Deru angin dan bunyi ombak tidak dapat mendamaikan perasaan Ayu yang penuh kekecewaan. Air mata yang ditahan tadi mula bercucuran membasihi pipi. Belum genap 24 jam dia dan Harris menginap di resort mewah itu tapi jiwanya sudah celaru dengan pelbagai emosi; gembira, bahagia, kecewa, marah, sakit hati dan sebagainya! Keliru! Dia benar-benar keliru!
Terselit perasaan menyesal kerana bersetuju dengan percutian penuh dengan muslihat itu. Harris benar-benar lelaki yang licik! Licik memanipulasi wanita polos seperti dia.
Masih terngiang-ngiang di telinga Ayu rayuaan maaf Harris atas tindakan luar batas semasa majlis pertunangan. Betapa lembutnya hati Ayu memberikan kemaafan. Begitu juga dengan permohonan maaf Harris tentang Ayra yang tidak bercuti di resort yang sama dengan mereka. Hanya ciuman hangat di dahi bisa menyejukkan api amarah Ayu.
Hati lembut Ayu jugalah yang memberi ruang untuk Harris memperlakukan sesuka hati ke atas tubuhnya. Ayu merelakan kerana percaya yang Harris tidak meninggalkannya. Namun kini kepercayaannya terhadap Harris semakin goyah! Menyebut nama wanita lain semasa sesi intim mereka berdua sudah menunjukkan bahawa ucapan cinta yang dilafazkan oleh Harris selama ini seakan mainan lidah semata. Dan Ayu semakin keliru.
Direnungnya senarai contacts pada whatsapp. Dia perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan hatinya. Tapi entah siapa yang boleh dipercayai ketika ini? Ayu seorang yang pemendam, jarang sekali dia meluahkan masalah dengan orang lain mahupun dengan ahli keluarganya sendiri.
"Idhan...."
Esakannya semakin kuat apabila mengenangkan Idhan. Kalaulah dia boleh menuliskan takdir, sudah pasti dia ingin bersama Idhan pada ketika ini dan dia tidak perlu lagi membuka ruangan hati untuk mencintai Harris.
Baginya Idhan adalah lelaki yang terbaik. Mungkin, Harris ada segala-galanya; rupa, harta dan kehebatan semasa di ranjang... Namun itu masih tidak dapat menandingi kasih sayang dari seorang lelaki bernama Idhan. Bahkan, senyuman Idhan saja pun sudah mampu hahagiakan Ayu.
"Han, Kenapa you biarkan I jalani hidup ini sendiri!!!" Ayu menjerit sekuat hati untuk meluahkan sebak yang terkumpul di dada. Mata-mata asing mula memandang ke arah Ayu dengan pandangan hairan. Namun, dia sudah tidak peduli semua itu malah tidak kisah kalau orang lain menyangka yang dia tidak siuman. Beban perasaan yang ditanggung hanya dapat dikurangkan melalui jeritan.
Esakan Ayu semakin berkurang setelah beberapa minit menangis, air mata yang masih tersisa dilapnya. Samsung Note kembali dicapai dan tanpa berfikir panjang nombor Fariq didail. Raungan dan tangisan tidak dapat menyelesaikan konflik perasaannya, dia perlukan seseorang sebagai pendengar.
"Hello...." Fariq menjawab panggilan Ayu dengan nada yang ceria. Hatinya seakan berbunga apabila gadis pujaannya itu menelefon.
"Hi Fariq... you busy tak?"
"Pernah tak I tak busy? Especially sekarang ni, kawan sekerja sedang bercuti dengan fiancé tercinta tinggalkan I sorang-sorang hadap files dan clients. Dah nak dekat pukul 5 petang pun I masih stay back tau..." Tutur Fariq panjang lebar.
"Sorry... "Jawab Ayu lemah, dia hampir terlupa perbezaan masa di antara Maldives dengan Malaysia. Selalunya, sekitar pukul 2 petang Fariq akan berehat sekejap untuk refreshment. Ternyata dia menelefon pada masa yang tidak sesuai.
"So, balik nanti bought me special souvenier okay? I don't want keychain, fridge magnet or t-shirt! I nak lain daripada yang lain." Sambung Fariq lagi.
"Okay, sorry for disturbing you. Bye... "
"No, hold up... are you okay?" Pintas Fariq sebelum Ayu menamatkan perbualan.
YOU ARE READING
Erotis
Romance[HIATUS] DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 Amaran : Cerita ini mengandungi unsur lucah dan tidak sesuai dibaca oleh individu yang berusia 18 tahun ke bawah. Underage readers akan direport tanpa toleransi! Kisah cinta Erotik dan Ro...