Keesokan hari, Brandon betul-betul tepati janji dia untuk belikan kami makanan di kantin dan bawa ke padang. Memang boleh harap lah dia ni. Macam berpiknik pula kami di padang sekolah tu.
"Thank you lah Brandon. Hehehe.." Saya ucap pada dia sebab bawa burger yang sedap. Masa tu saya betul-betul lapar sampai saya tak ingat dunia sudah.
"Syoknya kalau hari-hari macam ni? Kan Neco?" Kata Sha-ly pula. Mahu kena belanja lah tu hari-hari.
Brandon tersenyum sambil mengunyah burger.
"Sure, why not?" Balasnya pula. Wah.. seronoklah kalau macam ni. Hari-hari kena belanja makan.. hahah.Billy yang entah datang dari mana, tiba-tiba muncul dan duduk dekat saya.
"Boleh join?" Katanya.Dalam fikiran saya masa tu mungkin orang ni dah gila. Sha-ly dan Brandon memandang kami berdua. Eh.. apa yang dihairankan sangat?
"Kalau saya kata tak boleh?" Saya menjawab soalan Billy tadi.
Dia pandang mata saya dan menarik rambut kambing saya, tapi tak kuat la."It's ok," balasnya lalu tinggalkan kami. Makin pelik perangai Billy sejak hari kemarin.
"Oi Neco, apa hal kau dengan Billy? Dia macam perhatikan kau je." Kata Sha-ly lepas Billy sudah berada jauh dari kami.
"Tiada apa-apalah. Hm.." saya membalas. Perasaan saya masa tu pelik semacam. Sebab saya juga perasan Billy seperti suka mengekori saya.
Anggap sajalah itu dugaan.. hehe.****
Petang itu saya dan Sha-ly seperti biasa tunggu bas sekolah di tempat perhentian bas. Tiba-tiba sebuah kereta mewah berhenti di depan kami. Lalu cermin tingkap kereta tu terbuka. Saya dengan Sha-ly kehairanan sambil melihat ke dalam kereta, siapakah gerangan orang itu.
"Neco standby. Mana tahu penculik." Kata Sha-ly pada saya.
Uish! Perasaan saya waktu tu macam mahu lari terus. Sebab saya ni kan penakut. Kami tengok punya tengok, eh? Brandon pula. Wah! Dalam fikiran saya, dia ni anak raja ke? Atau orang kaya-kaya? Haha! Dah lah handsome, kaya pula tu.
"Kau pula? Ingatkan siapa tadi." Kata Sha-ly kepada Brandon yang duduk di tepi tingkap.
"Kamu nak ikut saya ke rumah sekejap?" Tiba-tiba pula dia mengajak kami ke rumahnya.
"Buat?" Sha-ly tanya dia balik.
"Adalah tu. Jom lah masuk kereta." Brandon menjemput kami lalu membuka pintu kereta itu.
Sha-ly yang ingin tahu apa yang Brandon mahu tunjukkan di rumahnya terus masuk tanpa berfikir apa-apa. Saya rasa macam tak senang hati pula. Tapi saya ikut saja sebab nak temankan Sha-ly. Kalau dia seorang saja pergi, takut nanti lain pula yang jadi.
*****
"Wow!" Sha-ly terkejut melihat rumah Brandon yang mewah.
Tak sangka dia ni orang kaya pula. Patutlah kemas je dia berpakaian. Anak datuk ke? Tak pernah pula dia cakap apa-apa dengan kami. Saya pun macam Sha-ly juga, teruja tengok rumah besar tu. Siap ada bar penuh dengan minuman keras di satu sudut dalam ruang tamu yang besar itu. Hebatnya rumah dia..
"Brandon saya nak minum tu," kata Sha-ly sambil menunjuk jari dekat bar.
"Uui! Kau gila? Kalau mabuk macam mana?" Saya marah Sha-ly sebab dia mahu minum arak yang ada di bar.
"Ah.. sikit je la. Hehe.." balasnya. Lalu dia pun pergi duduk di bangku berdepan dengan meja bar.
"Sha-ly, awak pandai minum?" Soal Brandon. Dia pun menuju arah Sha-ly.
Saya ni pun ikut je lah.. hei, susah nak kawal Sha-ly ni. Semua pun dia nak cuba.

YOU ARE READING
School LOVE Story (Completed Season 1)
Novela JuvenilI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sy guna bahasa cincai saja yerr.. kalau ada yg typo tu, biasalah. 😆😆 Gila2 remaja. Throwback to 2004 memory. Just my imagination story. Kalau kmu kanal sepa ni watak2 semua.. kita mimang 1 kapala. Ahhahah...