3: His not a girl

40 9 6
                                    

- I will tell you something -

📼

     "Itu.. itu sesuatu yang normal untuk menyukai seseorang. Kenapa? awak takut dengan peminat yang akan marah? jangan risau, saya bukan peminat macam tu", tutur aku, jelas dan nyata. Namun, jauh disudut hati, apa yang diutarkan dibibir hanya satu peratus sahaja yang betul, yang lainnya dusta belaka.

     Siapa sahaja akan membenarkan seseorang yang mereka sayang untuk bersama dengan orang lain?

     Atau aku sahaja terlalu tamak sehingga sanggup menyekat kebebasan manusia biasa bernama Kim Taehyung yang ingin mengecapi kebahagiannya sendiri?

     Jika aku tak boleh bersama dengan Kim Taehyung, itu bermakna orang lain juga tak boleh, begitu?

     Sampai bila aku perlu berfikiran cetek seperti itu? sampai bila Kim Taehyung perlu melupakan perasaannya kepada seseorang demi menjaga hati peminat-peminatnya?

     Sampai bila?

     Minda dan hati aku berperang sesama sendiri. Setelah beberapa minit mereka mengadakan perbahasan, akhirnya hati aku kalah dengan hujah dari minda aku yang lebih bernas dan berakal.

     Jawapannya, aku perlu melepaskan Kim Taehyung.

     Aku hanyalah seorang penyokong, jadi setiap apa yang dia mahukan, aku perlulah menyokongnya dengan hati yang terbuka.

     Kan?

     "Awak?", panggil Taehyung. Aku menatap wajah kacaknya semula, kening aku berkerut melihat wajahnya yang sugul.

     "Ye saya? k-kenapa?"

     "Awak.. fikir apa?", tanya Taehyung lembut. Dia memandang pemandangan di luar tingkap semula. Aku tak tahu apa yang telah membuatkan pipinya.. kemerahan.

     "Saya.. saya tak layak untuk menyukai orang itu, saya tak layak", ujar Taehyung. Dia mengemam bibir, tak sampai beberapa saat, air matanya mengalir semula.

     Perasaan ingin tahu membuak-buak dihati aku. Siapa wanita bertuah itu? rupawankah dia? berbudi bahasakah dia?

     "Taehyung, awak layak untuk memilih siapa wanita yang awak inginkan. Jangan terlalu merendah diri, wanita itu.. pasti layak untuk lelaki seindah awak", ujar aku bermadah. Hati yang seakan remuk disimpan rapi.

     Taehyung perlahan-lahan mengelap air matanya, nafas yang dihembuskan Taehyung kedengaran gugup. Setelah lama dia berkeadaan seperti itu, akhirnya dia berpusing kearah aku, tapi wajahnya menunduk.

     "Dia.. bukan perempuan"

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now