10: It's not easy

28 6 1
                                    

-I hate to say I need you-

📼

     "Amboi anak dara, dari tadi tersengih sampai nak terkoyak muka tu", usik Mihye. Aku menoleh kearahnya, wajahku terus sahaja membahang tatkala diusik seperti itu.

     "Mana ada", nafiku. Mihye tertawa mengejek, sementara Anne hanya memandang kami dengan reaksi yang kosong. Dia memang begitu, kurang bercakap.

     "Oi Juna, dahlah tu senyum", ejek Mihye. Aku tersenyum nipis mendengarkan usikannya. Wajahku menunduk ke bawah, memikirkan tentang semalam.

     Entah kenapa, aku rasa bahagia.

     Kerana semalam merupakan pertemuan pertama antara aku dan Taehyung di mana kami tidak mengakhirinya dengan sebuah pergaduhan.

     Aku bersyukur kerana Taehyung tidak menghukum aku atas apa yang aku lakukan kepadanya sebelum ini.

     Aku tak tipu, aku bahagia. Kalau boleh aku ingin berjumpa dengannya lagi.

×××××

     "Hyung.. nak aku tolong apa-apa tak?", tanya Taehyung sebaik sahaja dia melihat Seokjin yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan makanan tengah hari mereka.

     "Tolong masak telur, boleh?"

     "Boleh", ujar Taehyung lalu dia mencapai sebuah kuali leper yang ada di dalam rak. Tangannya gigih melakukan kerja. Jika masak telur, serahkan sahaja pada dirinya. Dia pandai masak telur mata kerbau yang cantik.

     "Taehyunggg", panggil Jimin tatkala melihat Taehyung yang ralit memasak telur. Taehyung menoleh kearah Jimin, dia tersenyum kecil.

     "Cantiknya mata telur ni", puji Jimin. Taehyung tersengih mendengarkan pujian yang diberikan kepadanya. Dia meletakkan telur yang dimasaknya ke dalam pinggan, lalu memasak telur yang lain.

     Suasana pada waktu itu terasa menyenangkan buat Taehyung, dia dapat bergurau senda bersama Jimin dan Seokjin. Untuk kali ini sudah berapa kali dia ketawa kerana mendengarkan lawak mereka, serta teka teki Seokjin yang memelikkan.

     Sambil dia menyiapkan telur yang dimasaknya, dia tiba-tiba sahaja terhenti.

     "Hyung, buat apa ni?"

     Taehyung terdiam, begitu juga Seokjin dan Jimin. Seokjin yang tak tahu apa-apa hanya menjawab pertanyaan Jungkook.

     "Tengah masaklah, buta ke", ejek Seokjin. Jungkook mengangguk perlahan, Taehyung yang ralit memasak telur goreng ditenung Jungkook lama.

     "Cantiknya", bisik Jungkook. Tepat ditelinga Taehyung, pergerakan Taehyung menjadi semakin perlahan selepas itu. Dia mahu menafikan perkara ini, namun dia sedikit sebanyak terganggu dengan tangan Jungkook yang merayap dipinggangnya, sekali sekala jejaka itu mengusap-usapnya ketika berbual bersama Seokjin.

     Mereka tidak melihatnya, kerana Jungkook pandai menyembunyikannya.

     Taehyung menunduk, dalam diam bibirnya digigit. Tak tahu sama ada ini perlu digelarkan sebagai penghormatan atau sebuah penghinaan. Matanya teralih kearah Seokjin yang berbual mesra bersama Jungkook, lalu matanya teralih kearah Jimin, yang turut memandangnya.

     Jimin tahu, apa yang Jungkook lakukan.

     Jimin dan Taehyung saling berbalas pandangan, disudut hati kecil Taehyung dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan, perlukah dia menepis, atau berdiam diri sahaja?

     Itu juga apa yang difikirkan oleh Jimin, dia tak tahu sama ada dia perlu menolong Taehyung atau tidak. Takut jika dia menolong, Taehyung akan memarahinya kerana menganggu peluang yang ada. Tapi jika dilihat pada raut wajah Taehyung yang mendung.

     Dia dapat rasakan, Taehyung perlukan pertolongannya.

     Lalu Jimin menghampiri Taehyung.

     "Dah siap, Taehyung?"

     "Hah?", gumam Taehyung keliru. Jimin menumpukan matanya kearah telur yang digoreng Taehyung, Taehyung turut memandang kearah yang sama. Setelah beberapa saat baru dia faham soalan yang diutarkan Jimin.

     "Dah..", Taehyung mengangkat telur yang terakhir di atas pinggan. Jimin memeluk pinggang Taehyung, membuatkan tangan Jungkook terlepas dari menyentuh pinggang Taehyung. Jimin mengambil pinggan nasi, sambil itu pinggang Taehyung dirangkulnya erat, lalu mereka bersama-sama keluar dari dapur.

     Jungkook kembali berbual bersama dengan Seokjin, dia sengaja berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Namun dalam hati, dia geram kerana Jimin mengacaunya.

     "Tolong aku, ambil mangkuk", pinta Seokjin. Seokjin mengacau sup pedas yang dibuatnya. Dengan kesempatan yang ada, Jungkook menoleh kearah Taehyung yang sedang menghias meja makan bersama Jimin.

     Wajah kosong Taehyung ditenung Jungkook lama. Disebalik wajah kosong itu terselit kekecewaan. Taehyung sekali sekala melemparkan senyuman ketika Jimin berjenaka dengannya. Namun Jungkook tahu senyuman itu hambar, Taehyung hanya berpura-pura gembira.

     Taehyung, kau tak menikmati sentuhan aku.

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now