15: I like you

22 8 3
                                    

-I hate this part, my paper heart-

📼

     Tok tok!

     Juna membuka pintu rumahnya, wajahnya berubah terkejut saat melihat tubuh Taehyung yang basah kuyup. Matanya spontan melirik kearah koridor rumah, hujan lebat disertakan dengan petir yang menghentam bumi.

     Juna menarik Taehyung masuk ke dalam rumahnya. Dia berlari anak ke bilik untuk mengambil tuala tetamu, lalu keluar semula untuk diberikan kepada Taehyung.

     "Kenapa awak datang sini?", tanya Juna. Namun soalan Juna tidak dibalas, sebaliknya Taehyung memeluk tubuh kecil Juna kuat. Lalu Taehyung menangis teresak-esak.

     "Saya takut..", bisik Taehyung. Juna diam tidak berkutik, dapat dia rasakan tubuh Taehyung menggigil kecil. Lalu Juna dengan perlahan membalas pelukan Taehyung, tubuh Taehyung ditepuknya perlahan.

     "Awak takut apa?"

     "Diri saya sendiri", bisik Taehyung. Dia menyembamkan wajahnya di bahu kiri Juna. Adegan panas di antara Taehyung dan Jungkook diulang tayang di dalam otaknya.

     "Jangan risau.. aku takkan sakiti kau, hyung"

     "Aku takkan lakukan lebih daripada itu.. kita ringan-ringan sahaja. Okay?"

     "Percayakan aku, hyung"

     "Aku tahu kau juga inginkan aku hyung"

     "Ah.. aku cintakan kau, hyung"

     Dia tewas, dia gagal dalam menafikan nalurinya.

     Sentuhan panas Jungkook masih terasa di tubuhnya, perasaannya bercelaru. Sama ada dia patut merasa bahagia atau merasa terhina. Dia tak tahu.

     Tuhan, tolong padamkan perasaan ini. Taehyung tak mahu terjebak dengan perasaan bodoh ini lagi.

     "Taehyung.. ada apa-apa yang terjadi ke?", tanya Juna. Perlahan-lahan perasaan gelisah mula mengalir di tubuhnya. Dia mula merasakan ada petanda buruk telah terjadi.

     Juna melepaskan pelukan, bahu Taehyung dipegang erat.

     "Taehyung.. cakap dengan saya Taehyung.. apa yang terjadi"

     Taehyung menunduk, air matanya mengalir dengan semakin banyak. Bibirnya dikemam sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata milik Juna, ternyata air mata gadis itu juga mula mengalir.

     Pipi mulus Juna ditekup Taehyung lembut, lalu suara serak basahnya perlahan-lahan bergema.

     "Saya suka awak, Yeon Juna"

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now