"Ma, can you give me some more time? Tak sukalah kena matchmaking macam ni." Kata Harris dengan nada tidak puas hati namun seboleh mungkin tidak mahu biadab dengan ibu kandungnya sendiri.
"Nak tunggu sampai bila Ar? Dah semua girlfriends yang kau pilih sebelum ini tak boleh pakai, kalau bukan dapat yang curang, dapat yang pisau cukur! Akhir-akhir kau juga yang kena tinggal. Sekarang cuba ikut pilihan mama, mama yakin Ayu ni tak macam exes Ar yang lain. Dia baik, cantik, hormat orang tua. Lagipun, mama dah kenal lama dengan mummy Ayu tu. Mama tahulah macam mana dorang didik Ayu." Ulas Puan Sheila bersungguh-sungguh, masih tidak putus asa untuk pasangankan anak lelaki kesayangan dengan wanita pilihannya.
"Betul tu ma, Ayra pun suka kalau abang Ar kahwin dengan Kak Ayu. Kak Ayu cantik, friendly lagi... tak macam ex-girlfriends abang sebelum ini dah lah cantik sebab make-up tapi sombong nak mampus." Sampuk Shayra yang tadinya sedang tekun menonton televisyen.
Harris hanya menjeling tajam ke arah adiknya.
"See...adik kau pun suka dengan Ayu!" Kata Puan Sheila girang kerana mendapat sokongan dari anak bongsunya.
Puan Sheila dan Tuan Charles Abdullah hanya mempunyai dua orang cahaya mata; Harris dan Shayra. Jarak usia 13 tahun (Harris - 33 tahun manakala Shayra - 20 tahun) antara kedua adik beradik itu menyebabkan Harris menjadi sangat protective manakala Shayra pula anak yang amat manja.
"Masalahnya ma, Ar tak pernah jumpa pun Ayu tu. Macam mana Ar tahu dia okay atau tidak?"
"Heyyy! Kak Ayu ada datanglah masa birthday party papa semalam. Abang tu jak yang busy dengan handphone sampai tak peduli orang sekeliling." Sampuk Shayra sekali lagi.
"Diamlah budak kecik! Boleh tak jangan menyampuk bila orang tua bercakap?" Jawab Harris meluat dengan perangai adiknya yang dari tadi asyik menyampuk.
Shayra hanya mencebik dan menjelirkan lidah tanda protes.
"Ah ha, betul lah apa adik kau cakap tu. Ayu sekeluarga ada datanglah. Takkan Ar tak perasan?"
Harris hanya menjungkit bahu sebagai respon soalan mamanya. Dan apa yang dikatakan oleh Shayra tadi memang benar, sepanjang majlis tersebut dia hanya sibuk dengan handphone bukannya dia anti-sosial banyak urgent emails perlu dibaca dan dibalas secepat mungkin. Kesibukan dia kebelakangan ini sememangnya tak dapat diduga.
"Jap, rasanya Ayra ada selfie dengan Kak Ayu." Kata Shayra lantas dicapai Iphone miliknya untuk mencari selfie yang dikatakan lalu dihulurkan kepada Harris.
"Inilah Kak Ayu...Cantikkan?"
'Cantik.' Getus Harris dalam hati tatkala melihat gambar yang tertera pada skrin peranti Apple itu. Wajah yang bujur sirih, kulit halus, senyuman manis dengan bibir kemerah-merahan itu benar-benar sempurna.
"Berkenan ke?" Puan Sheila mula berseloroh apabila melihat mata anak lelakinya tidak berkelip meneliti gambar Ayu.
"Tak cantik manapun..." Ego yang menggunung menyebabkan Harris berpura-pura tidak tertarik. Walhal pada hakikatnya dia cukup kagum dengan natural beauty yang ada pada Ayu. Tampak sekali Ayu tidak memerlukan solekan yang tebal untuk kelihatan cantik.
"Tak cantik? Abang yakin ke abang bukan gay?"
Serta merta bantal kecil yang menjadi perhiasan sofa dilempar ke arah Shayra. Shayra hanya tertawa puasa berjaya kenakan Harris.
"Dah... dah... korang berdua ni tak boleh kalau sehari tak bergaduh." Kata Puan Sheila.
Harris dan Shayra hanya tersengih.
"Apa-apapun, hari sabtu nanti mama mahu Ar ambil cuti. Ayra pula, mama tak nak ada outing plan dengan siapa-siapa masa hari Sabtu ini." Arah Puan Sheila seakan komando tentera.
"Kenapa pula ma?" Tanya Harris dan Shayra serentak.
"Mama nak hantar rombongan, nak meminang Ayu."
"Whatttt??!!"
Harris benar-benar terkejut dengan kata putus mamanya. Manakala, Shayra melonjak-lonjak kergirangan mendengarkannya.
"But ma..."
"No more but. This is my decision! Lagipun bukan mama suruh Ar terus-terus kahwin. Mama nak kamu tunang dulu, kalau betul-betul berkenan di hati kau baru kita plan benda seterusnya."
"Still unfair to me ma... at least bagilah masa Ar kenal dia dulu."
"Kenal dulu? Dari bulan lepas mama suruh berkenalan dengan Ayu, siap mama arrange family dinner tapi apa yang Ar buat? Asyik dengan kerja...kerja... Macamlah mama tak tahu yang Ar sebenarnya nak mengelak. Semalam Ayu datang birthday party papa pun Ar buat-buat tak nampak..." Bebel Puan Sheila.
"Ma, Ar bukannya nak mengelak tapi Ar betul-betul busy. Banyak benda nak buat dekat office tu sekarang."
"Dah... dah... simpan alasan tu. Yang penting hari Sabtu ni Ar ada."
"Kalau Ar tak nak datang?"
"Kalau tak nak datang, tak payah jejak rumah ini lagi. Hiduplah macam yang Ar suka dan mama tak akan ikut campur sampai selama-lamanya."
Harris buntu mendengar jawapan Puan Shiela.
- Tamat Bahagian Pertama -
YOU ARE READING
Erotis
Любовные романы[HIATUS] DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 Amaran : Cerita ini mengandungi unsur lucah dan tidak sesuai dibaca oleh individu yang berusia 18 tahun ke bawah. Underage readers akan direport tanpa toleransi! Kisah cinta Erotik dan Ro...