Pada awal bulan Ogos 2020 seorang guru baharu telah dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ahmad dan ia merupakan hari pertamanya mengajar disana.
Cikgu Laili seorang wanita yang amat pemurah, baik hati dan suka melibatkan diri dalam aktiviti tolong menolong tidak kira dimana dia berada.
Cikgu Laili adalah guru mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sains. Cikgu Laili adalah seorang yang bijak dan cemerlang dalam akedemiknya juga dalam penglibatan diri dengan aktiviti kokurikulum, sehingga terpilih untuk menyertai bidang ketenteraan iaitu askar dan bidang pasukan penyelamat seperti polis,bomba,doktor dan sebagainya.
-Skip-Jam ditangan kanannya dikerling sebentar sebelum dia melangkah masuk kedalam sekolah. Jam ditangan menunjukkan tepat pada jam 6:30am.
"Hmmm sempat lagi ni kalau aku nak makan dikantin sebentar untuk alas perut aku ni, semalam aku tak makan takut nanti tiada tenaga pulak nak mengajar ,sudahlah hari ni first day aku dekat sini"bicara Cikgu Laili pada diri sendiri.
Tidak sampai selangkah tapak kakinya menyentuhi permukaan lantai dikantin itu, terdapat seorang pelajar yang melanggarnya sehingga terjatuh barang-barang yang dipegangnya sebentar tadi.baginya pelajar itu amat tidak beradap pada guru baharu sepertinya kerana terus menghilang dan meninggalkannya tanpa membantu mahupun meminta maaf kepadanya.
"Ish! Biadap sungguh budak tu..sudahlah dilanggarnya aku lepas tu hilang entah ke mana meminta maaf pun tidak!" Geram Cikgu Laili lalu bercakap pada diri sendiri.
Tanpa dia sedar ada seseorang yang sedang memerhati gelagatnya itu. Tiba-tiba..
"Hey! Ape yang ko bebelkan tu?"sentak Cikgu Wani dari belakangnya yang agak peramah untuk bertegur dengan sesiapa malah dengan orang baharu disitu juga.
"Ohh mak kau ,kau ,kau dan kau berlari! Masya-ALLAH"latah Cikgu Laili yang terkejut dengan sentakan yang baru sahaja diterimanya lalu dia segera istigfar.
"Oooo latah orangnya maaflah , tidak tahu pula saya Cikgu ni melatah..apa-apa pun saya Wani guru mata pelajaran kemahiran hidup. By the way ape kecoh- kecoh tadi, bunyi macam menyumpah pun ada?"ramah Cikgu Wani.
"Ooo ya saya Laili, tidak mengapalah sudah biasa dah ni. Tadi ada sorang budak ni buat hal pulak"jawab Cikgu Laili dan cuba untuk tidak membuka aib sesiapa .
Mendengar jawapan itu Cikgu Wani berjabat tangan dengan guru baharu itu lalu meminta diri untuk segera menyapa guru-guru lain dibilik guru.-Skip-
'KRINGGGGGG'! Bunyi loceng menandakan telah mula sesi pembelajaran pagi itu.
"Alamak dah bunyi loceng tak sempat aku nak beli makanan"Cikgu Laili segera beredar daripada kantin dan berlalu dengan pantas untuk ke kelas yang hendak dia ajari.Dalam perjalanan dia hendak mengajar tiba-tiba,
"Alamak laparlah pula, malam tadi kau tak mahu lapar perut sekarang asik nak ganggu aku sahaja"sunggut Cikgu Laili pada perutnya sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/181483043-288-k915657.jpg)
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
SpiritualKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..