Harris, Ayu dan Shayra tiba di Velana International Airport tepat pukul 08:10 malam. Penerbangan yang mengambil masa selam 4 jam setengah ke Maldives benar-benar meletihkan, lebih-lebih Harris yang terpaksa ke pejabat terlebih dahulu untuk setengah hari bagi memastikan semuanya in order sebelum bercuti. Dia tidak mahu hal-hal pejabat menganggu keseronakan percutian mereka.
Setibanya di balai ketibaan, kelihatan dua orang lelaki segak lengkap dengan seragam guest service host memegang cardboard yang tertulis 'Mr & Mrs Harris' dan 'Shayra Charles' sedang menunggu mereka. Tanpa melengah masa mereka terus ke arah tersebut. Kedua-dua lelaki yang tersebut membawa mereka ke kaunter resort yang berada di airport untuk mengatur perjalanan ke resort menggunakan speed boat.
"Oklah Kak Ayu, Ayra nak gerak dah ni, see you in five days... " Kata Shayra kemudian memeluk Ayu erat.
"Eh? Ayra nak ke mana pulak?" Soal Ayu hairan.
"Ayra kan stay kat Kuda Hura, entah apa nama resort tu Four Seasons ke apa?"
Ayu terdiam. Bukankah sepatutnya Shayra bersama-sama mereka?
"So, bubyeee~~~Abang jangan macam-macam tau..." Shayra sempat memberi amaran kepada Harris.
"Jalan lah! banyak cakap lagi budak kecik ni..." Jawab Harris dengan
nada rimas. Shayra menyuakan jari telunjuk dan jari hantunya ke mata dan kemudian ke arah Harris sebagai tanda amaran 'I am watching you' lalu berlalu menuju ke arah wakil resort yang masih sabar menunggunya di kaunter."Come sayang..." Ajak Harris, Ayu hanya menurut namun masih terkilan dan terasa tertipu bila mengetahui Ayra tidak menginap di resort yang sama dengan mereka.
”Why didn't you tell me?" Tanya Ayu semasa berada di speed boat dalam perjalanan menuju ke resort.
"Sorry?" Soal Harris pura-pura tidak faham.
"About Ayra, you said she'll join us isn't it?"
"Doesn't she join us already?" Soal Harris lagi, seakan sengaja mencabar kesabaran Ayu.
"Join? Join apany kalau stay kat resort lain? You tak bagi tahu pun pasal ni." Balas Ayu, dengan nada menahan marah, kedua belah tangannya disilang tanda tidak puas hati.
'Dia marah pun nampak comel.' Bisik Harris dalam hati.
"Ayra tak bagitahu you ke? I thought she has already told you, lagipun you tak tanya so I assume you dah tahu." Jawab Harris tenang.
"Huhhhhhh!!!" Ayu mendengus kasar, masih sakit hati kerana seakan ditipu oleh Harris. Harris hanya tersenyum melihat reaksi Ayu. Dengan lembut tangan Ayu dicapai lalu dikucup namun Ayu menarik balik tangannya dengan kasar.
"I janji lepas ni I tak buat lagi." Sambung Harris. Ayu masih diam. Tabiatnya memang begitu, bila marah atau sakit hati dia lebih suka berdiam daripada berlawan kata. Diam juga merupakan cara dia memprotes bila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.
"I love you sayang.... " Harris masih tidak henti-henti memujuk.
"I penat, I nak tidur." Balas Ayu acuh tidak acuh lalu memejamkan matanya, tangannya kembali disilangkan ke badan. Pergerakan speed boat yang dinaiki mereka itu menjadikan kepalanya semakin pening.
"Okay, sleep well nanti kalau dah sampai I kejutkan you. " Tutur Harris lalu mengucup lembut dahi Ayu. Kucupan hangat dan ringkas tapi penuh kasih sayang itu seakan meresap ke jiwa Ayu lalu meredakan
kemarahannya terhadap Harris sebentar tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Erotis
Romance[HIATUS] DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 Amaran : Cerita ini mengandungi unsur lucah dan tidak sesuai dibaca oleh individu yang berusia 18 tahun ke bawah. Underage readers akan direport tanpa toleransi! Kisah cinta Erotik dan Ro...