Lepas selesai pekakkan telinga telinga dengar dorang jamming, Sha-ly terpaksa pergi bersihkan tandas atas arahan cikgu Tom. Saya mahu tolong tapi cikgu Tom cakap..
"Kalau kau tolong dia, cikgu akan tukarkan kelas kau!"
Err.. saya tak mahu kena tukar kelas. Terpaksalah ikut arahan. Kasihan kau Sha-ly. Lain kali escape lagi hahah!
Saya dengan Mikey balik ke kelas sama-sama. Di belakang kami Gerard, Billy serta Mark. Bila saya pandang belakang, Billy merenung pada kami dengan serius. Ah! Bikin saya gelisah je. Eh, yang bikin hairan, Frank saya tak nampak pula.
Sampai saja di kelas, Mikey duduk pula di bangku Sha-ly. Dia ni dah kenapa? Jadi ekor saya pula. Rimas juga saya masa tu, tapi layan saja lah.
Billy dan Mark balik ke tempat duduk dorang di belakang."Party Brandon tu minggu depan, siapa pasangan kau nak pergi?" Kata Mikey.
"Itu bukan party tari menari, buat apa pasangan?" Saya menjawab soalan dia.
"Oh. Ya pula. Sorry.." balasnya sambil betulkan cermin mata.
Masa tu Billy asyik pandang kami. Mark perasan dengan perangai dia, lalu dia menegur Billy.
Puk!
Ditepuknya bahu Billy.
"Dude, are you okay? Dari tadi kau asyik pandang Neco." Katanya.
"Ah.. nothing." Billy jawab pendek sambil menconteng buku.
"Mikey memang dah lama minat dengan Neco. But she didn't know. And i think, she don't have any feelings on him." Ujar Mark. Bertambah kecewa Billy dengar Mikey pun sukakan saya.
"Are you sure? Betul ke Neco tak suka dia?" Billy bertanya lagi. Dia betul-betul mahukan kepastian.
"Neco tu dah macam adik saya. Kami dah lama duduk satu kelas. Dia tak pernah ada boyfriend.." ulas Mark lagi.
"Macam mana kau tahu Mikey sukakan dia?" Billy menyoal lagi.
"Sebab, saya perasan dengan kelakuan dia. Ramai-ramai perempuan di kelas, Neco juga dia cari minta ajar." Ulas Mark lagi.
Billy langsung tidak berkata apa-apa lagi. Dia masih menconteng buku latihannya.
Mark biarkan saja perangai Billy yang pendiam tu sambil tersenyum.*****
Di tandas perempuan..
"Bencinya saya cikgu Tom! Arrggh!!" Sha-ly membebel sambil pegang berus tandas.
Sedang dia memberus mangkuk tandas, tiba-tiba dia di tolak sampai tersungkur ke depan.
Prapak!!
"Adoii!!" Dia menjerit lalu pusing belakang.
Frank berdiri di depan pintu tandas sambil ketawa mengejek.
Buk!
Sha-ly humban Frank dengan kuat guna berus tandas.
"Apa kau ni!? Sialan!" Jerit Sha-ly yang berang dengan Frank masa tu.
Tanpa berkata apa-apa, Frank lantas tutup pintu tandas dan menguncinya. Sekarang hanya mereka berdua di dalam tandas kecil tu.
"Eh! Buka pintu tu lah! Kau nak apa ni!?" Jerkah Sha-ly lagi.
"Kau belum bagi jawapan pasal hari tu," jawab Frank dengan selamba.
"Eleh.. tak payah jawapanlah! Saya tak suka kau, ok!? Sekarang, buka pintu tu!" Jerit Sha-ly lagi dan menolak Frank ke tepi untuk membuka pintu.
Tapi Frank terus memeluknya dan menolak badan Sha-ly ke dinding.
Sha-ly terpinga-pinga dengan perangai Frank.

YOU ARE READING
School LOVE Story (Completed Season 1)
Dla nastolatkówI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sy guna bahasa cincai saja yerr.. kalau ada yg typo tu, biasalah. 😆😆 Gila2 remaja. Throwback to 2004 memory. Just my imagination story. Kalau kmu kanal sepa ni watak2 semua.. kita mimang 1 kapala. Ahhahah...