School LOVE Story. 6

244 23 0
                                    

Sesampai saja kami di tingkat 4 rumah besar Brandon tu, dia pun buka pintu pawagam yang ada dalam rumah dia.

"Welcome." Ucapnya sambil menjemput kami masuk.

"Wow damn! A cinema in your house! Ahah!" Sha-ly terkejut gila bila masuk ke dalam.

Apa lagi saya.. jangan cakap lah. Macam orang gila 😂.

"I love your housee!!" Saya menjerit keseronokan. Walaupun pawagam tu tak sebesar di bandar, tapi ia hebat. Huh!

Saya rasa dalam 20 hingga 30 orang je muat kat dalam tu. Siap ada aircon, bangku VVIP. Tiba-tiba datang pula orang gaji Brandon bawakan kami popcorn serta coke. Awwesoomeee!

"Tak sia-sia kami berkawan dengan kau ni Brandon." Kata Sha-ly. Ya lah, memang syok lah kawan dengan budak kaya ni.

Tanpa segan silu lagi, kami berdua terus melompat ke bangku VVIP tu. Empuknyaaaa...! Ada bantal dengan selimut disediakan di tepi bangku. Masing-masing saya dan Sha-ly ambil. Macam nak tidur pula.

Brandon pun duduk di sebelah Sha-ly. Eh? Tak nak duduk di sebelah I ke? Ahaha!

Sambil tunggu movie tu kena play oleh pembantu rumah, kami berbual sekejap.

"Bahagianya kau Brandon.. ada rumah besar. Semua orang gaji yang buat. Kau duduk-duduk je. Apa yang kau mahu, tentu kau dapat. Kan?" Ujar Sha-ly. Dia terlalu teruja dengan kemewahan yang Brandon miliki.

"Ya lah. Kan seronok kalau di rumah saya pun begini. Haha.." saya membalas pula.

"Haha.. lucu lah kamu ni. Yup.. memang seronok hidup dalam kemewahan. Tapi.." Brandon terhenti sejenak. Dia tidak meneruskan kata-katanya itu.

"Tapi kenapa?" Soal Sha-ly. Saya pasang telinga saja.

"Em.. apa guna hidup berharta, rumah besar tapi tak bahagia? I'm lonley. I have no friends.." jawabnya.

Aduh! Tersentuh hatiku. 😅
Kami terdiam. Lalu dia berkata lagi..

"After my mom passed away, i'm depressed. Saya tak bergaul dengan orang lain. Saya selalu minta tukar sekolah. Bila tiada yang mahu berkawan, saya akan pindah."

"Saya kesunyian.. bukan sebab orang tidak mahu berkawan dengan saya. Tapi.. saya tak suka. So, saya pindah di sekolah kita. Saya pilih sekolah tu sebab, saya mahu tahu macam mana kehidupan orang biasa. Mula-mulanya saya rasa janggal.. tapi bila saya tengok kamu berdua, saya terbuka hati nak berkawan. First time tau saya pergi kantin beli burger haha.. saya tak pernah disuruh sesiapa selama ni." Dia memandang kami berdua yang serius tengok dia bercakap.

"Eh.. sorry. Banyak pula saya cakap.. haha.." katanya lagi sambil garu-garu kepala.

Panjang lebar dia meluahkan perasaan. Saya dengan Sha-ly ternganga je dengar. Sedih pula kehidupan dia ni.

Sha-ly macam rasa bersalah pula mengarah-arah Brandon pergi beli makanan di kantin. Kening saya terangkat sebab kami mana tahu dia ni orang kaya.

"Err.. sorry lah Brandon. Besok, tak payah lah belanja kami atau belikan kami makanan lagi." Kata Sha-ly yang rasa bersalah.

"Ehh.. i'm ok with it. Saya nak belajar hidup macam kamu. Saya tak nak mengharapkan sesiapa lagi. Kalau boleh saya nak naik bas sekolah macam kamu juga." Ujar Brandon lagi.

"Itu dari kau saja. Tiada paksaan. Hehee," balas Sha-ly. Lepas tu kami ketawa.

Sekarang, bertambah sudah kawan baik saya. Si lelaki dan si perempuan. Hehehehe..

Movie bertajuk Final Destination 2 pun sedang bermula. Fuhh! Hebatnya bunyi dentam dentum dalam panggung tu. Screen besar, warna terang.. sejukk pula. Part last movie tu saya macam tertidur, sebab minum vodka tadi. Saya cuba bangun tapi mata berat betul nak buka.

Yang saya nampak di screen, wayang tu dah habis. Then i turn my head to look at Sha-ly and Brandon. Jenngg.. saya mimpi ke tu? Sial ahhaha!

Dorang sedang kissing! Shit! Ohh.. mentang-mentang lah saya tertidur, kamu ambil kesempatan haa? Kan dalam pawagam suasana gelap. Jadi pandangan saya pun kabur-kabur.

"Em.."

I heard a little voice from Brandon. Macam dia keasyikan sudah. Sorry lah Frank, nasib baik Sha-ly bukan girlfriend mu. 😂😂

Tiba-tiba Sha-ly duduk di atas paha Brandon. Saya rasa dia ni mabuk sebab tu berani. Rasa nak humban je pakai bantal. Dia cium Brandon berhabis-habisan sampai tangan Brandon pegang paha dia.

Dammit! Saya masa tu nak marah tapi tak bertenaga pula. Sial punya vodka! Nasib baiklah dorang kiss kiss saja, tak buat yang lain.

Jangan saja Brandon ganggu saya sudahlah. Kalau tak, putus persahabatan oh! 😂

*****

Selepas hari tu, Sha-ly rileks saja. Macam tidak pernah terjadi apa-apa antara dia dan Brandon. Sama juga dengan Brandon, dia layan kami macam biasa. What happen actually? Aku pun bingung nih.

Saya mahu tanya pun.. susah. Ah! Malaslah. Itu hal dorang. Pandai-pandailah hidup 😂.

School LOVE Story (Completed Season 1)Where stories live. Discover now