19: Throw this feeling away

18 6 0
                                    

-If it's not too late- 

📼

     Taehyung masuk ke dalam rumahnya dengan sebuah senyuman kecil. Selepas sahaja dia pulang dari rumah Juna, mood baiknya bertambah.

     Walaupun pada mulanya Juna bersikap dingin terhadap Taehyung, namun selepas itu Juna sedikit demi sedikit menjadi dirinya yang asal. Dirinya yang membuatkan Taehyung merasa selesa.

     Taehyung tersenyum sambil menggeleng perlahan, dia membuka pintu biliknya luas. Kakinya melangkah masuk ke dalam sebelum matanya teralih pada Jungkook yang berada di atas katil miliknya.

     Senyuman Taehyung hilang, digantikan dengan riak yang serius.

     "Baru balik dari rumah kekasih eh?", tanya Jungkook sambil tersenyum lebar.

     Namun senyumannya perlahan-lahan memudar tatkala melihatkan Taehyung yang lebih memilih untuk mencapai tuala mandi, langsung tidak mengendahkan soalan Jungkook. Malah wajah Jungkook sahaja tidak dilihatnya.

     "Mesti hebatkan perempuan tu? sampai kau langsung tak layan aku"

     "Aku nak mandi"

     Jungkook berdiri. Kakinya melangkah kearah pintu bilik lalu pintu itu ditutup dengan kuat.

     Gedegang!

     "Apa rancangan sebenar kau, hyung", tanya Jungkook dengan nafas yang turun naik. Dia mengetap bibir, wajah Taehyung yang nampak tenang menatapnya membuatkan hatinya menjadi lebih membara. Ini bukan Taehyung yang dia kenal, ini bukan Taehyung kepunyaan Jungkook.

     "Jungkook, aku tak ada masa dengan semua ni-"

     "JANGAN TIPU AKU!", jerkah Jungkook. Air matanya sedikit demi sedikit menitik, Jungkook tanpa dapat ditahan mula menghamburkan tangisannya.

     "Aku suka kau, hyung. Berapa kali aku patut cakap AKU SUKA KAU, KENAPA KAU TAK FAHAM!"

     "Jungkook..", Taehyung mengurut dahinya perlahan. Dia tak mampu berbohong dengan dirinya sendiri, dia juga merasakan perasaan yang sama. Namun dia tahu mereka tidak akan mampu bersama, tidak akan.

     "Aku mohon Jungkook, tolong hapuskan perasaan kau secepat yang mungkin. Semua ni tak akan berjalan dengan lancar Jungkook"

     "Kita boleh berusaha hyung"

     "Tak Jungkook! kau tak boleh pentingkan diri sendiri. Benda ni melibatkan semua orang, bukan kita berdua saja"

     "Aku nak kau, Kim Taehyung. Aku taknak orang lain, aku nak kau sorang..", Jungkook terduduk di atas lantai. Kakinya dihentak-hentak ke atas lantai dengan penuh amarah. Perasaannya tak mampu dibendung lagi, perasaannya seakan ingin membunuh dirinya.

     Emosinya terganggu, dia tak mampu melupakan Taehyung. Ingatannya hampir saban hari hanyalah tentang Taehyung.

     Namun apa yang menyakitkan hati Jungkook, apabila Taehyung langsung tidak merasakan perkara yang sama sepertinya.

     Taehyung bergembira bersama kekasihnya, dia bahagia bersama kekasihnya. Sedangkan Jungkook terpaksa menahan derita seorang diri.

     Ini tak adil buat Jungkook.

     Jungkook juga inginkan sokongan. Dia juga mangsa dalam perasaan songsang ini, bukan Taehyung sahaja.

     Jungkook tak sangka perasaan songsang ini telah mengubah sikapnya seratus peratus. Dia sejujurnya bukanlah seorang yang suka mengambil berat tentang hal sekeliling, malah tidak ada perkara yang membuatkan dia merasa sulit.

     Namun perasaan songsang ini telah membuatkan dia separuh gila, dia tak sanggup menahannya lagi.

     "Jungkook..", Taehyung mendekati Jungkook lalu tubuh sasa itu dipeluk. Dia mengusap belakang Jungkook perlahan, tak ubah seperti seorang abang.

     Taehyung mahu Jungkook dan dirinya kembali ke pangkal jalan. Itulah apa yang dia doakan hampir setiap hari.

     Walaupun kadang-kala dia hampir berputus asa. Kadang-kala merasakan Tuhan itu kejam kerana tidak memakbulkan doanya.

     Namun dia tetap akan cuba, kerana kita hanyalah manusia. Doa itu ialah perantaraan antara kita dan Tuhan. Sebagai manusia biasa kita tidak akan pernah lari dari buat kesilapan, disebabkan itulah doa ialah penyelamat yang sebenar. Setelah adanya doa, kita perlu adakan juga usaha. Agar Tuhan yakin dengan kesungguhan kita.

     "Kita akan cuba lupakan perasaan ni", ujar Taehyung sambil memeluk Jungkook erat.

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now