7: I won't love you

46 8 0
                                    

- Stay with me, then I will be fine -

📼

     Malam ini tenang.

     Namun tak mampu untuk menenangkan hati Taehyung yang gundah-gelana.

     Bila perkara ini akan berakhir?

     Dia tak sanggup untuk menanggungnya lagi. Dia cuma mahu.. perasaan ini hilang.

     Itu sahaja.

     Wajah Taehyung mendongak memandang langit yang diterangi bintang. Air matanya kembali menitis.

     "Nenek.. Taehyung tak tahu nak buat apa sekarang. Kalau nenek masih hidup, mesti nenek akan tolong Taehyung, kan?", ujar Taehyung. Berharap agar neneknya masih ada di sini, sudi mendengarkan luahan hati kecilnya.

     "Taehyung dapat apa yang Taehyung impikan dulu, malah lebih dari itu. Tapi, semakin lama.. Taehyung mula sedar. Taehyung semakin jauh menyimpang"

     "Sampai Taehyung.. tak kenal diri Taehyung sendiri", Taehyung memeluk tubuhnya erat. Kesedihannya tak mampu dibendung lagi. Apa lagi perkara yang boleh menenangkan hatinya?

     Tak ada.

     Impian Taehyung dahulu, adalah untuk menjadi terkenal, untuk mencari wang dan membantu keluarganya. Namun itu bukanlah jaminan kebahagiaannya, bukanlah jaminan ketenangan hidupnya.

     Impian hanyalah sebuah impian.

     Semakin banyak Tuhan memberikan kesenangan kepada hambaNya. Semakin mudah untuk mereka lupa, lupa siapa diri mereka yang sebenar. Bermegah diri, peraturan kehidupan dilupa semuanya.

     Krek..

     "Taehyung-ah", suara Jimin memecahkan kesunyian bilik itu. Taehyung spontan memusingkan tubuhnya, wajah Jimin dipandang sayu.

     "Taehyung-ah, tak apa.. aku faham", balas Jimin. Tak perlu diminta untuk menangis, setitik demi setitik air mata mula jatuh dipipi Jimin. Dia menarik Taehyung ke dalam pelukannya, esakan Taehyung mula kedengaran saat berada di dalam dakapan Jimin.

     "Aku akan kecewakan semua orang, Jimin"

     "Tak apa Taehyung, aku bantu kau. Kita sama-sama, okay? kau dan aku, bestfriend forever, kan?", ujar Jimin. Biarlah Taehyung melepaskan apa yang tersimpan didada. Moga pada hari esok dia bakal bangkit dengan semangat yang baru, melawan apa yang tak sepatutnya wujud, dan apa yang harus dikekalkan.

     Melawan perasaannya terhadap Jungkook.

     Dan mengekalkan hubungan ibarat adik beradik antara mereka.

     "Tak apa, Taehyung. Menangislah, lepaskan semuanya"

     "Aku takut Jimin.. aku takut dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan", bisik Taehyung. Betapa takutnya Taehyung ketika itu, sehingga Jimin sendiri boleh merasakan tangan Taehyung yang mula menggeletar teruk. Jimin menarik wajah Taehyung mendongak memandang dirinya, dia mengelap saki baki air mata yang ada diwajah Taehyung.

     "Aku tak berhak untuk menilai kau, Taehyung. Tapi sebolehnya, aku nak yang terbaik untuk kau. Aku nak tengok kau berkahwin dengan wanita idaman kau, aku nak tengok anak-anak kau, aku nak tengok keluarga kecil kau. Jadi jangan kecewakan harapan aku, boleh?", utar Jimin. Taehyung menunduk, turunnya setitik air mata ibarat jatuhnya setitik nilai penyesalan dalam diri Kim Taehyung.

     "Doakan aku Jimin"

×××××

     "Hah..", aku menyembamkan wajah di atas meja solek. Saat aku mengangkat wajah, refleksi aku mula kelihatan di hadapan cermin.

     Air mata yang masih bercucuran jatuh aku lap perlahan.

     Kenapa setiap pertemuan aku dan Taehyung akan diakhiri dengan pertelingkahan?

     Kenapa aku cium dia tadi?

     Kalau aku tak cium dia, mesti semua ini tak akan jadi.

     "Bodohnya aku..", mengingatkan kejadian tadi, cukup untuk membuatkan aku mencarut. Tak henti-henti aku menyalahkan diri sendiri.

     Tolong datang semula Taehyung, aku akan minta maaf. Mintalah apa sahaja, aku akan buat demi kemaafan kau, Kim Taehyung.

     "Saya minta maaf, sangat-sangat", bisik aku di hadapan cermin meja solek itu. Seolah-olah aku meluahkan rasa ini kepada Kim Taehyung.

     "Saya tahu saya tak sepatutnya buat macam tu, saya sedar kesalahan saya. Saya bodoh, saya tak fikir dulu sebelum buat", aku terus-terusan meluahkan apa yang aku rasa di hadapan cermin itu. Kepala kembali disembamkan di atas meja, kejadian tadi kembali diputarkan diminda.

     "J- jalang.."

     "Saya tak jalang Kim Taehyung! saya cuma nak buat awak lurus balik! saya tak suka awak jadi macam ni!", jerit aku. Meja itu dihentak geram, rambut dikusutkan berulang-kali.

     Itu tanggapan Taehyung terhadap aku? jalang? perempuan jalang?

     "Aku tak jalanglah! arghhhh", aku berlari kearah katil lalu tubuhku dihempaskan ke atasnya. Kaki aku menendang-nendang udara dengan laju.

     Aku tak suka dengan panggilan itu. Aku tak jalang, aku berniat baik.

     Sumpah demi apa pun.

[C] Save Me [KTH]Where stories live. Discover now