8: Unsober

41 7 0
                                    

-No one here to hold me now-

📼

     "Nenek..", Taehyung terhuyung-hayang mencari hala tujunya. Dia berjalan sehingga terhenti pada satu sudut, senyumannya perlahan-lahan terukir.

     "Penyelamat..", bisik Taehyung. Dia menuju kearah Juna, niatnya ingin memeluk Juna. Malang sekali, kemampuan fizikalnya untuk berdiri serta-merta hilang. Taehyung hampir menghempap Juna, namun nasib mereka baik kerana Taehyung sempat disambut oleh seorang lelaki yang turut berada di tempat kejadian.

     "Eh encik, okay tak?", tanya lelaki itu. Juna memandang Taehyung dengan kerutan di dahi, wajah Taehyung agak samar-samar kerana waktu itu sudah malam sehingga Juna pada mulanya tak dapat mengecam Taehyung dengan baik, namun apabila dia cukup pasti bahawa lelaki yang hampir menghempapnya tadi ialah Taehyung, pantas tubuh Taehyung dia cempung.

     "Taehyung?!" Juna menjerit kecil. Bagaimana Taehyung boleh ada di sini? bagaimana Taehyung boleh hampir terjatuh di atasnya-

     Sekejap.

     Bau alkohol?

     "Taehyung, awak mabuk ke?", tanya Juna. Taehyung hanya tersenyum lebar, bibirnya dimuncung panjang.

     "Ciumlah syaya lagi, cium banyak-banyak syampai syaya jadi normal balik. Ciumlah, ciumlahhhh-- ergh", mulut Taehyung pantas ditekup kasar oleh Juna. Sebelum Taehyung merapu dengan lebih teruk lebih baik Juna mengambil langkah berjaga-jaga. Juna menolehkan pandangan kearah lelaki yang menolong mereka tadi, senyuman palsu dilemparkan oleh Juna.

     "Maafkan saya Yangsun-ssi, kita jumpa esok ya?", ujar Juna. Dia mula melangkah ke apartmentnya sambil bersusah-payah memeluk Taehyung yang masih membebel tak tentu hala.

     "Nenek.. Taehyung nak ikut nenek.. jangan tinggalkan Taehyung syorang-syorang dekat dunia ni, Taehyung takut..", Taehyung masih dengan ketidakwarasannya. Air matanya mengalir laju, sesekali air mata itu menitik jatuh ke pipi Juna.

     "Juna-ssi"

     Langkah Juna terhenti, dia memusingkan wajahnya ke belakang. Wajah Yangsun dengan sebuah senyuman lebar menjadi tatapannya.

     "Biar saya tolong awak angkat.. lelaki tu"

×××××

     "Terima kasih sebab tolong saya Yangsun-ssi", ucapan aku dibalas senyuman kecil oleh Encik Yangsun. Mata kami masih setia melihat Taehyung yang sudahpun nyenyak tidur di atas katil bilik tetamu.

     Sedap kau ye.

     "Sama-sama, dan.."

     "Dan?", aku menunggu ucapan Encik Yangsun yang kelihatan sengaja digantungkan. Encik Yangsun berdehem, wajahnya berpaling kearah aku.

     "Dia siapa?", tanya Encik Yangsun. Pertanyaan Encik Yangsun sudah dari mula aku boleh mengagaknya. Itu normal, bukan sahaja Encik Yangsun, malah sesiapapun akan bertanya hal yang sama jika berada di situasi Encik Yangsun sekarang.

     "Dia.. dia sesuatu yang bernilai untuk saya, Yangsun-ssi. Sesuatu yang perlu saya jaga, yang perlu saya rawat"

     "Oh.."

     Suasana kembali sepi.

     "S.. saya balik dulu ye", ujar Encik Yangsun. Dia terburu-buru mengambil blazer miliknya yang diletakkan di atas kerusi. Rambutnya ditolak ke belakang, membuatkan dia kelihatan semakin kacak bila melakukan itu.

     "Terima kasih sekali lagi, Yangsun-ssi"

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now