11: The reason of my smile

28 7 1
                                    

-This night, you make me smile-

📼

     Tok tok!

     Taehyung mengetuk pintu rumah Juna sekali lagi, untuk kali ini sudah kali yang ketiga dia mengetuk pintu rumah Juna. Langsung tak dibuka, sama ada Juna sudahpun tidur atau Juna tak mahu berjumpa dengannya lagi.

     Tapi, apa sebab untuk Juna tak mahu berjumpa dengan Taehyung? sebab Taehyung.. suka lelaki?

     Taehyung mula berfikir yang bukan-bukan. Tangan kanannya yang memegang seplastik makanan dan minuman diletak ke atas lantai, lenguh tangannya kerana memegang plastik itu sejak dari tadi.

     "Yeon Juna..?", panggil Taehyung sambil menyengetkan wajahnya ke kiri. Bibirnya dimuncung tanda protes. Kerana penat berdiri dari tadi, dia membuat keputusan untuk duduk di atas lantai.

     Mungkin Juna masih belum pulang dari kerja, dia ingin menelefon Juna tapi malangnya.. dia tak ada nombor telefon Juna. Dia tak mahu terlalu berharap, mereka baru sahaja berkenalan jadi takkan semudah itu untuk dia memberikan nombor telefonnya kepada Juna?

      Jadi pergi ke rumah Juna itu bukan berharap?

     Taehyung mengeluh saat dirinya diperli oleh dirinya sendiri.

     Mindanya spontan memutarkan kembali ingatan bagaimana dia menjumpai rumah Juna.

     Ketika itu Taehyung berada di taman permainan berdekatan dengan apartment Juna. Dia dan Jimin suka bermain di situ, kerana tempat itu cantik, tak ada orang pada waktu malam dan selesa untuk melepak.

     Taehyung mula hanyut dalam lamunannya.

     Waktu itu malam, Jimin dan Taehyung sedang duduk di atas buaian yang ada di situ. Mereka sekadar berbual kosong, menolak dan menarik buaian mereka jika mereka bosan.

     "Taehyung.."

     "Ye.."

     "Bosanlah hidup macam ni, asyik menghadap kau je. Bila aku boleh ada kekasih?", tanya Jimin dengan sebuah cebikan dibibir. Taehyung tertawa mengejek, wajahnya menoleh kearah lain.

     "Kita penghibur, Jimin. Kita robot, mana boleh bercinta", perli Taehyung. Dalam diam Jimin turut merasa terkilan. Hidupnya memang mewah, dimandikan dengan populariti. Tapi apa makna hidup jika dia perlu mengutamakan perasaan peminat daripada perasaannya sendiri?

     Disebabkan itu Jimin pendamkan sahaja perasaannya, sama seperti penghibur yang lain. Tak berani untuk mempunyai seseorang di dalam hati mereka, walaupun masih ramai yang menerima keputusan mereka, namun masih ada yang akan membantah. Penghibur dibayar untuk memuaskan hati peminat, bukan hati sendiri.

     Itu yang mereka fikirkan terhadap dunia populariti.

     Jimin menghela nafas berat. Dia terasa sunyi, kesunyian yang luar biasa. Taehyung ada di sebelahnya, namun entah kenapa dia berasa seperti sedang keseorangan. Batinnya menjerit ingin meluahkan segala-galanya. Namun fikiran Jimin sebaliknya. Dia mahu perasaan sunyinya ini terus terpendam, agar dia sentiasa kelihatan terbaik di hadapan orang yang melihatnya.

     Kerana bagi Jimin, masalahnya tak penting untuk diberitahu pada orang lain. Setiap orang ada masalah yang perlu diselesaikan. Jimin tak kisah jika masalahnya tidak ditegakkan oleh sesiapa, janji orang disekelilingnya gembira saat disisinya.

     "Jimin..", Taehyung mengecilkan matanya. Dari jauh, seorang gadis berpakaian kot coklat panjang ditenung Taehyung lama. Dia seperti pernah melihat gadis itu, tapi ingatannya samar-samar.

'I will save you from this world,
from this cruel world'


     Nota itu.

     Taehyung mengikuti gadis itu, panggilan Jimin tidak diendahnya. Dia melangkah secara senyap, tidak mahu gadis itu sedar akan kehadirannya.

     Dia mengikuti gadis itu sehingga di hadapan sebuah apartment. Topeng mulut yang tadinya berada di bawah dagu, kini Taehyung tarik sehingga paras hidung. Dia masuk ke dalam lif bersama gadis itu, nasibnya baik kerana gadis itu langsung tidak mengendahkannya. Malah mengeluh kerana penat.

     "Ayyy banyaknya kerja hari ni", keluh gadis itu sambil menghela nafas berat. Taehyung yang berada di belakang gadis itu tersenyum kecil. Sebaik sahaja lif di tingkat rumah gadis itu terbuka, mereka sama-sama keluar dari lif. Juna masih tak perasan Taehyung yang mengikutinya dari belakang kerana terlalu penat.

     Taehyung berjalan kearah yang bertentangan, dia melihat Juna yang dari jauh berhenti di sebuah pintu rumah. Kata laluan rumah itu ditekan oleh Juna lalu Juna masuk ke dalam. Setelah Taehyung pasti Juna sudah masuk ke dalam rumah, Taehyung menghampiri pintu rumah Juna, nombor pintu rumah Juna dihafalnya.

     Dia mencatat alamat rumah Juna di dalam telefonnya, dia tak sepatutnya lakukan ini namun hatinya ingin melakukannya.

     Kita akan berjumpa lagi.

     "Taehyung?", suara Juna memanggil membuatkan Taehyung spontan berdiri. Dia tersenyum manis kearah Juna, melihat Juna di hadapannya sedikit sebanyak membuatkan dia merasa senang.

     "Kenapa duduk atas lantai?", tanya Juna. Taehyung membalasnya dengan sebuah gelakan kecil, membuatkan Juna turut sama tersenyum lebar. Tawa yang terpamer diwajah kacak lelaki itu kelihatan begitu mempesonakan buat Juna. Hati Juna terasa lapang melihatkan Taehyung yang kelihatan gembira pada malam ini.

     Bagi Taehyung, dia sendiri tak tahu kenapa dia terlebih gembira pada malam ini. Walaupun tengah hari tadi dia bersedih kerana.. Jungkook, namun saat dia melihat Juna di hadapannya. Kesedihannya lenyap.

     Juna, kawannya. Jadi dia bergembira untuk itu.

     "Saya bawa makanan. Minuman pun ada, untuk kita", ujar Taehyung dengan senyuman melebar, Taehyung juga mengangkat plastik makanannya kearah Juna.

     "Untuk.. kita?"

     "Iya, kita berdua", ujar Taehyung lancar. Juna mengangguk faham, kata laluan rumahnya ditekan lalu mereka masuk ke dalam rumah Juna bersama-sama.

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now