasa dalam pelukan dia.
"I will Neco! I will! Masa tu.. saya janji akan melamar awak.. i love you too.." huh berderau darah saya dengar ayat power tu hahah!
Lima hari kemudian.. awal tahun 2006, dia terbang ke London untuk menyambung pelajarannya.
Dua tahun kami berkomunikasi di internet. Masa tu guna Friendster and Buzznet je. Belum ada Facebook. Tapi lama kelamaan, dia makin menyepi.. saya setiap hari menghantar mesej pada dia, tapi dia tak pernah online dan tak pernah balas lagi. Saya pasrah. Mungkin disebabkan jauh, atau mungkin dia sudah berubah hati. Atau mungkin juga dia sudah berjumpa dengan gadis lain. Saya masih sayangkan dia.. dan saya tetap menunggu hinggalah tiga tahun berlalu.. di tahun 2009.
"Neco.. mommy rasa, kau kena balik ke Portugal. Sambung belajar di sana sambil melawat kampung halaman.."
Kata-kata mommy saya buat saya serba salah untuk tinggalkan New Jersey. Saya akan merindui Sha-ly dan Brandon. Saya juga sedang menantikan kedatangan Billy!
"Em.. saya tak mahulah." Saya menjawab dengan sopan.
"Neco, dengarlah cakap mommy ni. Saya tahu kau tak boleh tinggalkan kawan baik kau.. tapi, demi masa depan.. kau kena buat yang terbaik. Jangan sia-siakan masa muda kau ni." Ujar mommy lagi.
Betul apa yang dikatakannya tu.. tapi.. tapi.. ahh! Macam mahu menangis pulak! Ahaha! Saya diam membisu sambil memegang rantai leher pemberian Billy. Saya tak kuat lagi.
*****
Sebulan kemudian, masih belum ada berita tentang Billy. Saya terserempak dengan Mark di sebuah kedai cd. Sekarang dia jadi boss kat kedai tu, hebatnya. Kami sempat berbual tapi tak lama.
"Kau ada dengar pasal Billy?" Saya menyoal dia.
"Hm.. i'm sorry. Saya tak pernah lagi dengar berita tentang dia sejak 3 tahun lalu. Nanti kalau ada apa-apa, saya akan bagitahu kau.." balas Mark. Dia kasihan juga tengok saya yang sedang bersedih sebab Billy masih tidak muncul-muncul.
"Okay.." saya kecewa. Betul-betul kecewa!
Billy tidak menunaikan janjinya. Macam-macam dalam fikiran saya masa tu. Benci, rindu.. tapi cintaku tak pernah pudar! Chewaahh! Kihoii! 😂😂
Jadi saya buat keputusan nak sambung belajar di Portugal dan tinggal di sana. Saya akan cuba lupakan Billy, my first love. Mungkin kami tiada jodoh. Kalau dia jodoh saya.. Tuhan temukanlah kami sekali lagi.
*****
Sha-ly dan Frank sudah break-up. Sebab Frank terlalu sibuk dengan kerjayanya sebagai ahli muzik sampai dia membiarkan Sha-ly sendirian.
Tapi kamu tahu lah kan Sha-ly ni, bukan dia serius sangat dengan Frank tu. Dia kan kuat haha. Kami selalu chatting di dalam internet. Dia rindu sangat dengan rambut kambing saya ni ahhaha! Tapi saya tak berambut kambing lagi.. saya 100% berubah. Mungkin sebab peredaran zaman dan menjadi seorang dewasa.
Sha-ly bekerja di sebuah agensi permodelan. Dia kan tinggi.. berbadan cantik.. suka bergaya. Dia pun telah berubah, bukan stail punk rock macam dulu-dulu lagi. She looks sexy with her new fashion! Aummss.. Brandon tetap menjadi sahabat baik dia di New Jersey tu.
Brandon pula mengganti tempat bapanya. Waris lah katakan.Last but not least..
kenangan bersama dorang tidak akan pernah pudar di ingatan saya. Saya sentiasa merindui dorang. Saya akan kembali di sana suatu hari nanti.. i promise. 🌼🎶 As we go on.. we'll remember..
All the times we.. had together..
And as our life changes..
Come whatever.. we will still be..
Friends Forever.. 🎶🎶♡Graduation (friends forever) - by Vitamin C ♡
= Thank you for reading and voting. Saya akan sambung cerita ni bila-bila masa saja. 😆🌺

YOU ARE READING
School LOVE Story (Completed Season 1)
Teen FictionI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sy guna bahasa cincai saja yerr.. kalau ada yg typo tu, biasalah. 😆😆 Gila2 remaja. Throwback to 2004 memory. Just my imagination story. Kalau kmu kanal sepa ni watak2 semua.. kita mimang 1 kapala. Ahhahah...