Keluar saja dari bilik mandi Ayu terus ke bagasinya, beberapa helai pakaian dicapai dan dipakai. Harris yang sedang berbaring di atas katil hanya memerhati Ayu. Dari gerak tubuh dan riak muka jelas menunjukkan yang Ayu masih marah.
"Sayang?" Harris mula bersuara apabila melihat Ayu yang pada mulanya menyalin pakaian kini mula berkemas.
Ayu tidak menjawab, pakaian dan barang peribadinya dicapai lalu dimasukkan ke dalam bagasi kemudian dizip dan dikunci kemas. Tanpa banyak bicara dia terus melangkah bersama bagasinya ke pintu utama. Harris bangun dari perbaringan kemudian menuju ke arah Ayu. Kedua-dua belah tangan tunangnya itu dicapai lalu digengam erat.
"Lepaslah Ar!!" Kata Ayu sambil cuba melepaskan pergelangan tangannya dari terus digengam oleh Harris.
"Nope...until you tell me where are you going?"
"I nak balik! I can’t stand with this bullshits anymore!"
Ayu sudah nekad! Dia perlu tinggalkan resort! Lupakan segala percutian indah penuh muslihat! Dan yang paling penting jarakkan diri dengan Harris. Dia tidak mahu hatinya kembali lembut akibat pujuk rayu dan belaian penuh menggoda dari Harris.
Sebab itulah sebelum kembali ke Vila penginapan tadi dia ke kaunter receiptionist untuk mengatur jadual perjalanan speed boat ke airport. Dia sudah tidak peduli dengan mabuk laut. Apa yang penting baginya kini adalah balik ke Malaysia dan mempertimbangkan kembali tentang pertunangannya dengan Harris.
"No you can't. Please sayang I beg you to listen my explanation..." Hanya itu yang termampu dibuat oleh Harris; merayu dan terus merayu.
"Dah! I don’t need any explanation! Also about this engagement, I done with it! It's over."
Harris terdiam mendengar tiap bait yang dilemparkan oleh Ayu itu. Perkara yang paling ditakutinya sepanjang menjadi tunangan Ayu kini benar-benar berlaku. Ayu hendak putuskan pertunangan?
"No sayang, you can’t do that! I love you! I serius nak nikah dengan you." Jawab Harris bersungguh-sungguh. Namun Ayu tidak memperdulikan kata-kata Harris tetap juga meronta berusaha melepaskan diri.
*ding...dong...*
Denting pada lonceng pintu menandakan bahawa bellboy berserta buggy sudah tiba di luar vila penginapan untuk menjemput Ayu. Genggaman Harris semakin kuat, tidak sanggup membiarkan Ayu pergi begitu sahaja.
"You nak lepaskan atau I jerit?" Ugut Ayu.
Harris hanya menggeleng. Bukti yang dia tidak termakan dengan ugutan Ayu.
"Heeeeeeelllllllllllpppppppp!!!!!!! Heeeeeeellllllllllppppppppppppppppp!!!!"
"Hello... is everything okay there?" Kedengaran suara panik bellboy dari luar sambil cuba menguak tombol pintu yang berkunci itu.
Harris mula risau dengan jeritan Ayu yang seakan kerasukan itu.
"Hellllllllllllllllllllppppppppppp he try to hurt me!" Anak tekak Ayu seakan terkeluar akibat berteriak.
Cepat-cepat Harris melepaskan tangan Ayu. Dia tidak mahu masalah mereka berdua menjadi lebih teruk akibat salah faham dari pihak resort. Dapat Harris bayangkan jika pihak resort memanjangkan isu ini kepada pihak berkuasa, ianya bukan saja mengeruhkan lagi hubungan antara dia dengan Ayu tapi juga memberi kesan kepada reputasi dia sebagai CEO syarikat ternama. Isu-isu seperti ini sering menjadi buruan para wartawan untuk dijadikan liputan.
Dengan sepantas kilat Ayu keluar dari vila tersebut. Bellboy tadi tercengang apabila melihat kelibat Ayu.
"Are you okay madam? Is he want to hurt you?" Soal bellboy itu penuh rasa prihatin sesekali menjeling ke arah Harris yang masih berdiri memandang Ayu.
YOU ARE READING
Erotis
Romance[HIATUS] DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 Amaran : Cerita ini mengandungi unsur lucah dan tidak sesuai dibaca oleh individu yang berusia 18 tahun ke bawah. Underage readers akan direport tanpa toleransi! Kisah cinta Erotik dan Ro...