9: Save me, can you?

35 9 0
                                    

-I'm not this desperate, not this crazy-

📼

     "Syaya.. tak akan buat peminat syaya syedih lagi. Syaya akan cuba syedaya upaya untuk menjadi lurus syemula, arassyooo?"

     "Argh..", Taehyung yang ada di atas katil mengerang kesakitan, kepalanya terasa sakit sebaik sahaja dia tersedar  dari tidur.

     Di mana dia berada?

     Kenapa dia rasa seperti pernah melihat tempat ini?

     Setelah beberapa minit dia cuba mengenalpasti di mana lokasi dia berada. Matanya tiba-tiba sahaja membulat besar.

     Tak mungkin..

     "Taehyung..?"

     Taehyung mengalihkan pandangannya kearah pintu bilik. Kelihatan wajah seorang gadis yang hanya mengeluarkan separuh sahaja kepalanya di sebalik pintu. Takut-takut gadis itu menunjukkan dirinya, risau jika Taehyung tidak merasa selesa dengan kehadirannya.

     "Kenapa saya boleh ada dekat sini?", tanya Taehyung. Dia memandang gadis itu lama, menunggu jawapan dari gadis itu.

     Malangnya gadis itu langsung tak membalas, hanya memandang Taehyung dengan reaksi risau.

     Melihatkan itu, Taehyung lantas melepaskan sebuah keluhan berat.

     "Masuklah, saya tak marah"

     "Betul?", tanya gadis itu.

     Taehyung mengangguk.

     Gadis itu melangkah perlahan masuk ke dalam bilik itu. Ditangannya terdapat segelas cawan air kosong, lalu dihulurkan kearah Taehyung.

     "Nah.. minumlah"

     Taehyung mencapai gelas itu perlahan, lalu dia meneguk air kosong itu rakus. Hah, baru dia sedar betapa dahaganya dia ketika itu.

     "Ah..", Taehyung melepaskan keluhan lega. Dirinya berniat untuk meletakkan sendiri cawan itu di dalam sinki, namun gadis itu lebih pantas menghalang pergerakannya, cawan yang berada ditangan Taehyung diambilnya.

     "Awak.. boleh berehat di sini, kalau awak mahu", pelawa gadis itu. Dari raut wajahnya Taehyung boleh agak gadis itu merasa janggal. Taehyung tersenyum kecil, wajah gadis itu yang kekal menunduk ditenungnya lama.

     "Terima kasih", ujar Taehyung.

     Gadis itu mengangkat wajahnya kearah Taehyung. Dia terkesima buat seketika, melihat sekuntum senyuman yang terukir dibibir Taehyung, cukup membuatkan hati kecilnya merasa girang. Namun cuba gadis itu menyembunyikan perasaannya, takut jika Taehyung merasa tidak selesa.

     "Untuk apa?"

     "Huh?"

     "Untuk apa.. berterima kasih?"

     "Ah..", Taehyung berdehem faham. Badannya disandarkan di dinding katil. Hujan yang renyai-renyai pada malam itu jelas kelihatan di dalam bilik itu, disebabkan oleh langsirnya yang sudah ditebak ke tepi, menjadikan cahaya malam lebih mudah untuk menerobos masuk ke dalam bilik itu.

     "Terima kasih, untuk segalanya"

     "Saya tak layak untuk semua itu"

     "Kenapa pula?", Taehyung melentokkan kepalanya ke tepi. Melihat gadis itu yang sedari tadi menunduk sahaja.

     "Saya.. buat sesuatu yang.. saya tak hormat awak.. saya sepatutnya sedar sejauh mana batas saya, saya.. hiks.. hiks..", gadis itu menekup wajahnya dengan tangan. Menyembunyikan wajahnya yang mula bergenang dengan air mata.

     Dia mula meraung sekuat hati, sehinggalah tangan kasar seorang lelaki menarik tangannya ke bawah, menarik dagunya sehingga terarah kepada lelaki itu.

     "Janji.. taknak buat lagi?", tanya Taehyung. Gadis itu mengangguk laju, air mata yang tak henti mengalir dibiarkan terlepas.

     "Maafkan saya juga, sebab panggil awak.. awak bukan macam tu. Mungkin awak ada sebab awak sendiri, saya minta maaf, okay?"

     "Saya pun minta maaf juga-", gadis itu kembali teresak. Apa yang terjadi ketika itu berputar dimindanya tak ubah seperti kaset. Dia menyesal, betul-betul menyesal kerana melakukan perkara seperti itu.

     "Hei.. janganlah menangis lagi", pujuk Taehyung. Tangan gadis itu digenggamnya erat, mereka saling berkongsi kehangatan disebalik pegangan tangan itu. Tangan Taehyung yang lebih besar dari gadis itu membuatkan tangan gadis itu tenggelam di sebalik pegangan itu.

     Her hands fits on his hands well.

     "Sedih lagi?", tanya Taehyung. Gadis itu menggeleng, mengatakan bahawa dirinya baik-baik sahaja. Namun dalam diam hatinya seakan hampir meletup kerana dipegang sebegitu oleh Taehyung, namun Taehyung mungkin tidak merasakan perkara yang sama seperti dirinya. Kerana berpegangan tangan seperti ini bukanlah sesuatu yang susah buat dirinya.

     "Kita selalu berjumpa, tapi saya tak pernah tahu nama awak apa, haha..", ujar Taehyung sebelum dirinya ketawa kecil. Wajah gadis itu ditenungnya sekali lagi, tak jemu dia memberikan pandangan seperti itu, tak jemu.

     "Nama awak apa?"

     "Juna.. Yeon Juna"

     "Cantik, macam tuan dia"

     Juna menunduk, cuba menyembunyikan debaran dihatinya. Namun Taehyung sekali lagi menarik dagu Juna menghadap dirinya, membuatkan mereka kembali bertatapan.

     "Tolong selamatkan saya, awak dah janji, kan?"

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now