Prologue.

96 8 0
                                    

Fanmeeting bts yang aku hadiri kali ini riuh tak terkata. Bermula pada Kim Namjoon, dan kini aku berhadapan dengan seorang lelaki berambut biru.

Kim Taehyung.

Sebuah nota kecil aku serahkan kepada dirinya. Dia mengambil kertas itu dengan sebuah senyuman manis, dibaca isi yang ada di dalam kertas itu penuh teliti. Tak hairan lagi, pemilik bernama Kim Taehyung jika melakukan apa sahaja, tetap kelihatan indah.

'I will save you from this world,
from this cruel world'

Ayat di dalam nota itu membuatkan senyuman manis Taehyung perlahan-lahan menjadi sebuah senyuman pahit. Dia kembali memandang aku, sayu. Jari kelingkingnya diangkat.

"Janji?"

Waktu itu, tanpa berfikir panjang. Aku memaut jari kelingking aku pada jari kelingkingnya, memetarai sebuah janji.

"Saya janji"

Namun, menyelamatkan Kim Taehyung bukanlah sesuatu yang mudah.

◀ Save Me ▶

@Hainino

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now