14 : Big Day!

104K 944 95
                                    

"SAH!!!"

Kesemua tetamu yang hadir memanjat kesyukuran tatkala mendengar pengesahan Tok Kadi dengan para saksi pernikahan. Dengan hanya sekali lafaz Harris dan Ayu sah menjadi suami isteri.

Seperti majlis pertunangan, majlis pernikahan juga dilakukan secara tertutup. Hanya ahli keluarga, sahabat rapat dan beberapa VVIP yang berkepentingan sahaja dijemput untuk memeriahkan hari besar bagi Harris dan Ayu.

Namun kali ini majlis tersebut dijalankan di perkarangan rumah keluarga Harris. Perkarangan rumah yang luas itu kelihatan mewah dengan canopy megah yang direka hias khas untuk majlis tersebut. Tiada pelamin yang tersedia hanya pentas untuk acara akad dan meja khas untuk pasangan serta ahli keluarga menjamu selera. Hal ini kerana, Puan Sheila telah menetapkan acara persandingan hanya dilakukan pada majlis resepsi iaitu 3 bulan lagi seperti perancangan sedia ada.

 Hal ini kerana, Puan Sheila telah menetapkan acara persandingan hanya dilakukan pada majlis resepsi iaitu 3 bulan lagi seperti perancangan sedia ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Sheila menarik nafas lega melihat Harris dan Ayu berjalan beriringan untuk menyapa para tetamu yang hadir. Tanpa sedar, air mata kegembiran mengalir. Akhirnya, anak lelaki kesayangannya menamatkan zaman bujang dengan menantu impian. Betapa dia bersyukur ketika ini kerana dia yakin Ayu pasti menjadi isteri terbaik untuk Harris, dan sebagai seorang ibu dia mengharapkan ikatan suami isteri Harris-Ayu bahagia dan berkekalan.

Nun di meja jemputan, Fariq memerhati pasangan mempelai baru itu dengan hati yang sebal dan kecewa. Wanita idamannya kini dimiliki oleh lelaki lain! Ingatan Fariq kembali mengamit kejadian beberapa hari lalu ketika Ayu menghulurkan kad jemputan.

~~~~~~

"Are you serious? Nikah dengan dia?"
Soal Fariq sambil melihat tiap butir atur cara di kad jemputan yang dihulurkan oleh Ayu.

"Ya Fariq, sekarang I yakin he's the one for me." Jawab Ayu tenang.

Fariq hanya tersengih menahan kekecewaan yang berbuku di hati. Masih dia ingat luahan Ayu tentang ketidakserasian terhadap Harris.

"You dah fikir panjang ke? Ingat, kahwin ni bukan benda main-main."

Ayu hanya mengangguk yakin.

"I dah fikir dalam-dalam, Fariq. Yup, I tak nafikan ada sesetengah perkara I tak serasi dengan dia tapi I yakin dengan cinta kami..."

Fariq menarik nafas dalam. Sukar sekali untuk menerima hakikat ini, pada masa yang sama dia menyesal kerana tidak pernah menyuarakan hasrat hati sebenar kepada Ayu.

"As long as you happy, and congratz for it." Tutur Fariq menutupi perasaan sebenarnya.

"You dengan Kiera mesti datang tau! Kalau tak, bila korang kahwin nanti I tak nak datang." Tambah Ayu lagi dan Fariq hanya mengangguk lemah.

ErotisWhere stories live. Discover now