21: That's not what I mean

19 5 0
                                    

-I'm sorry-

📼

     "Jeon Jungkook.."

     Suasana yang tadinya hangat serta-merta berubah sepi. Taehyung dan Juna saling berpandangan, masing-masing seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi.

     "Jeon Jungkook?"

     "Bukan, bukan itu maksud saya-"

     "Lelaki yang awak suka selama ni Jeon Jungkook?", tanya Juna lagi. Dia bangun dari baringnya. Tatapannya menikam Taehyung tajam dan dengan tatapan itu sahaja, sudah i untuk membuatkan Taehyung berasa terhina.

     Tatapan jijik dari Juna.

     "Awak pergunakan saya selama ni?"

     "Juna, bukan-"

     "Awak ingat saya apa? bahan ujikaji awak?", tanya Juna dengan suara yang berubah kesal. Taehyung cuba menyentuh tangan Juna namun ditepis kuat. Juna menyerabutkan rambutnya, dia kehilangan kata-kata.

     "Juna, dengar penjelasan saya"

     "Penjelasan apa lagi?! terang-terang awak sebut nama lelaki lain waktu bersama dengan saya!"

     "Iya, saya pergunakan awak selama ni! puas?!", jerit Taehyung. Juna menggeleng kepalanya tanda tak percaya.

     Dia tak sangka Taehyung sanggup melakukan perkara seperti itu, luahan hati Taehyung buatnya hanyalah palsu, pura-pura. Juna rupanya hanyalah tikus makmal buat Taehyung.

     "Juna.. saya terpaksa, saya buat semua ni supaya Jungkook berhenti ganggu saya"

     "Tapi itu tak bermakna awak ada tiket untuk pergunakan saya!"

     "Juna.. saya keliru, saya harap sangat awak faham.."

     "Pergi mampus", Juna melangkah keluar dari bilik itu. Beg berisi barang peribadinya diambil lalu dia keluar dari rumah itu. Tak peduli pintu rumahnya tak berkunci walaupun Taehyung ada di dalam.

     "Juna, tunggu!"

     Taehyung mengejar Juna dari belakang. Juna melangkah melulu ke hadapan dengan air mata yang mengalir deras, sehinggalah dia melintas di tengah jalan raya.

     "Juna!"

     Ping pingggg!

     Kedebush!

     Juna terpelanting di tengah jalan.

     Darah tersembur dari mulutnya.

     Dia melihat orang ramai mula berkumpul, pendengarannya tuli untuk sementara waktu.

     Namun dia masih dapat melihat Taehyung yang mencempungnya sambil menangis kuat.

     Lalu matanya terkatup rapat.

×××××

     "Juna..", Taehyung menggeletar kecil. Matanya sedari tadi tidak lepas dari menoleh kearah wad kecemasan. Dia hanya mampu merintih, bersama-sama dengan ahli keluarga Juna yang turut berada di situ.

     Rasa serba salahnya menggunung, jika ada apa-apa yang terjadi kepada Juna.

     Dia takkan mampu memaafkan dirinya sendiri.

     Krek..

     Seorang doktor keluar daripada wad kecemasan itu. Kakinya melangkah kearah ayah Juna.

     "Tuan Yeon?", panggil doktor itu.

     Tuan Yeon berdiri dan mengangguk, doktor itu membisikkan sesuatu sambil menepuk bahu Tuan Yeon berkali-kali.

     Selepas itu, Tuan Yeon melutut di atas lantai. Menangis dengan kuat.

     Suasana itu membuatkan Taehyung semakin risau, Taehyung bergegas menghampiri doktor itu. Lalu bahu doktor itu disentuh.

     "Macam mana dengan Juna?"

     "Dia..", doktor itu menunduk.

     "Dia tak dapat diselamatkan.."

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now