Genap sebulan Harris dan Ayu mengikat tali pertunangan. Siapa sangka hubungan yang terjalin atas perancangan kedua orang tua mereka berjaya menyemai bibit-bibit sayang. Jujur, Ayu masih tidak pasti adakah perasaan sayang terhadap Harris itu adalah cinta? Tapi yang pasti dia amat senang dan bahagia apabila berada di sisi Harris.
Lelaki itu melayan dia dengan baik sekali. Dan kini, Harris tidak pernah lagi mengambil kesempatan ke atas dirinya seperti yang berlaku pada majlis pertunangan tempoh hari. Bahkan, untuk memegang atau memaut tangan, pinggang dan bahunya pun Harris akan meminta izin terlebih dahulu. Menjadikan Ayu tidak menyesal telah menghulurkan kemaafan dan peluang kepada tunangnya itu.
Bagi pihak Harris pula, kasih sayang yang terjalin di antara dia dan Ayu seakan satu beban berat kepada keinginan nafsu lelakinya. Hanya Tuhan yang tahu betapa terseksanya dia menahan nafsu tiap kali bersama Ayu.
Sedaya upaya dia menahan tangan dan bibir untuk tidak 'mengerjakan' tiap inci tubuh Ayu. Begitu juga dengan 'sahabat baik' yang sentiasa berselindung di sebalik seluarnya. Ketegangan yang amat dahsyat hanya mampu dileraikan dengan melancap bersama fantasi liarnya seperti sebelum ini.
'Melancap, melancap, melancap.... Itu je lah yang kau mampu.' Kata hatinya seakan mengejek.
'Diamlah! Aku boleh saja dapat lebih daripada itu, tapi buat setakat ini aku nak yakinkan Ayu terlebih dahulu bahawa aku lah lelaki yang paling layak dalam hidup dia!' Seperti biasa Harris bermonolog dengan kata hati. Cuba menyakinkan diri bahawa apa yang dilakukannya itu adalah tindakan yang tepat.
Wanita seperti Ayu bukan senang untuk diyakini, perlu ada usaha dan pengorbanan sedikit untuk dia mendapat habuan yang lebih besar. Pengalaman bercinta sebelum ini menjadikan Harris semakin faham dengan apa yang diinginkan oleh seseorang bernama wanita.
TRUST
Kepercayaan daripada seseorang wanita adalah benda berharga untuk seseorang lelaki perolehi. Dengan kepercayaan itu, wanita pasti relakan apa saja demi sang lelaki. Termasuklah tubuh mereka sendiri.
'Tapi tak kan kau nak tunggu lepas nikah baru kau nak sentuh Ayu? Tak rasa bodoh ke asyik "main" guna tangan sedangkan ada "hidangan" yang lebih "lazat" untuk dinikmati?' Suara hati masih tidak jemu-jemu menghasut Harris.
'Lagi satu, ingat sikit Ayu tu cantik. Mustahil lelaki lain di luar sana tidak tergoda. Mereka pun sama seperti kau, berusaha untuk memperoleh kepercayaan dari Ayu.'
'Tapi aku tunang dia!!!!' Jerit Harris di dalam hati melawan kata-kata hasutan yang dari tadi tidak henti mengasak.
'Tunang saja bro, tak special mana pun. Kalau putus bukan perlu naik turun mahkamah. Tiada bezalah dengan zaman-zaman kau bercinta dulu. Cuma kali ini rugilah sikit, sebab kau tak merasa apa pun dari Ayu. Siapa suruh pura-pura jadi good boy?' Harris mengetap bibir. Geram dengan suara hatinya sendiri.
Pada masa yang sama terbit perasaan risau dan cemburu jika benar ada lelaki lain yang turut sama menagih cinta dari Ayu.
"Aku mesti buat sessuatu!" Ujar Harris dengan nekad sekali.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Vacation?" Soal Ayu memohon kepastian.
"Yup. Vacation." Jawab Harris sebelum menyuakan secawan green tea ke mulutnya untuk diminum.
Steak House bertaraf lima bintang itu menjadi pilihan mereka untuk makan malam. Alunan muzik jazz serta pencahayaan yang sedikit malap mencetuskan ketenangan dan menaikkan mood romantik kepada pelanggan yang sememangnya terdiri daripada golongan elit dan bangsawan.
YOU ARE READING
Erotis
Romance[HIATUS] DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 Amaran : Cerita ini mengandungi unsur lucah dan tidak sesuai dibaca oleh individu yang berusia 18 tahun ke bawah. Underage readers akan direport tanpa toleransi! Kisah cinta Erotik dan Ro...