1: Remember that promise?

74 9 0
                                    

- Save me from this cruel world -

📼

     Tok tok!

     Gelabah aku menghampiri pintu rumah. Ketukan yang bertalu-talu di luar rumah membuatkan aku hairan, siapa sahaja yang akan datang ke rumah aku pada waktu sebegini?

     Mihye? atau Anne?

     Puas berfikir namun masih tiada jawapannya, perlahan-lahan aku membuka pintu rumah. Gerangan yang ada di luar rumah tiba-tiba sahaja menolak aku sehingga jatuh ke atas lantai, dia tergesa-gesa masuk ke dalam rumah aku, pintu rumah ditutup dan dia juga turut jatuh ke lantai. Bukan sesiapa yang menolak, tapi dia sendiri yang melakukan itu.

     "A-awak siapa?"

     Dia tak membalas.

     Sebaliknya mengisi soalan aku dengan sebuah esakan kecil.

     "Maafkan aku Tuhan..", gerangan itu bersuara sayu. Namun mendengarkan suaranya sahaja dapat aku menduga bahawa dia seorang lelaki. Hormon adrenalina yang merembes membuatkan aku menjadi semakin cemas. Aku pantas mencapai kayu besbol yang ada di tepi pintu, kayu itu aku acu ke muka lelaki itu.

     "AWAK SIAPA HAH?!", jerit aku lantang. Separuh berani dan selebihnya ketakutan.

     Ketuk pintu rumah aku serupa orang gila, tolak aku sehingga jatuh ke atas lantai, dan sekarang menangis tak tentu hala. Siapa sahaja yang tak risau jika berada di situasi aku sekarang?

     "Ini saya..", bisik lelaki itu, dia perlahan-lahan mendongak, wajahnya yang ditutupi kaca mata dan topeng mulut itu tak berjaya untuk aku teka dengan tepat.

     "Awak janji awak akan selamatkan saya, selamatkan saya dari dunia yang kejam ni, kan?"

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now