School LOVE Story. 3

303 23 4
                                    

One week later after the incident.. saya dengan Sha-ly sedang rest di bawah pokok dekat padang. Dia tak banyak cakap sejak peristiwa si Frank cium dia. Dia banyak mengelak dari bertembung dengan Frank. Walaupun di kelas, dia tak tengok langsung muka lelaki tu. Frank masih juga menganggu dia, tapi dia buat bodoh je.

Masa tu kami sedang makan keropok, tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki dan terus menegur kami.

"Hi.." dia menyapa dengan suara perlahan.

Kami berdua yang duduk atas rumput terus memandang ke atas tengok pelajar itu.

"Hi?" Dengan serentak saya dan Sha-ly menjawab.

Fuh! Kacak juga pelajar ni? Terkejut saya tengok. Lepas tu dia memperkenalkan diri dengan segaknya.

"My name is Brandon Flowers. Panggil je Brandon.." katanya sambil menghulurkan tangan tanda salam. Kami jadi bingung sekejap.

 Kami jadi bingung sekejap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sha-ly buat muka meh.. saja. Saya sambutlah konon salam dia tu. Sha-ly pun terpaksa jugalah sambut salam tu.

Tanpa di jemput, Brandon duduk bersama kami di situ. Apa hal dengan budak ni? Pelik.

"Emm.. saya sebenarnya masih baru kat sini. Kawan pun kurang. Boleh ke kita berkawan?" Katanya pula dengan tiba-tiba.

Patutlah tak pernah nampak, rupanya dia masih baru lagi di sekolah ni. Sha-ly dengan muka meh-nya pun menyoal balik.

"Kenapa tak pergi cari kawan lain? Kami ni perempuan.." soal Sha-ly.

"Hehe.. saya tak suka bersosial sangat. Lagipun saya perhatikan kamu berdua sejak seminggu lalu. Nampak macam seronok kalau dapat berkawan dengan kamu. Sebab kamu pun macam saya juga.. tak ramai kawan. Tapi kalau kamu tak mahu kawan, tak apa lah.." ujarnya macam bunyi kecewa.

"Ohh.. kau dari kelas lain?" Saya menyoal pula sambil mengunyah keropok.

"Ya. Sebelah kelas kamu saja.." jawabnya selamba.

Mukanya macam innocent je. Macam orang baik-baik..

"Muka hensem macam kau ni mustahil lah tiada orang mahu kawan? Kemas pula tu haha.." Sha-ly mula mengejek Brandon. Sebab pemakaian dia macam orang berada. Kemas dan bersih.

"Hehe.. mana ada hensem.." balas Brandon sambil menggaru kepala tersipu-sipu malu. Cis..

Saya dengan Sha-ly pandang satu sama lain. Mahu ketawa tapi tidak sampai hati pula. Brandon ni nampaknya macam senang dibuli. Lalu Sha-ly terfikir satu benda, dia pun setuju untuk jadi kawan Brandon.

"Boleh kita jadi kawan.. tapi dengan satu syarat.." tiba-tiba ada pula syarat mahu berkawan dengan Sha-ly.

"Err.. syarat apa?" Brandon bertanya pula.

"Kau kena belikan kami makanan setiap hari di kantin dan bawa ke sini. Sebab kami tak mahu makan di kantin lagi," balas Sha-ly dengan muka serius.

Brandon berfikir sejenak lalu menjawab.
"Ok, ok. Saya setuju.." jawabnya.

School LOVE Story (Completed Season 1)Where stories live. Discover now