Bab 9

14 2 0
                                    

Suasana malam yang indah untuk dinikmati telah menjadi susana yang amat mengelirukan dan begitu sayu. Tindakan budak itu membuatkan cikgu laili amat terkejut apabila dia melutut sebaik saja dia melihat wajah cikgu laili. Bukan sekadar melutut malah dia merangkul kaki cikgu laili dengan erat sambil menangis tanpa henti. Suaranya yang sayu membuatkan cikgu laili semakin bingung kerana sukar untuk didengari. Cikgu laili cuba bertenang dan mendengar luahan budak itu dengan lebih teliti.

    "Cikgu maafkan saya, saya tidak sengaja melakukannya" ujarnya sambil menyeka air mata yang masih berbaki.

    "Cikgu saya terpaksa ke rumah cikgu, keluarga saya susah. Di sekolah saya selalu dibuli. Ampunkan saya cikgu" luahan budak itu yang masih longlai tidak berdaya.

    "Ha?..rumah saya?..kamu siapa?...apa yang telah kamu lakukan?" Soal cikgu laili yang tidak bernoktah.

    "Umi! Ni linda! Umi kat mana? " jerit linda yang semakin berputus asa apabila dia mencari ibunya tetapi tidak dapat dikesan.

    Mendengar panggilan daripada anak keduanya itu persoalan yang tadi dia kemukakan hilang entah ke mana. Dia segera menyahut panggilan daripada anaknya itu agar dia tidak dikatakan hilang semasa berjalan ditepi laut.

    "Linda umi ada disini!" Laung cikgu laili.

    Mendengar panggilan daripada ibunya linda segera berlari anak untuk mendapatkan ibunya. Pasir yang lembut menyentuhi telapak kakinya.

    "Umi buat apa dekat sini umi?" Soal linda apabila mendapati ibunya sedang duduk bersendirian dikawasan tidak ada mana-mana manusia.

    "Tadi umi jalan-jalan kemudian umi terjumpa seorang budak sedang menangis, umi tegurlah" jujur cikgu laili.

    "Ha? Budak mana umi? Linda tak nampak sesiapa pun" soal linda apabila kejujuran ibunya itu membuatkannya sangsi.

    "Budak tu duduk di situ" dia menundingkan jarinya kearah tempat duduk budak itu sebentar tadi. Dia bertambah terkejut apabila orang dia tunjuk telah tiada dihadapan matanya. "Tadi dia ada disitu" ujar cikgu laili yang semakin serabut.

    "Emm. Tak apalah umi kita balik homestay rehat dulu ya. Umi mesti penat sangat ni" pujuk linda pada ibunya.

Kemana budak itu pergi?
Apa yang dia maksudkan?
Apa yang dia telah lakukan pada rumahku?
Kenapa dia lari?
Adakah aku yang bersalah?
Aku tahu bahawa tadi bukan lah ilusi ataupun fantasi.
Aku belum gila ataupu nyanyuk .
Aku masih lagi sihat!
Nak pulanglah berjumpa cikgu, jelaskanlah yang terkubur dihatimu itu agar cikgu dapat memahaminya.

Lariannya yang amat pantas membuatkan dia tercungap-cungap sebaik saja dia berhenti berlari. Dia takut jika dirinya tidak dapat dimaafkan. Dia takut jika dia akan dibenci oleh semua orang jika dia berlaku jujur.

    "Huh! Nasib sempat cabut lari kalau tak mesti cikgu akan marah kalau aku berlaku jujur. Cikgu maafkan saya" air mata yang telah kering akibat menangis tadi kini kembali basah. Dia tidak dapat melupakan kesalahan yang pernah dia lakukan pada cikgu laili.

    Aku bukanlah seorang yang pengecut tetapi aku cuma takut jika kesalahan yang pernah aku lakukan tidak dapat dimaafkan oleh si empunya badan.
Aku takut jika aku akan dibenci masyarakat.
Aku tidak boleh terus begini.
Aku mesti kuat menghadapi masalah yang pernah aku lakukan!
          Luahan hati        

Suasana indah diluar terpaksa dia tinggalkan kerana kerisauan yang melanda dilubuk hati anaknya itu. Dia benar-benar faham jika anaknya itu tidak mahu lagi menjaganya. Dia mungkin akan mendengar alasan yang memberitahu bahawa dia telah nyanyuk.

    "Umi kita sudah sampai dekat depan rumah ni. Sekejap lagi umi masuk dalam mandi, makan ubat kemudian rehat ya umi" pinta Linda pada ibunya dengan lemah lembut agar bahasanya tidak kedengaran biadap.

    "Linda rasa umi nyanyuk ke?" Tanya cikgu laili pada linda untuk mendapatkan jawapan yang terselit dimindanya.

    "Eh! Mana ada umi Linda tak fikir sampai ke situ pun umi" ujar Linda bagi menghilangkan pra sangka ibunya terhadapnya.

    "Kenapa Linda layan umi macam, umi ni sudah tidak waras?..mesti Linda rasa umi ni berbual berseorangan je tadikan sebab tu linda fikir umi tidak waras" soal cikgu laili yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya itu.

    "Linda tidak kata bergitu pun umi, Linda percaya umi tidak bohong dengan linda semasa disana tadi. Lagipun Linda perasan diatas pasir itu, terdapat bekas tapak kaki seseorang yang baru saja melarikan diri" jelas linda bagi memuaskan persoalan ibunya itu.

    "Sekarang ni Linda mahu umi naik rehat okey?" Pintanya sekali lagi.

    "Emmm. Yelah sayang" sahut cikgu laili yang mendengar arahan anaknya itu.

Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)Where stories live. Discover now