7 : Vacay-Love 2.0

132K 611 29
                                    

Ayu hanya tidur-tidur ayam sepanjang malam itu. Perasaan takut jika Harris bangun dan mengambil kesempatan ke atasnya tetap ada walaupun pada awal dia yakin Harris yang sedang tidur pulas itu tidak akan terbangun pada masa yang terdekat. Suasana baru dan keadaan couch yang agak sempit itu juga menjadikan dia gagal untuk melelapkan mata.

"Dah pagi ke?" Kata Ayu apabila menyedari cahaya matahari mula memancar masuk. Apatah lagi ruangan bilik yang dikelilingi oleh tingkap kaca memudahkan dia tahu bahawa hari sudah menjelang pagi.

Ayu bangun dari pembaringannya, lalu menuju ke beranda, suasana pagi hari di Maldives amat menenangkan, apatah lagi dengan permandangan matahari yang baru terbit itu menyebabkan Ayu terpaku sekaligus membawa dia mengamit kembali kenangan lama semasa bercuti di Bali
lapan tahun lalu.

~~~~ Jam menunjukkan 5:15 pagi, suasana hening dan tenang menyelubungi pantai Kuta, Bali. Hanya bunyi ombak dan deruan angin yang kedengaran menemani Ayu dan lelaki itu berjalan menusuri pantai. Ayu masih hairan mengapa lelaki itu bersungguh-sungguh ingin berada di pesisir pantai pada seawal begitu, kalau diikutkan hatinya mahu saja dia tidur selama yang boleh, bukankah itu tujuan utama percutian mereka?

"Masih mengantuk lagi ke?" Soal lelaki itu tatkala melihat Ayu menekup mulut semasa menguap. Ayu yang masih mamai itu hanya mengangguk.

"Macam mana tak mengantuk? matahari belum terbit you dah berkali-kali ketuk pintu bilik I ajak beach walk. "

Jawab Ayu sambil mengesel-geselkan kedua telapak tangannya, kesejukan akibat tiupan angin laut.

"Sorry...susahkan you. " Tutur lelaki itu tenang lalu memaut tangan Ayu lalu digengam erat. Ayu hanya terdiam, sesungguhnya gengaman tangan oleh lelaki itu bukan saja memberi kehangatan kepada tubuh tapi juga hatinya. Menjadikan Ayu segar dari kantuknya tadi.

"I suka tengok sunrise, cantik...indah...menyenangkan...seakan semangat baru itu terbit tiap kali melihatnya." Ayu hanya mengangguk mendengar luahan lelaki itu.

"Tapi satu perkara yang I nak you tahu... you lebih daripada itu, you lebih cantik, lebih indah, lebih menyenangkan, lebih dari segala-galanya. Ayu, tinggal you saja lagi semangat yang I ada..." Mata Ayu mula berkaca menahan tangis mendengar tiap bait kata yang diluah tanpa sedar Ayu memeluk lelaki itu penuh cinta. Ya, lelaki itu terlalu istimewa di hati Ayu dan dia amat bertuah kerana berpeluang untuk mengenali dan dicintai lelaki sebaik itu. ~~~~~

"Morning sayang..." Kenangan lapan tahun lalu hilang dari ingatan Ayu apabila menyedari pinggangnya dipeluk oleh Harris dari belakang. Beberapa kucupan hinggap di lehernya lalu turun ke bahunya.

Lidah Ayu kelu, tidak sangka yang Harris sudah terjaga. Ingin saja untuk meleraikan pelukan Harris tapi entah kenapa dia tetap kaku seperti patung.

Harris pula tidak ikut diam, tangan kanannya yang awalnya turut sama memaut pinggang Ayu mula merayap menusuri night dress untuk mencari gunung kenikmatan manakala tangan kirinya masih erat memeluk tubuh tunangnya itu.

"Ar...I tak selesa..." Akhirnya Ayu mengeluarkan suara. Pada masa yang sama dia cuba meleraikan pelukan dan menepis tangan nakal Harris. Namun Harris tidak peduli malah pelukannya semakin dieratkan.

"Shhhhh.... relax okay, just enjoy it..." bisik Harris lalu kucupan bertalu-talu hinggap di leher Ayu untuk memberi ransangan. Muka Ayu sudah merah padam, malu diperlakukan sebegitu. Manakala, Harris pula mula seronok, penerokan tangan kanannya mula mendapatkan hasil apabila dia berjaya mencapai puting Ayu, yang sememangnya tidak dilapik oleh bra, memang sudah kebiasan Ayu untuk tidak memakai bra apabila tidur pada waktu malam.

ErotisWhere stories live. Discover now